Salam.
Lepas gigih update blog pasal
Trip Perhentian, saya nak cerita pulak pasal Trip Sabah ni. Kebetulan saya ada
kursus di Sabah minggu lepas. Time tu, baru je lepas balik dari Pulau
Perhentian. Lepas tu, minggu depan fly balik pergi Sabah. Rezeki tahun ni
banyak berjalan ke tempat orang.
**********
Hari Jumaat -- 20 Mac 2015,
last day kursus di Hospital Likas, KK. Actually sebelum Solat Jumaat lagi
kursus dah habis. So, sebelum nak pergi dinner malam tu, petang tu sempat la
merayau di Pasar Filipina nak cari ole-ole untuk mak. Survey-survey je la.
Sebab malam tu ada pasar malam opposite Pasar Filipina. Orang cakap harga
barangan di pasar malam lagi murah.
Saya ada kawan -- Amir, actually junior masa study yang
kerja di Hospital Likas. Kami sama profesion tapi bidang yang berlainan. Kesian
masa mula-mula dengar dia tercampak kat Sabah. Tapi ni la hikmah dia. Amir
bawak saya jalan-jalan Sabah. Area KK je la sebab tempat lain dia tak explore
lagi. Baru 4 bulan kerja kot.
Pagi esoknya tu, kami tunggu
kereta sewa sampai. Saya request untuk guna dari jam 8 pagi sampai jam 8 malam.
Harga RM90 saja. Viva Auto. Kereta dia not bad la. Memang owner dia jaga gila.
Kemas dan bersih. Lepas Amir dengan kawan dia sampai, and kereta pun da dapat,
saya terus check-out dari hotel.
Bercakap pasal kawan si Amir
ni. Dia bagitahu, kalau saya tak ada ajak kawan-kawan, dia nak bawak kawan dia
sorang. Saya pun tak kesah since kawan-kawan saya pakat nak ke pulau hari tu.
Saya tak ada baju yang sesuai nak ke pulau. Saya tak expect kawan Amir ni,
merupakan salah sorang peserta bengkel yang saya pergi di Hospital Likas tu.
Berbengkel selama 3 hari, memang tak pernah bertegur sapa pun. Haha!
First tempat yang kami pergi,
opkos pergi breakfast dulu. Saja nak tukar selera. Tak mahu dah makan makanan
hotel selama 4 hari berturut-turut ni. Cukuplah 3 kali je. Huhu! Amir bawak
saya pergi sarapan dekat Restoran Ummi Aisah, dekat Alam Mesra. Janggal
bunyiknya. Selalu dengar Alamanda je. Amir cakap, kawasan tu dia memang nak
buat macam ala-ala Putrajaya pun.
Lepas dah sarapan, kami
jalan-jalan dekat area Universiti Malaysia Sabah -- UMS. Cantik. Betul-betul
sebelah pantai. Untunglah student ni. Nak mandi pantai, pantai dekat sebelah
je. But before that, kami jalan-jalan dulu dekat Akuarium & Muzium Institut
Penyelidikan Marin Borneo. Compare dengan Blue Aquarium KLCC, tempat ni lagi
rasa macam terbela la. Time tu ada promosi. Tiket sepatutnya harga RM5, dia
kasi RM3 je -- harga pelajar.
Amir sempat melawak, “Kami ni ada nampak muda macam student ke?”
Time ni dia dah siap-siap nak keluarkan student card dia da sebab nak student
price punya pasai.
“Tak la. Hari ni kami ada buat promosi. So bayaran masuk RM3 je”.
Sebab harga orang awam RM5.
First time tgk penyu in a real life |
Soft coral. Sensitif dengan cahaya |
Ikan kecik tu nampak cantik tapi parasit |
First time tengok tapak sulaiman in a real life |
Diorama scuba diving di Pulau Sipadan, Sekali pandang nampak macam real :p |
Dasar pendek. Nampak kepala je -,- |
Sebab teruja tengok universiti
yang sebelah dia ada pantai, kami jalan-jalan sekejap dekat pantai UMS lepas
keluar dari akuarium dan muzium tadi tu. Ingatkan dekat je. kami da jalan
separuh, lepas tu Amir decide nak patah balik amik kereta bawak pergi jeti
sana. Saya pun teruskan berjalan kaki dengan Zul -- nama kawan sebengkel saya, merangkap kawan Amir ke pantai UMS.
On the way ke jeti dekat Pantai UMS |
Jeti Pantai UMS |
Lepak sini je pasai sini redup. Ada pokok. Haha! |
Sebelum menunggu untuk isi
perut waktu tengah hari, kami sight-seeing sekejap dekat Masjid Bandaraya KK,
atau nama glemer dia, masjid terapung. Why? Sebab keliling masjid tu ada air.
Haha! Tourist Korea banyak jugak datang sini. Sampaikan signboard dia ada
tulisan Hanguk. Lepas tu, tourist ni, depa kasi pakai jubah and tudung untuk
perempuan, and jubah and ketayap putih untuk lelaki.
Belum sampai waktunya untuk
makan, Amir bawak jalan-jalan sekejap dekat Tanjung Lipat. Dekat situ ada
pantai jugak. Kira ni macam taman rekreasi pun ye jugak. Ada taman permainan,
ada tempat piknik - tempat bakar BBQ and so on la. Kami jalan-jalan dekat trek
pejalan kaki and basikal je. Sebab redup. Haha. Time-time panas macam tu, orang
masih ramai juga. Memandangkan musim cuti sekolah.
Paihtu Amir bawak makan dekat
satu tempat ni, area Kampung Likas. Nama dia Restoran D’KL. Tak expect
sebenarnya yang tu adalah restoran. Sebab kalau korang tengok dari luar, ia
cuma sebuah rumah banglo besar corner lot saja. Haha! Tapi dalam dia, pehh!
Tengok sendiri la dalam gambar macam mana tempat dia. Hehe!
Ini sebenarnya restoran taw! |
Soda gembira RM3.90 |
Set nasi ayam honey lemon. Manis! Makan dengan lemon dia sekali |
Petangnya, lepas makan dan
solat, kami ke Muzium Sabah. Bayaran masuk RM2. Oh! Tiket ni boleh digunakan
sekali untuk masuk ke Muzium Tamadun Islam Sabah juga. Muzium tu terletak dekat
sebelah Muzium Sabah. Takdaklah dekat mana. Still kena naik kenderaan untuk ke
sana juga. Dalam Muzium Sabah tak boleh bawa kamera. So, takdaklah gambar untuk
dipamerkan.
Bagi saya, Muzium Sabah ni
agak menarik. Compare dengan Muzium Terengganu yang saya pernah pergi dulu. Mungkin
sebab subjek Sejarah Tingkatan 4 dan 5 kot. Dulu, pengetahuan tu hanya boleh
dapat dalam buku teks je. Tapi bila korang masuk Muzium Sabah tu, pengetahuan
tu diterjemahkan dalam suatu bentuk lain -- susah
nak explain la. Kahkahkah!
Lepas dah habis round satu
Muzium Sabah, kami ingat nak ke Muzium Tamadun Islam Sabah la cerita dia. Bila dah
sampai kat satu tempat ni, serius takdak orang langsung. Takdak nampak
mana-mana kenderaan lain yang parking kat situ. Hanya kami bertiga ja. Teruih kami
tak jadi masuk dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Pilot lokomotif ni. Muka garang. Hati ada baik :) |
Dua-dua train ni berfungsi |
Bye. Jumpa kat Tenom. Haha |
Korang tahu tak kat Sabah ada kereta
api? Haa. Saya tahu secara tak sengaja lepas amik tourism map dekat Muzium Sabah.
Saya belek-belek peta tu, ada kereta api dari Penampang sampai la ke stesen
terakhir, Tenom. Kami ingatkan mula-mula tu sekadar bahan pameran je. sebab
yela, kereta api lama guna arang dengan kayu. Rupa-rupanya kereta api tu
bergerak dan berfungsi selepas diceritakan sendiri oleh pemandu lokomotif tu.
Around jam 4 petang, kami ke
Pantai Tanjung Aru. Pantai ni area-area airport da. Kunun-kunun nak berjalan
sepanjang pesisiran pantai la. Sekali tengok cuaca boleh tahan panas. Haha! Lepas
tu kami lepak sekejap dekat food court sana sambil menikmati ABC buah spesial
-- ada extra aiskrim 2 scoop je. Harga
semangkuk RM6. Tak habis makan. Kembung perut minum ais banyak-banyak. Plus gula
perang yang depa buh tu, banyak gile. Manis!
Lepas menikmati kesejukan ABC,
kami berjalan-berjalan sekitar pantai. Ada satu taman ni. Prince Phillip Park
nama dia. Ingat nak lepak kat sana sambil tengok kapal terbang AirAsia landing.
Tapi taman tu macam tak terbela. Last-last lepak bawah pokok je. itu pun
sekejap je la. Kalau korang dekat Pasar Filipina, view kapal terbang nak
landing lagi menarik. Betul-betul atas pasar tu haa. Eksaited sekejap!
Petang tu around jam 6, kami
dah gerak ke airport. Walaupun Amir cakap airport dekat je, banyak lagi masa,
saya suggestkan lepak kat airport je la. Boleh duduk-duduk, kerusi pun banyak
and boleh cas henpon. Cuaca panas membuatkan henpon saya cepat habis bateri. Terpaksa
tutup data plan. Lagi pun kene pulangkan kereta jam 8 malam. Jam 7 tu saya dah
halau Amir suruh balik. Nati kene caj tambahan pulak. Haha!
Saya tak tahu flight malam tu
pleasure sangat atau saya yang terlalu letih berjalan. Sebab penerbangan selama
2 jam 30 minit tu rasa sekejap sangat. Sedar-sedar bukak mata, da ada
pengumuman yang sekejap lagi flight nak landing. Wohha! Alhamdulillah cuaca
baik. Terkenang flight balik dari Kelantan. Saya takkan pernah jemu naik flight
waktu malam sebab saya suka tengok pemandangan dari atas.
No comments:
Post a Comment