Berkenaan pengangkutan untuk trip kali ni, saya dah rasa pengangkutan udara, darat dan laut. Tak tahulah sama
ada ia kebetulan atau memang sudah dirancang.
Pada asalnya, trip berdua saya
dan kawan saya ni, kami plan nak naik bas. Bila dah sebarkan dan ramai pula
yang nak join, kami decide untuk menaiki kapal terbang -- giler skema! Naik Air Asia je. Now
Everyone Can Fly katanya.
View lebih kurang jam 7.30 pagi |
Tiket masa tu tak sure berapa
harga. Sebab kakak kawan saya -- Alang
yang uruskan. Mula-mula saya bank-in RM150. Total untuk 7 orang tambah
insurans, luggage and standard seat, RM1144. Bahagi dengan 7 orang, sorang
bayaq RM163. So, saya kene tambah lagi sebanyak RM13.
Khamis lepas balik dari kerja,
saya terus packing baju dan gerak ke Bukit Mahkota selepas Maghrib. Jalan jem
memang tak payah cakap la menghala ke Sg. Besi tu. Tak boleh nak laju. Kenderaan
memang banyak. Saya ke sana sebab nak tumpang parking kereta di rumah Alang. Kemudian
selepas Isyak, kami bergerak ke Sg. Merab. Kami bertolak ke KLIA2 jam 12.30
tengah malam.
View lebih kurang jam 5 pagi. Dah ramai orang |
Disebabkan esoknya hari
Jumaat, masing-masing bizi untuk masuk kerja waktu pagi. Sebab tu mereka hantar
kami pada tengah malam walaupun tiket flight jam 6.30 pagi. Maka,
bergelandanganlah kami 6 orang di ruang atas KLIA2. Tidur pun sekejap-sekejap
je la sebab tak selesa plus suasana yang dingin dengan kesejukan penyaman udara.
Saya dapat tidur 2 jam je.
Bye! Nak boarding da |
Sebelum masuk ke dalam perut kapal terbang |
Jam 5.55 pagi, masa untuk
boarding. Selesai security check and so on, kami bergegas ke gate yang
dinyatakan. Boleh tahan jauh jugak. Tepat jam 6.15 pagi, kami selamat masuk ke
dalam perut kapal terbang.
Duduk tepi tingkap. Yeah! |
Flight kami delay setengah
jam. Katanya, tengah isi minyak masa staff buat pengumuman. Waktu tu lah saya
amik kesempatan untuk melakukan solat
hormat waktu. Seat saya di sebelah tingkap. Subhanallah. Memang cantik
pemandangan langit dan awan waktu tu.
Selepas touchdown, organizer
dah tunggu kami. Macam yang saya cakap, manada organizer yang berikan layanan yang
baik macam ni? Sebab Afiq taknak kami lewat sampai ke jeti, dan kami boleh naik
bot bersama-sama dengan group lain jugak.
Untuk kenderaan dari airport
ke jeti, kami decide nak naik teksi sampai ke stesen bas KB dan kemudian naik
bas CityLiner ke Jeti Kuala Besut. Opkos kami akan sampai sangat-sangat lewat. Kami
memang tak expect yang Afiq nak amik kami di airport. Sebab malam sebelum saya
bertolak ke KLIA2, banyak kali juga Afiq tanya, kami naik apa untuk ke jeti
nanti.
Laju giler brader si Afiq ni drive. Kecut perut jugak. |
Disebabkan kami 6 orang, jadi
lagi 3 orang -- Along, Ali and Nisa kene
naik teksi. Afiq inform dekat pakcik teksi, drop saja mereka di Pasar Melor. Sebab
ada lagi sorang ni -- Farah dia bawak
kereta tapi dia sorang je sebab dia gerak dari Kelantan -- area mana tak ingat tapi dekat je la and dia tunggu di Pasar Melor
nak gerak sama ke jeti.
Kami sampai di jeti around
10.15 pagi macam tu la. Opkos sebelum ni dah ada group yang bising-bising sebab
organizer lewat. Tak tepati masa. Ada antara mereka yang dah terpacak jam 6
pagi. Siapa suruh datang awal sangat -- nak
je cakap macam tu. Haha! Campur dengan group lain, trip kami ni total dia
sebanyak 27 orang. 20 perempuan, 7 lelaki.
Amik bot dekat sini - dah termasuk dalam pekej |
Saya sebenarnya tak pasti saya
ni ada mabuk laut ke tak. masa naik bot di Langkawi, saya tak rasa apa pun. Enjoy
je la view laut. Tapi Alang cakap, muka saya macam orang mabuk laut. Padahal saya
tak rasa apa-apa. Imej je kot. Haha! Apa pun, memang seronok muka ditampar
angin dan air laut yang terpercik!
Thanks Afiq. Ada jugak pic berenam |
Let's go to the island! |
Selepas lebih kurang 30 - 45
minit perjalanan, kami sampai di Perkampungan Nelayan. Tempat di mana kami
bakal menginap di salah sebuah penginapan sepanjang Trip Perhentian ni.
**********
Selepas 3 hari 2 malam, kami
berangkat pulang. Kami naik bot paling awal, jam 9 pagi. Sebab dah plan nak
shopping di Pasar Siti Khadijah katanyalah! Pasar tu dekat dengan stesen bas
KB. Sebelah masjid.
Macam biasa, mesti ada yang
bising sebab organizer lambat. Padahal orang yang bising tu pun baru turun jam
9.15 pagi. Kami yang dah siap sarapan jam 8.30 pagi, rilex je. sebab kami faham.
Organizer sorang je yang handle trip ni. Kira bagus dia turun sama. Selalunya tak
la. Group tu cuma bertuah, even dia lambat tapi dia sampai jeti dulu. Haha!
Perjalanan menaiki speed boat
dari Perkampungan Nelayan ke Jeti Kuala Besut tak berapa lancar. Saya mendongak
ke langit masa tu, suram je. Tidaklah gelap mana menandakan hari nak hujan ke
apa. Cuma tiada cahaya matahari je. Angin kuat dan ombak pun boleh tahan jugak.
Cuak jugak kalau bot terbalik.
Last time berkumpul sebelum masing-masing bawak diri. |
Sampai di jeti, Afiq nak bawak
kami dengan satu group lagi pergi makan dekat Warung Pak Mat yang glemer dengan
Teh Tarik Madu and Sup Ikan dia tu. Kami taknak susahkan dia sebenarnya. Sebab dia
pun ada bagitahu nak masuk opis -- Ahad, Kelantan
kerja. Last-last, dia stay dengan kami. Sampai tolong hantarkan kami ke
airport. Terharu. Huuu~
Flight untuk pulang ke KL jam
10.30 malam. Lama jugak kami stay kat airport. Nak berjalan, takdak kenderaan. Lagi
pun masing-masing dah penat. Jadinya, bergelandanganlah kami di airport sekali
lagi. Saya lepak dekat belakang kerusi urut sebab nak caj bateri henpon. Haha!
Bye Kelantan! |
Masa dalam flight and dah nak
sampai, ruang udara KLIA2 hujan lebat. Pernah rasa naik kereta lalu atas jalan
berlubang-lubang and tak rata? Macam tu lah yang kami rasa malam tu bila flight
terpaksa lalu dalam awan. Flight tak boleh landing on time sebab cuaca buruk. Tengok
kilat depan-depan mata ni, cuak jugak sebenarnya.
Tawakal, and doa dekat Tuhan
semoga semuanya selamat. Terasa kapal terbang bergoyang, naik turun -- refer konsep fizik inersia. Masa landing
tu pun, rasa macam tergelincir sikit sebab landasan ada lopak air. Bahaya ni. Alhamdulillah,
touchdown jam 12 tengah malam.
Sampai di lobi KLIA2, dah ada
orang tunggu kami. Dah sampai Sg. Merab, saya ke Bukit Mahkota pula sebab nak amik
kereta yang saya parking di rumah Alang. Lepas tu balik ke Sg. Merab semula
untuk tidur. Jam da menunjukkan angka 3. Tak larat da woi! Mata dah rabak.
Untuk trip ni, saya rasa
seronok sebab dapat rasa tiga-tiga jenis pengangkutan -- udara, air dan darat. Korang boleh je nak drive sendiri or naik
bas. Tapi makan masa berjam-jam. Depends la keadaan korang masa tu. Kami amik
flight sebab tak larat nak drive bila balik nanti walaupun ada 3 orang yang dah
ada lesen penuh. Hehe!
Selamat bercuti yaw!
No comments:
Post a Comment