03 February 2011

Minyak masak zaman dulu-dulu : Part 1

Entri ni mungkin agak panjang. Nak bagitahu awal-awal. Hehe.

Tiga hari lepas, Mak dan Ayah pulang dari kampung. Balik kampung berdua saja. So, penumpang di dalam kereta Saga Merah hanyalah Mak, Ayah serta beg-beg baju mereka. Boleh dikatakan bonet kereta agak kosong jugak lah. Tapi kepulangan mereka dari kampung hari tu sangat mengujakan aku. Apa tak nya, bonet kereta tu penuh dengan macam-macam barangan dari kampung. Ada lebih kurang sama dengan poket doremon kot. Haha. Tapi dalam banyak-banyak barang yang ada dalam bonet tu, kelapa yang sudah dibelah sangat menarik perhatian aku. Apa tak nya, seplastik sampah yang hitam tu ha.


"Nak buat apa dengan kelapa banyak-banyak ni mak?"

Segera aku bertanya. Ada macam tak puas hati pun ye jugak. Apa tak nya, kat rumah tinggal bertiga je termasuk aku. Sape nak makan santan banyak-banyak ni?

"Ala.. Saja bawak balik. Dari membazir nak buang" - Selamba Mak menjawab.

**********

"Kau buat apa? Busy tak? Meh tolong Mak jap!"

"Tak buat apa pun. Nape Mak? Nak tolong apa?"

"Tolong parutkan Mak kelapa ni jap. Mak basuh dulu" - Sambil tangan Mak ligat mengeluarkan kelapa-kelapa yang telah dibelah dari plastik hitam tadi.

Aku terkedu jap. Memikirkan berulang kali jawapan apa yang patut aku beri. Busy ke tak. Busy ke tak. Busy ke tak ha? Haha. Mak suruh parut kelapa yang aku rasa bilangannya mencecah angka puluhan jugak.

"Nak buat apa Mak? Banyaknya nak pakai santan"

"Mak pun tahu nak buat apa. Kalau tak diparut nanti busuk kelapa ni. Membazir je. Mak bawak dari jauh ni. Tapi Mak ingat nak buat minyak la"

"Hah? Minyak? Minyak apa Mak? Nak kata minyak pengasih macam musykil je bunyik nya. Macam mana dari santan boleh jadik minyak plak?" - Bertubi-tubi macam peluru machine gun persoalan yang terkeluar dari benak aku.

"Mak nak buat minyak masak la. Kan harga minyak sekarang da naik. Susah pulak tu nak dapat. Sekurang-kurangnya dapat la jimat sikit. Parut je la dulu kelapa nya. Nanti Mak tunjuk la macam mana nak buat minyak masak" - Terang Mak panjang lebar. Aku tersenyum :)

**********

Ok, cara-cara nak buat minyak masak dari santan kelapa. Mula-mula, amik berpuluh-puluh biji kelapa. Lepas tu dibelah. Aku tak pasti berapa biji kelapa yang aku parut hari tu. Agak-agak ada kot dalam 20 biji lebih sikit. Nasib baik pakai mesin. Zaman da maju sikit. Kalau pakai kukur kelapa mahunya tiga hari tiga malam belum tentu siap. Sampai berdarah-darah tangan nampak tulang tangan aku kena parut. Sila jangan percaya!

zaman sekarang ada lagi tak macam ni?

Siap sudah kelapa yang perlu diparut tadi. Lepas ni apa lagi, sila lah perah santannya. Ouh! Memang tak larat nak perah santan pakai tangan. Tapi pakai jugak la. Kalau tak nak perah dengan apa? Dengan bantuan mesin blender, kerja memerah santan dapat dilakukan dengan sekejap saja. Tak perlu satu malam. Sekejap? Padahal tangan sampai cramp haa.

Proses memerah santan dilakukan sebanyak 2X bagi mendapatkan santan yang banyak. Kununnya la sebab Mak yang cakap. Aku memang tak tahu. Tengok dan perhati saja sambil tu tolong-tolong sikit apa yang patut. Yang tak patut ditolong pun aku tolong jugak. Haha. Alhamdulillah. Dapat satu kawah besar santannya. Mak target boleh dapat satu botol 5L minyak. Ok Mak, kita tengok tercapai ke tak target Mak :)

nampak macam kecik je kan? ni sebenarnya kawah. Ok!

Bila da lama sikit kawah ni atas api, nanti Mak cakap santan dia akan naik kat atas. Dan yang sebelah bawah tu air je. Yang air tu yang kita kena buang nanti. Tak dek fungsi pun. Ces!

kalau korang perasan, lapisan atas ni nampak macam kasar sikit
lapisan santan sudah diasingkan ke dalam periuk

air yang tak dek fungsi, sedia untuk dibuang ngeh3

Lama jugak nak buat proses-proses di atas ni. Kemudian, santan yang dah masuk dalam periuk tu kita tuang balik dalam kawah. Air yang dalam besen kat atas tu pun sudah dibuang. Jadi, boleh lah diguna pakai semula kawah tersebut.

"Aik Mak? Boleh dapat ke ni sebotol 5L minyak masak nih? - Aku tersengih-sengih.

"Ala..tak dapat 5L pun tak apa la. Boleh jugak jimat sikit-sikit" - Macam pasrah je jawapan yang Mak bagi. Haha.

memang tak boleh dapat 5L kan?hehe :p

Mak cakap, santan ni kena sentiasa dikacau. Kalau tak nanti taik minyak dia hangus. Sedap tau taik minyak ni. Boleh buat sambal lagi. Pun sungguh enak di makan begitu saja. Taik minyak kalau hangus tak sedap dimakan. Ke korang tak pernah tengok taik minyak ni? Kang aku cerita sorang-sorang plak. Pernah makan kuih kole kacang? Ke tak tau jugak kuih kole kacang tu macam mana. Haha.

ni kuih kole kacang. atas tu taik minyak :)

Lama jugak makan masa nak tunggu sampai menjadi taik minyak. Isi padu minyak masak yang terhasil bergantung pada tahap kekeringan taik minyak. Makin kering taik minyak, makin banyak isi padu minyak terhasil. Kesimpulannya, hipotesis dibuktikan benar. Chewah!

taik minyak sudah terbentuk tapi tak kering lagi
atas : taik minyak & bawah : minyak

Bayangkan dari sebesar-besar kawah dapat sikit tu je minyak masak. Tu ha, yang dalam periuk tu. Ada cukup 5L tak? kompem la tak kan. Taik minyak ni tak kering sangat. Tu yang dapat sikit tu je. Lagi pun kalau korang perasan, minyak tu kaler jernih kan?

Kalau taik minyak tu hangus kompem minyak masak korang kaler kuning-kecoklatan. So, semuanya bergantung pada pemerhatian yang teliti bagi mendapatkan taik minyak yang rangup serta kualiti minyak masak yang terbaik.

Ok. Sambung entri lain. Sekian, selamat malam! :)

p/s : Taik minyak yang Mak buat tak berusik lagi sebab tak tahu nak masak menu apa. Ada cadangan? :p

Picture kukur kelapa & kuih kole kacang credit to Anna & SinarSuria. Thanks! :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

Anonymous said...

fuyoooo~leceh jugak kan nak wat myk dr kelapa ni.mcm2 step ade.total masa bape lame wat benda ni?huhu patotla bz mlm ritu.sian die..tgn pn luka ye..dah elok blm??eh3,taik myk tu watpe?mkn mcm tu je?

nadeafu chan said...

ritu start lepas asar..stop kul12..tuh pon xsiap lg hehe taik minyak nak buat apa?ada kat entri baru :)

Anonymous said...

dah bace la..hehe mak kite ckp kan,taik myk tu blh wat masak sambal huhu

nadeafu chan said...

mak kita pun ckp mcm tu jugak ngeee~

Farha said...

lecehnyaa minyak ni. patutlah mahal

nadeafu chan said...

@Farha: tgk proses pembuatannya pun lama

Post a Comment