10 March 2015

Trip Perhentian | Bahtera Kembara Holidays

Salam.

Saya baru balik dari bercuti ke Pulau Perhentian -- 6 - 8 Mac 2015. Jadi, rasa macam eksaited sikit nak update blog pasal trip ni. Padahal trip sebelum-sebelum ni pun banyak dalam bentuk draf je. Haha.

Lagi pun, ramai kawan-kawan yang tanya pasal trip ni, pekej amik kat mana, berapa harga and so on. Ada jugak kenalan yang dari Terengganu sendiri, tapi belum pernah lagi datang Pulau Perhentian. Biasalah. Manada orang nak explore tempat sendiri, ye dak?

First, saya nak story pasal Bahtera Kembara Holidays ni. Why? Sebab saya amik trip ni dari sini. Murah je boh! RM180 pekej untuk 3 hari 2 malam. Amacam? Tergugat? Tak caye? Nanti korang boleh usha page FB Bahtera Kembara Holidays ni.


Saya dah lama plan nak pergi Pulau Perhentian ni. Suatu hari, masa saya sedang melayari garis masa -- timeline di Twitter, saya ternampak ada sorang follower ni dia RT -- retweet pasal pekej Pulau Perhentian ni. Tapi kene book, bayar deposit RM50 sebelum tarikh 31 Disember 2014. Lepas dari tarikh tu, harga dia jadi RM199.*Tertakluk kepada sebarang perubahan*

Power Twitter ni. Saya tanya kebanyakkan orang dari mana diorang tahu pasal pekej ni. Dia cakap, “Oh! Tengok dekat Twitter. Ada orang retweet pasal ni”. Nampak tak? Tapi boss Bahtera Kembara Holidays ni takmau buat akaun Twitter. Sebab dia taknak sailang rezeki orang lain. Katanya.

Trip saya ni asalnya 7 orang yang join. Saya ajak kawan saya berdua je. Tapi fikir balik, trip semurah ini perlulah dikongsi dengan lebih ramai lagi ye dak? Jadi, kawan saya pun ajak abang, akak, adik-adik and abang ipar dia join sama. At the end, kawan saya sendiri tak boleh join sebab dia diwajibkan untuk menghadiri Kursus Induksi -- Program Transformasi Minda. Sorry kawan! Haha! Tinggallah 6 orang yang setia meneruskan trip ini.

Dua dari kiri - yang terpaksa batalkan trip ni
sebab kene pergi kursus induksi =D

Harga RM180 tu termasuklah pengangkutan bot laju -- speed boat return dari Jeti Kuala Besut - Perkampungan Nelayan - Jeti Kuala Besut. Jangan salah faham. Perkampungan Nelayan adalah sebuah perkampungan yang ada di Perhentian Kecil. Bukan di Long Beach ye.

Asalnya kami sepatutnya menginap di Flora Bay Resort, di Perhentian Besar. Tapi ada masalah teknikal pada sistem pengurusan di chalet tersebut. Jadinya kami pun menetap di Perkampungan Nelayan.

Plus, kami kena tambah RM25 per pax untuk penginapan. Sebab? Penginapan dia memang terbaik laaa! Siap ekon! Hehe! Apa pun, penginapan ni depends pada keadaan pada masa tu.


Lagi satu, harga pekej tu termasuk jugak dengan snorkeling di 4 tempat. Tempat first tu, tak ingat apa nama dia. Tapi macam ala-ala praktis nak gune snorkeling equipment tu la. Boatman tu akan ajar ngkorang cara guna. Lepas tu kami pergi tengok penyu, kasi ikan makan, tengok terumbu karang -- ada ikan nemo! and last skali tengok ikan jerung. Wohha!

Kalau korang usha page FB Bahtera Kembara Holidays tu, macam-macam pekej ada. Murah woi! Serius tak tipu. Malas nak cakap banyak. Ngkorang tengok sendiri, ok. Saya dimaklumkan oleh somebody, organizer dia ni tak amik untung banyak. Cara dia business, semua orang boleh merasa untuk pergi trip-trip dia dan bergembira tepuk tangan sama-sama.


Sepanjang trip kami tu, organizer dia ni memang sempoi habis la and friendly. Sebab prinsip dia,  dia layan customer dia macam kawan-kawan je. Bayangkan, masa first day tak kenal siapa-siapa. Esok lusa boleh terus jadi kawan gelak ketawa.

Macam dah lama kenal. Masuk air, kaki humor, kaki gosip, tak payah cakap la. Agaknya roh kami dah bertemu 10 tahun yang lalu di alam mimpi kot. Hehe! Bila dah nak berpisah tu, sedih pulak rasa. Layanan yang dia berikan tu memang tip-top! Sebab saya yakin, takkan jumpa dekat mana-mana pekej yang memberikan layanan sebegitu sekali.

Please bear in mind. Dah nama pun ngkorang amik pekej, bukan ngkorang sorang je yang organizer kene layan. Ada banyak lagi group yang amik pekej yang sama dengan tarikh ngkorang. So, banyakan bersabar kalau organizer tak tepati masa or sewaktu dengannya. Mungkin ada masalah pada group lain. Jangan selfish sangat doh!

Someday, bila ada kelapangan and saya memerlukan satu percutian, saya akan amik dengan Bahtera Kembara Holidays ni lagi, InsyaAllah. Trimas Boh Afiq. Semoga bisnes terus maju.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Post a Comment