14 February 2011

Bercinta kerana Allah golongan dilindungi : Part 1

Assalamualaikum!

Semoga hari luar ini biasa bagus dan lebih baik dari semalam. InsyaAllah, mudah-mudahan.

Entri kali ni aku nak tulis balik apa yang telah dikongsikan oleh seorang hamba Allah berkaitan dengan cinta. Tajuk pun pasal cinta kan.. Tak kan nak tulis pasal makanan plak.


********** 

Cinta ialah perasaan yang lahir dari hati yang dianugerahi Maha Pencipta. Setiap manusia akan merasai cinta tapi berbeza mengikut perspektif masing-masing. Macam entri sebelum ni, kalau korang tanya 10 orang pasal cinta, mesti takkan ada jawapan yang sama.

Apabila disebut cinta je, kita mesti terbayangkan kasih sayang seorang lelaki, kalau orang yang membayangkannya tu cik awek la dan sebaliknya. Tapi adakah cinta tu akan kekal bahagia sampai ke jinjang pelamin? Atau pun kebahagiaan yang diimpikan oleh semua orang?

 

Tu yang kadang-kadang kita tengok ramai je orang yang bercinta tapi putus tengah jalan. Bukan putus kat tengah-tengah jalan antara jalan rumah aku dengan rumah kau. Atau pun pasangan putus-memutus ni pergi kat tengah jalan pastu cakap "kita putus!".. Bukan tu maksud dia. Maksud dia tak sampai ke jinjang pelamin la. Itu yang selalu aku dengar.

Kita sebagai khalifah di muka bumi ini diberi pilihan untuk mengatur hidup sendiri mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat. Cinta mengikut agama kita adalah kerana Allah semata-mata, bukan kerana wang, bukan kerana kecantikan, dan bukan kerana nafsu semata-mata lebih-lebih lagi yang inginkan lebih dari sorang. Masalah besar ni!


Dunia hari ini, manusia terlalu obses dengan cinta sehinggakan sanggup melakukan apa saja demi cinta yang suci.. Suci ke? Mereka berpendapat cinta itu suci lagi menyucikan dan benar-benar bahagia.

Seorang penulis Barat ada menyatakan bahawa :

"Kepahitan memenjarakan kehidupan, cinta membebaskan, kepahitan melumpuhkan kehidupan, cinta memberi kekuatan, kepahitan mendukacitakan kehidupan, cinta memaniskan, kepahitan menyakitkan kehidupan, cinta menyembuhkan, kepahitan membutakan kehidupan, cinta mencelikkan - Harry Emerson Fosdick"


Cukupkah hanya dengan cinta, kita akan mengecapi kebahagiaan? Cukupkah hanya dengan cinta, kita akan mendapat kepuasan dalam kehidupan? Cukupkah hanya dengan cinta, kita akan mendapat keluarga bahagia dan sempurna?

Sama-samalah kita renungkan adakah kita akan dapat semua ini hanya dengan cinta yang tidak mengikut garis panduan? Islam itu membolehkan kita bercinta tapi hendaklah mengikut seperti apa yang telah ditetapkan dalam hukum Allah. Bukan ikut nafsu serakah semata-mata. Dengan bercinta kerana Allah, kita akan mendapat cinta hakiki bukannya cinta yang menyakitkan dan mengecewakan kita.


Ok! Sambung entri lain. Tak habis kupas lagi isi-isi dia. Aku nak siap-siap gie kelas memandu ni. Aku baru nak amik lesen. Cis!

Sekian!

p/s :
Cinta atau dusta..?

Terima kasih untuk gambar kepada Incik Aditya, Incik Zack, dan Cik Izah

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

nAdrz'R Rapi'e said...

cepat2 la sambung sis...
aq xsabo2 nk bace next post ni...
hehehheee...~

nadeafu chan said...

hehe sabar2 :)

Anonymous said...

salam ziarah.

terjumpa post ni bila google..alhmdulillah..cinta kerna manusia mungkin sirna. cinta kerna Allah tiada duka, tiada derita, berbuah syukur bertambah redha..;)

nadeafu chan said...

@ pengemis cinta : terima kasih sebab sudi bace entri ni :)

Post a Comment