Penat balik dari Pulau Perhentian tak habis lagi, dah kene fly to Kota Kinabalu, Sabah sebab ada kursus minggu lepas. Time rehat ni baru sempat nak update entri pasal Perhentian. Jom sambung baca!
**********
Hari kedua kami di
Perkampungan Nelayan. Hari yang ditunggu-tunggu. Chewah! Snorkeling! Yeah!
Jakun sebab ni first time pergi snorkeling semenjak tumbesaran. Dalam masa yang
sama, scary pun ada jugak sebab tak tahu cara yang betul untuk snorkeling.
Manusia, dia takut sebab dia tak tahu.
Waktu bersnorkeling. Sesak dengan bot |
Pagi lepas Subuh, kami kemas
beg and barang-barang yang nak dibawa masa snorkeling. Especially makanan untuk
korang alas perut masa kat atas bot. Makanan ikan korang tak payah risau. Boatman tu
bawak sebungkus roti Gardenia. Kelas kau ikan-ikan tu kami kasi makan roti
berjenama.
Tempat first yang kami pergi
snorkeling, Turtle Beach. Tak tahulah ada turtle ke tak. saya teringat cerita
Nisa time boatman -- Pak Hasan bawak
dia tengok penyu. Pak Hasan ajak dia tengok penyu betina. Nisa pun follow la ke
mana Pak Hasan pergi. Dasar tak reti berenang. Huhu!
First checkpoint, Turtle Beach |
Masing-masing adjust mask |
Sampai tempat yang dituju, tak
nampak penyu pun. Boleh tahan jugak prank Pak Hasan ni. Tiba-tiba dia naik ke
permukaan, dia gelak-gelak sebab bukan penyu betina doh! Pak Hasan cakap, “tuu, penyu tino duo eko”. Nak tahu
nampak ape? Punggung mat saleh. Kahkahkah!
Saya pun tak tahu ada penyu ke
tak kat Turtle Beach tu. Sebab rasanya Pak Hasan tu ajar macam mana nak guna
equipment snorkeling dengan cara yang betul and bernafas ikut mulut, juga
dengan cara yang betul. Lepas tu dia ajar la jugak pakai life jacket tu
ketat-ketat sikit ikat supaya tak terangkat ke atas masa menyelam.
And masa tu la saya try cari
cara yang sesuai, dan juga cuba sesuaikan diri macam mana rupa dia bila
bernafas ikut mulut tu. Berenang sikit-sikit -- walaupun pakai life jacket, selfie dalam air, menyelam, kuak
lentang -- gaya je lebih, tak reti
berenang pun and so on lah!
Semangat Along berlatih. Haha! |
Lepas sejam, kami pergi ke
point yang seterusnya -- Turtle Point. Masa on the way nak ke Turtle Point, saya
macam ternampak something kat atas laut tu. Dia terapung. Ingatkan sampah. Mana
mungkin ada sampah kat Taman Laut ni. Nak kene saman apa buang sampah
merata-rata.
Pak Hasan nampak saya
tertoleh-toleh tengok ke arah benda terapung tu. Lepas tu terdengar la Pak
Hasan cakap, “haa tu penyu la tu. Besar
tu penyu tu”. Oh my! Tak sangka dapat tengok penyu in a real life. Tapi tak
sempat nak snap gambar sebab laju sangat -- kata speed boat.
Sampai ke checkpoint kedua,
iaitu Turtle Point. Mula-mula boatman akan turun, tengok ada ke tak penyunya. Boatman
kami tak turun, tapi boatman dari bot lain yang turun. Bila dah kompem ada
penyu, baru Pak Hassan turun. Dia check lepas tu dia cakap, ada penyu seekor
bawah bot ni.
Orang lain semua dah terjun
keluar dari bot nak tengok penyu. Takkan saya nak stay dalam bot je. Rasa macam
rugi la pulak tak dapat tengok penyu in a real life. Jadi, dengan takut-takut saya
pun turun sambil pegang tepi bot. Nasib baik nampak. Kali ni penyu betul ye. Bukan
punggung mat saleh. Haha! Saya try menyelam slow-slow kalau nak tengok. Nanti penyu lari.
Next, kami pergi ke Shark
Point. Macam biasa, boatman akan turun dulu nak tengok ada ke tak jerungnya.
Pak Hasan pun follow jugak turun ke dasar laut. Yang lain-lain pun turun jugak.
Tapi bukan nak tengok jerung. Saja nak berenang-renang kat situ. Pak Hasan
cakap, jerung takdak kat situ. Tapi dia bawak kami pergi tempat lain, yang ada
jerung jugak.
Selepas kecewa dengan
ketiadaan jerung, kami pergi ke Coral Bay. Kat situ, boleh kasi ikan makan. Boatman
dah siap bawakan makanan ikan. Sebab saya tak reti berenang -- even ada life jacket sekali pun, main
air tepi-tepi bot je dengan Husna. Bagi ikan makan. Time tu, Nisa dah pergi
explore dasar laut dengan Pak Hasan kot.
Sebab boring, kami berdua naik
atas bot. Along, Ali, dengan Alang tak payah cakap. Seronok menyelam
sendiri-sendiri. Bila nampak Nisa dengan Pak Hasan balik dari snorkeling, Pak
Hasan bawak saya dengan Husna pulak. Sebab kesiankan kami. Haha!
Brader life jacket oren tu sibuk mintak roti kat guwa -,- |
Snap sambil pegang tangga bot. Haha! |
Subhanallah! Kat dasar laut
tu, banyak terumbu karang yang cantik-cantik, dan berwarna-warni. Ada soft
coral, ada hard coral, ada coral yang nampak macam glow in the dark warna dia. Bermacam-macam-macam
spesis ikan dalam tu. Nak senaraikan jenis-jenis ikan, memang tak tahulah. Tapi
satu ikan yang saya tahu, ikan nemo! Hehe! Ada warna oren and warna hitam.
Tu la Pak Hasan - yang rajin bawak kami snorkeling |
Lepas balik dari snorkeling
dengan Pak Hasan, kami tengok bot lain semua dah tak ada. Tinggal bot kami
sorang je. kami bot yang paling last tinggalkan checkpoint Coral Bay tu. Sebab Pak
Hasan kene buat dua trip snorkeling tadi, tu yang lambat. Orang lain semua dah
naik bot. Haha! Sampai je dekat bot, dorang cakap, “Untunglaaaa. Ada orang bawak jalan-jalan snorkeling”. Haha!
Saya tak tahu ada berapa Shark
Point. Tapi checkpoint last ni, memang betul-betul ada jerung. 3 ekor kau! Dua besar,
sekor kecik je. Saya nampak Pak Hasan dengan kawan dia yang dari bot lain ada
bawak umpan. Tak tahu ikan apa. Pak Hasan cakap, buat umpan jerung. Lepas dah
sahkan kehadiran ikan-ikan jerung tersebut, terjunlah mereka beramai-ramai.
Macam biasa, kami diheret oleh
Pak Hasan untuk snorkeling tengok jerung. Kali ni Pak Hasan bawak kami bertiga
-- saya, Nisa and Husna. Senang. Sekali
trip je. Jauh jugak kami bersnorkeling. Sebab terasa lama. Memang kami nampak
ikan jerung. Pak Hasan bawak kami tengok ketiga-tiga ikan tersebut. Masa snorkeling
tu, memang da penat sangat. Kami follow je la mana Pak Hasan bawak. Huhu! Kami jugak bot last yang tinggalkan kawasan tu. Haha!
Kalau korang ada perasan time
baca review Pulau Perhentian dekat mana-mana blog, mesti dorang cakap akan
singgah dekat Fisherman Village atau Perkampungan Nelayan kan? Sebab nak beli
makanan since makanan kat sana murah compare dengan tempat lain. Memandangkan kami
stay kat sana, lepas snorkeling kami terus balik la. Hehe!
Time ni tgh try red filter. |
Semua orang lemau masa on the
way nak balik ke Perkampungan Nelayan. Lepas sampai kat jeti, ingat nak terus
pergi isi perut. Dah tengah hari. Semua kedai makan penuh. And kalau ada meja
kosong pun, lauk dah habis. Waaaa! Sedih. Balik bilik, terus mandi. And rehat. Jam
3 or 4 petang macam tu, baru lunch.
Jernih air dia. Rasa nak minum. |
Kalau korang rasa cepat lapar
or tak boleh tahan dengan perut kosong tu, masa snorkeling nanti silalah bawa
makanan. Jajan ka, biskut ka, keropok ka, ada roti lagi bagus. Bukan roti yang
buat bagi ikan makan ye. Haha! Supaya korang tak macam pirana kelaparan bila
naik ke darat and tengok kedai makan penuh.
Jumpa lagi di entri akan
datang. Adios!
P/s: Maaflah tak banyak
gambar. Sebab time tu saya tengah cuba menyesuaikan diri dengan aktiviti
snorkeling ni memandangkan ini kali pertama sejak tumbesaran. Haha!
No comments:
Post a Comment