Salam.
Happy Pi Day! Korang tahu tak Pi tu apa? Kalau tekan kalkulator saintifik, Pi = 3.14201592653. Haaa! Tu la dia Pi. Sempena tarikh hari ni dan jam ini. Kahkahkah! Ok, fine!
Kita sambung lagi cerita pasal
Trip Perhentian ni. Kali ni pasal penginapan pulak. Seperti yang saya dah
bagitahu dalam entri sebelum ni, kami menginap di salah sebuah homestay (?) di
Perkampungan Nelayan.
|
Depan tu Pulau Perhentian Besar |
Konsep dia macam ni. Ada satu
bangunan -- dua atau tiga tingkat, and setiap aras tu ada beberapa buah bilik.
Lebih kurang macam dorm. Tapi dalam bilik tu ada katil queen size and for
single. And ada toilet. So, satu bilik 3 orang. Ok la tu. Selesa pun selesa.
Berhawa dingin lagi.
|
Katil single |
Kalau nak diikutkan,
sepatutnya kami menginap di Flora Bay Resort, Perhentian Besar. Mungkin bukan
rezeki. Takpa lah. Bilik dekat Perkampungan Nelayan ni pun ok jugak. Just add
RM25 per pax, dapat bilik ekon. Jadi, pekej trip saya ni berharga RM205 la
cerita dia.
Kat Perkampungan Nelayan ada
masjid ni, sekali pandang macam Masjid Besi kat Putrajaya tu. Warna dia kot
saya rasa. Kaler perak. Opkos binaan dia tak sama. Tapi kalau tengok dari jauh
memang cantik. Sayang saya belum berkesempatan nak ke sana.
|
Jalan straight nun kat hujung sana tu la masjid |
|
Tahan budak-budak ni dok kat panas |
|
Balai polis siap kuarters. Tu kemain besaq bagunan dia |
|
Apa nama sekolah ni, tak ingat |
|
Lai. Lai. Lai. Sapa nak berjalan? |
Cuaca kat sana boleh tahan
panas jugak la. Time tengah hari matahari tegak kat kepala. Nak explore kawasan
tu pun tak konfiden. Tapi budak-budak kat sini rilex je main panas. Haha!
Petang bila dah redup sikit, kami hiking ke Kincir Angin pula. Mana bangunan
yang ada depan mata tu, saya snap je la.
|
View dari tempat saya menginap |
|
View from jeti Perkampungan Nelayan |
|
Jernih kan air dia? |
Not bad la tempat kami menginap ni. Bagi saya, asalkan cukup rehat, selesa, boleh mandi and tido, lebih dari cukup. Nak tempat tido mewah, baik bercuti kat hotel je, ye dak? Hehe!
15 comments:
salam apa nama accommodation you kt kg nelayan ni ek??
@Asyraf Harun: wslm. xsure nama penginapan sebab everything organizer yg arrange. tapi betul2 sebelah rumah(?) yang dijadikan bomba(kot?)
As Salam, Pkaej RM205 ni brapa hari ? ni kt perhentian kecil ke?
@youknowyouloveme: pekej 3h2m. Yurp. Perhentian kecil. Dekat perkampungan nelayan.
Name chalet tu perhentian la', 1 malam rm150 per 3 org. Bilik aircon. Saya prgi sblm gst hjung bulan 7. Chalet ni memang betul2 kat perkampungan nelayan. Bilik ok cuma sempit sikit. Makanan kt situ kira harga double dari kt darat. Kira mcm hrga mkn kt kl la. Ape ape pun tidak mengecewakan sy bagi 5 bintang.
Rm205 termasuk makan k?
@Rozahira Rosli: nope! Only for pekej; penginapan, boat transfet and snorkeling. Makan sdn bhd :)
1967 selama setahun saya mengajar di SK P.Perhentian. Ketika itu blum ada calet atau hotel, cuma sebuah Resthouse kerajaan terletak atas bukit P.Perhentian Besar.
Panoramanya amat mengkagumkan dgn keaslian bumi di tengah samudera. Bersih dan nyaman. Masih tersentuh rasa konon ketika itu sesiapa dihantar bertugas di sana seolah suatu denda atau insan terbuang. Sebulan sekali naik ke tanah besar Kuala Besut dgn menumpang boat nelayan, terkadang 4 jam baru sampai. Kalau injin boat besar kuasa kudanya akan mengambil masa 2 jam sahaja.
Lain halnya dgn diri saya, bertugasnya saya di SK P.Perhentian adalah atas permohonan dan persetujuan saya. Dan ia benar2 amat menyeronokkan. Banyak kenangan di sana.
Kini saya sudah berusia 67 tahun. Dan di blog yg tak tersengaja tertatap oleh saya, membuat kenangan saya tercuit rasa. Maaf sekadar melatah seorang tua di blog nadeafu chan. Anda hebat melakar keindahan sebenar P.Perhentian, Besut, Terengganu DI.
@IAG: tak apa cikgu. Memeriahkan ruangan komen di blog saya. Saya cuma mencoretkan pengalaman saya ke dlm bentuk tulisan. Saya anggap ianya satu pujian. Terima kasih :)
Nadeafu chan, pakcik anjurkan catatan kembara anak dibukukan, kerana olahannya sangat menarik. Gaya penceritaan pada setiap destinasi yg anak lukiskan seolah2 menggamit2 orang lain untuk menikmati bersama keseronokan yg anak lalui dan alami. Selamat mengembara dan teruskan berkarya. Tahniah & syabash.
@IAG: terima kasih. Tapi saya masih merangkak lagi dalam dunia pengembaraan ni. Belum ada keberanian nak pergi lbh jauh. Terima kasih jugak di atas doa :)
Murahnya..beli kat mana ye pakej tu...bole bg no tepin pakej?
@Susanah Yusri: boleh refer facebook Bahtera Kembara Holidays
Salam , makanan di kmpg nelayab bgaimana ? Berpatutan x ?
@kikin majid: nasi goreng+segelas air lbh kurang rm10. Sebab bahan mentah di bawa ke pulau. Tu sebab mahal sikit kot.
Post a Comment