Ok! Mukadimah tak nak panjang-panjang. Aku nak sambung entri lepas.
**********
Kat negara kita sekarang nih dilanda fenomena pembuangan bayi. Hari-hari kuar surat khabar kisah pembuangan bayi. Sana sini! Sebab apa? Ia wujud kerana cinta terlarang serta dorongan nafsu serakah. Remaja-remaja seperti mereka ingin mengalami dunia percintaan tapi tersalah landasan daa. Contoh faktor yang menjadi punca kes-kes macam ni kurang didikan agama, kurang perhatian keluarga dan sewaktu dengannya. Tu la, mak ayah sibuk carik rezeki sampaikan hal anak-anak ditolak ke tepi.Setiap mak ayah mesti akan berusaha yang terbaik untuk memberikan kemewahan kepada anak-anak dorang sampai lupa bahawa tiang utama pendidikan untuk mendidik anak ialah dedahan agama, bukannya didikan sosial atau teknologi. Bila remaja tersebut banyak didedahkan dengan ilmu agama, mereka akan sentiasa berwaspada dan takut pada dosa dan neraka.
Cinta sebenarnya tidak salah tapi manusia yang tidak tahu untuk menghayati dan memahami. Terbukti sudah bahawa cinta itu buta.. Cinta tak dek mata, Sebab tu demi cinta, kita jadik buta nak pilih mana yang terbaik untuk hidup kita. Da la cinta tu buta, korang yang ada mata pun buta gak sebab cinta. Habis!
Sebagai contoh, berkahwin atas dasar cinta semata-mata dan lepas kawen mulalah berlaku salah paham. Lepas tu plak tak dek ilmu dan kesabaran yang tinggi untuk setelkan masalah rumah tangga.. Last skali bercerai berai. Memang cerai diharuskan tapi ingat, tu la perkara yang tak disukai oleh DIA.
Sebagai kesimpulan, cinta tak akan merosakkan individu yang mengikut syariat dan beriman kepada DIA. Kalau kita betul-betul menghayati cinta itu dengan cara yang betul.. Kita akan dapat menikmati cinta sejati dan hakiki.
"Dua orang yang saling berkasih-sayang kerana DIA semata-mata adalah tergolong di dalam golongan yang dilindungi."
[Hadis Sahih Bukhari]
p/s : Cintakan bunga.. Bunga kan layu. Cintakan manusia.. Manusia akan mati. Cintakan Illahi.. Itulah cinta yang hakiki.
Ms Land of Tapioca buat kajian pasal kes pembuangan bayi. Klik sini.
No comments:
Post a Comment