20 April 2016

Trip Sakura Jepun 2016 | Ke Jepun, melakar memori baru.

9 April 2016

Sehari selepas ulangtahun kelahiran saya yang ke-2*. Ye! Saya memang plan untuk melancong setiap tahun pada bulan 4. Ini tahun kedua saya melancong di bulan kelahiran saya, dan juga sebagai reward untuk diri saya sendiri di atas setiap usaha dan tenaga yang dah saya kerahkan lebih-lebih lagi dalam kerjaya saya. Jadi, tahun lepas, saya menghadiahkan diri saya sebuah percutian ke Sabah. Boleh baca story saya di sini.


**********
Sejak balik kerja semalam lagi, saya belum habis packing baju untuk trip Jepun ni. Malam semalam, saya cari makanan; snacks, biskut, roti plus bahan-bahan untuk membuat sambal goreng ikan bilis dan lain-lain makanan ringan untuk dibawa ke sana. And tepat jam 1.30am, barulah saya boleh masuk tidur selepas usai menggoreng kacang dan ikan bilis. Yang lambat tu sebab nak kena buang kepala and taik ikan bilis. Ikan bilis tu je la yang ada sebab beli kat giant je masa tu. Kata Mak, sambung esok pagi lepas Subuh je la. Malam tu, saya tidur diruang tamu. Takut-takut tidak tersedar, bila dah lena tidur di atas katil. Rasa macam banyak benda lagi yang belum dikemas. Walhal, tinggal sambal goreng ikan bilis saja.

Selepas Zohor, beg troli seberat 18kg siap dikemas. Petang selepas Asar, saya berangkat ke Shah Alam, rumah kakak saya untuk menghantar barang yang dikirim. Lepak-lepak jap, borak-borak dengan kakak sambil tunggu Isya’. Selepas itu, saya akan ke Klang. Apa kaitan nak ke Jepun dengan melencong ke Klang? Saya ada seorang kawan yang tinggal di Klang. Dialah yang akan tolong manghantar saya ke KLIA pada tengah malam nanti. Kenapa sampai ke Klang? Sedangkan rumah saya di Batu Caves - KLIA lebih dekat sedikit jaraknya compare dengan Batu Caves - Klang - KLIA?

Beg troli saiz M. Sumpah lepas ni takmau
bawak beg troli da. kahkahkah!

Sebab, kawan saya ni je la yang available untuk tolong hantar dan tolong pickup balik nanti. Dan saya boleh tinggalkan kereta saya di rumahnya tanpa perlu rasa unsecure. Kawan-kawan yang lain available untuk menghantar saja. Tapi untuk pickup di airport, saya sendiri rasa terbeban memikirkannya sebab baliknya saya akan sampai ke tanah air jam 11.35am, 17 April. Esoknya kerja. Nak naik train di Malaysia? Rasa tak sanggup. Haha! Yang penting, kereta saya save! Lagi pun, dah lama tak pilotoq dengan member sorang ni.

10 April 2016

Tepat jam 12 tengah malam, saya terdengar bunyi riuh. Dalam mamai-mamai, “Aku ni kat mana?”. Rupa-rupanya saya terlelap. Kawan saya cakap ada la jugak dalam sejam setengah saya tertidur. Memang mengantuk. Tapi rasa eksaited nak ke negara Matahari Terbit, boleh menghilangkan rasa mengantuk itu. Jam 12.30am, saya bergerak ke KLIA. Walaupun flight saya pukul 7am, tapi bagi saya, biarlah kita datang awal. Lagi-lagi international flight. Saya bertiga dengan dua orang kawan. Kenalan semasa di universiti, sama-sama amik program degree yang sama. Masa belajar dulu tak rapat pun. Tak sangka bila da kerja ni, boleh jadi geng pergi travel ke Jepun. Masing-masing setuju nak overnight di airport malam tu. So, ada geng!

Flight jam 7am.

Member ni paling banyak p oversea dikalangan kami.
Tapi kali ni, dia yang paling lambat kat sini. Haha!

Geng Trip Sakura Jepun 2016.

All I want for my birthday is a passport and flight ticket.

Untuk trip ni, kami memilih menaiki ANA. Total damage untuk tiket bagi seorang RM1,284.90. Saya beli tiket ni bulan Disember 2015. Masa tu, ANA buat promo. Return ticket to Tokyo, Japan RM1,000 termasuk meal and luggage; 2 pieces with 23kg each of bag. Include tax fee semua, jadi la total dia harga sebegitu. Murah ke mahal? Saya tak pasti. Sebab ni first time saya beli tiket airlines negara lain. Harap-harap berbaloilah ye. For international flight, kaunter akan dibuka 3 jam sebelum waktu penerbangan. Jadi, jam 4am, kami terus drop baggage kami di kaunter. Memandangkan 6.20am dah kena boarding, jadi kami plan nak ke gate awal lepas drop baggage, Subuh di sana, dan masa yang berbaki boleh digunakan untuk rest sekejap.

ANA B787 dah sampai!

Trip ke Jepun ni, saya amik pekej dengan Trip Adik-Beradik (TAB). Harga RM1,790 for ground package. Termasuk meals; breakfast and dinner, pengangkutan, penginapan, tour guide for 6 hari 5 malam. Tapi trip outskirt Tokyo yang dua hari, kena add lagi RM454 for transport. Kira 4 hari di Tokyo, 2 hari di outskirt Tokyo; Hitachi dan Lake Kawaguchi. Pekej ni start 12 - 17 April 2016. Mahal? Saya pun tak boleh nak compare since ni first pekej kami amik untuk pergi berjalan. Aim kami, selain nak tengok tempat orang, kami nak juga tengok macam mana organizer manage trip ni plus itinerary yang depa da plan.

On board. Matahari baru nak naik

Jakun jap sebab first time! Lol!

Tips penting kalau pergi trip dalam group yang besar, jangan letak harapan yang tinggi or high expectation! Please jangan. Nanti kalau kau rasa ada yang terkurang or ada masalah, kau takkan boleh tolerate and at the end, trip yang kau pergi ni tak best. Lepas tu dah bayar mahal-mahal, tak boleh full refund, lagi emosi tak stabil. Jadi, sentiasalah berfikiran positif dan optimis. Bukan senang nak handle trip yang group besar ni. Lebih 30 orang yang join trip ni tau! Dah alang-alang berjalan jauh sampai ke sana, saya awalkan sikit trip ni. So that lebih banyak masa boleh spend kat sana. And kawan lagi dua tu pun setuju. So, kami bertolak ke Jepun dua hari awal.

Siap isi form. Dah boleh tido!

Kunun taknak tido. Haha!

Bila terjaga dari tido, mesti nak tgk da sampai mana

Semasa menunggu untuk boarding, saya berjumpa dengan lagi 7 orang yang amik sama pekej dengan TAB. Mereka pun bertolak awal. Sorang ni, dia travel solo. And lagi 6 orang akak-akak banker. Bank mana? Tak interview pulak. Yang solo ni, seat dia belakang saya, and group lagi satu, beza 5, 6 seat ke belakang. First time dalam sejarah hidup naik flight ANA B787. Besar, selesa, tempat duduk luas sikit sampai boleh lunjur kaki, ada skrin boleh tengok movie, semualah yang bagus-bagus. Jakun. Haha! Masa dalam flight nanti, pramugari akan bagi dua form yang kita kena isi siap-siap supaya dekat imgiresen Jepun nanti senang. Satu, embarkation card for foreigner and lagi satu custorm declaration form. Kalau tak faham cane nak isi, boleh tengok cara-cara dia dekat skrin depan korang tu. Rajin tak rajin je. Malas sangat, tiru je kawan kat sebelah.

Menu breakfast

Menu nak dekat landing. Bangun tido je dapat makanan.
Roti dia sejuk. Huhu!

Sikit lagi nak sampai.

Dapat ole-ole from ANA. Star Wars! Wuuu!

Flight ticket ni, saya yang beli. Kawan cakap nak seat dekat dengan wing. So, saya dengan lurus bendul, pergi amik seat yang betul-betul dekat dengan wing. First time beli. Mana tahu. Selama ni naik AirAsia je. Naik MAS pun sekali je, so far la. B787 punya wing tu besar sangat sampai menghalang view saya. Jadi, tak payah la nak tengok ke luar tingkap sana. Nampak putih sayap je. Haha! Nak tidur dalam flight rasa sayang. Kunun-kunun je la. Last-last tertidur jugak. Almost 7 jam flight ke sana kot. Tipu kalau tak rasa mengantuk. Lagi pun, awal-awal take off and nak dekat landing je baru nampak daratan dari atas. Dah kau duduk sebelah wing, tak nampak jugak kisahnya. Haha!

Suhu time ni bawah 0 degree celcius da.

**********
Touchdown!

Narita Airport

Alhamdulillah. Sampai dengan selamatnya jam 2.45pm waktu Tokyo. Bermakna kat Malaysia baru jam 1.45pm. Kat Jepun, waktu cepat sejam. Touchdown di Narita Airport Terminal 1. Selepas keluar dari perut kapal terbang, kami kena naik bas untuk ke terminal. Bila angin musim bunga meniup kencang ke muka, terus terasa kesejukkannya. Maklumlah, Malaysia kan panas sekarang dengan Elnino. Hehe! Saya suka amik seat belakang. Senang duduk ramai-ramai. Kalau kawan korang cakap spring tak sejuk, please jangan percaya. Kau rakyat Malaysia. Bukan penduduk Jepun. Bawaklah jaket tebal sehelai. Haha! Bawak gloves jugak sebab tangan sejuk menggigil. Sebesar-besar airport, takkan takdak aerobridge? Rupa-rupanya, sebab airport terlampau besar, kapal terbang boleh park dekat tepi-tepi je, tapi tersusun la. Hello..! Jepun kot. Perfectionist! Sebab gate yang ada aerobridge semua dah full dengan kapal terbang lain. 

Lepas pintu bas tutup, baru rasa suam sikit.

Selepas sampai ke terminal, first thing yang depa ni buat, pergi tandas. Macam biasa, confirm ramai orang. Bayangkan, penumpang dari 3, 4 kapal terbang, sampai ke terminal je, nak serbu tandas yang kecik macam tu? Beratur panjang la jawabnya. Saya cakap dengan kawan, “apa kata kita setelkan imigresen dulu?” Time ni, memang dorang tak boleh hadam situasi yang sekarang ni. Bila kami dah sampai ke imigresen, amik! Beratur panjang sampai terkeluar-keluar ke pintu nak masuk imigresen. Kami positif. Sebab hari Ahad, pelancong banyak sikit compare hari biasa. Haha! Ramai jugak pelancong asing macam kami tak kira dari negara mana datang ke Jepun time spring ni. Paling banyak kami jumpa, dari Thailand, China, Indonesia. Ada jugak negara mat saleh. Tengok muka sama je. Tak boleh beza and tahu from which country.

Berjaya melepasi kesesakkan. Dah beratur depan kaunter

Got my landing permission. Yeah!

Sampai kat kaunter imigresen. Kena bukak spek sebab gambar dalam passport tak pakai spek. Tulaa.. Sebok tak bagi pakai spek masa nak buat passport hari tu. Haha! Alhamdulillah. Got my landing permission from Japan. Jam 5pm barulah selesai urusan imigresen. Kami segera menunaikan solat jama’ takhir di prayer room yang disediakan. Prayer room ni campur male and female. Cuma dipisahkan dengan partition je. Partition pulak 30% transparency. Faham-faham je la untuk kaum muslimat. Tak boleh nak tanggal tudung sangat bila kat sebelah ada lelaki bersolat. And ada satu ruang untuk tempat amik air sembahyang. Jadi, pandai-pandailah nak tolerate antara kaum lelaki dan perempuan. Kat Jepun, ada ruang untuk bersolat saja, lebih dari cukup sebenarnya. Kalau ruang untuk solat tu ada tempat amik air sembahyang sekali, perfect!

Harga kad 500 yen.

Plan kami nak rasa mee udon asli Jepun halal di Terminal 1 ni terbantut. Memandangkan waktu tidak mengizinkan, kami terpaksa melupakan hasrat tu. Dan masing-masing memasang azam untuk makan mee udon tersebut balik nanti. Perjalanan dari airport ke tempat penginapan kami mengambil masa kira-kira sejam setengah, kalau tak sesat. Kalau sesat, mungkin makan masa sampai 2 jam. Walaupun kami dah plan perjalanan kami, tapi siapa tahu apa yang bakal terjadi bila kita dah mengalaminya sendiri. Contoh macam kat imigresen la. Tak sangka sangat sesak. Sebab kami plan, jam 7pm dah sampai ke tempat penginapan. Di sini, jam 5 lebih dah gelap. Jadi, untuk tidak menyukarkan lagi perjalanan, kami terus membeli Suica card di mesin. Mengambil train Keisei Line di Platform 2 dan turun di Nippori station.

Keisei Line petang-petang tak ramai orang

Cara nak ke penginapan kami

Dari Nippori station, kami akan tukar ke JR Yamanote Line sehingga ke Takadanobaba station untuk tukar lagi ke Seibu Shinjuku Line dan berhenti di station terakhir kami, iaitu Nakai station. Sepanjang perjalanan nak ke guesthouse, saya berbalas-balas mesej dengan host guesthouse saya. Host mengarahkan kami untuk menunggu beliau di Tokyo Metro Nakai station, Exit A1 Oedo Line. Dia akan pickup kami dan bawa kami ke penginapan yang terletak di Nakano district. Jadi, save lah energy kami untuk berjalan sejauh 800m ke penginapan. Hehe! Malam tu, angin musim bunga terasa menggila. Kami kesejukkan. Sweater yang saya pakai, tidak lagi memberikan keselesaan yang optimum. Jadi kami berteduh di dalam bangunan. Oh? Nama host kami, Junya-san, ada dua orang anak perempuan yang comel. Saya book penginapan melalui Airbnb.

Sejuk giler time ni!

Semasa dalam perjalanan ke penginapan, saya teruja dengan keindahan bunga sakura malam tu. Walaupun dah tak banyak, tapi masih ada. Dengan angin yang bertiup, kelopak-kelopak bunga sakura berguguran, berterbangan. Terasa macam dalam drama pulak. Cantik! Dalam diam, saya memanjatkan syukur sebab dengan izin Dia saya sudah sampai ke sini. Sebelum Junya-san membawa kami ke rumah di tingkat 9, dia ada menunjukkan kami jalan untuk ke Nakai station jika berjalan kaki bagi memudahkan pergerakan kami untuk hari esok. Jalan tu memang akan straight sampai ke station tempat kami tunggu Junya-san mula-mula tadi. Cuma di exit yang berlainan saja.

Mana hos tak sampai-sampai ni.

Style sini, kami bakal tidur di atas futon, beralaskan tikar tatami. Sangat selesa dan hangat. Confirm malam ni tidur lena. Dari balkoni rumah, kami dapat tengok panorama Tokyo Metropolitan Government Building. Junya-san cakap, dia bekerja di sana. Saya tak pasti apa pekerjaannya. Walaupun kurang fasih berbahasa Inggeris, tapi dia menunjukkan kesungguhannya untuk menyampaikan maklumat kepada kami. Jadi, saya tidak bertanya lebih lanjut. Tanya apa yang patut dan perlu sahaja. Selepas menunjukkan kemudahan di dalam rumah, saya dan kawan seorang keluar untuk mencari air. Risau pula kalau tiada kedai yang dibuka time-time macam ni. Padahal waktu tu, jam baru menghampiri pukul 8pm.

Penginapan kami with tatami mat.

Hampa selepas berjalan jauh masih tidak berjumpa kedai. Tapi kami dapat juga beli air mineral, di vending machine. Vending machine di sini sangat banyak, bersepah-sepah. Yang bezanya cuma harga minuman. Ada yang saya jumpa air mineral harga ¥100, ada yang harga ¥110 and harga ¥130 pun ada. Air mineral saja, ok! Belum lagi air berperisa lain. Mula-mula kami beli air yang botolnya berpenutup biru. Kunun-kunun tu la air mineral. Sebab kalau kat Malaysia, tutup botol biru, air mineral. Manakala tutup botol putih, air minuman. Kami beli yang botol berpenutup biru selepas percaya dengan fakta tersebut. Harga ¥160.

Rupa-rupanya tu air isotonik. Tu la, tak pandai baca tulisan Jepun. Haha! Patut mahal sedikit compare dengan air mineral. Air mineral harga ¥120 je. Jadi malam tu, kami beli dua botol air untuk seorang. Haha! Balik tu, kami ternampak satu lagi vending machine lagi dekat kawasan kejiranan. Mungkin sebab sewaktu kami berjalan, vending machine tu terlindung dengan bangunan lain. Bila balik, baru nampak. Kami berjalan cepat malam tu sebab kunun-kunun dapat memanaskan badan. Kat kawasan perumahan macam ni, basikal adalah pengangkutan utama. Siap ada parking space untuk basikal. And ada juga basikal yang diletakkan saja di luar rumah tanpa berkunci. Takdak orang nak curik pun kat sini.

View Tokyo Metropolitan Government Building

Sebab tak dapat makan dekat airport, kami makan roti berintikan sambal goreng ikan bilis yang saya bawak malam tu untuk alas perut. Takut esok pagi perut masuk angin. Itu pun da lebih dari cukup. Syukur. Malam tu kami rehat awal sikit. Kunun tak cukup tidur sebab dah overnight seharian dekat KLIA. Padahal dah bantai tidur dalam flight tadi. Haha! Since tak tahu nak buat apa, kami rest je la malam tu. Nak menikmati pemandangan dari balkoni pun, sejuk sangat suhu waktu tu. Nak pergi jalan-jalan pun, bukan tahu tempat. Sampai-sampai pun, dah malam. Jadi untuk mengelakkan sebarang risiko yang tak diingini, kami stay inside je.

Esok, kami akan memulakan pengembaraan kami ke Kawasaki. Nak pergi mana tu? Nak pergi Muzium Fujiko. F. Fujio la. Atau nama lain dia Muzium Doremon. Hehe!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

Unknown said...

Rajin betul awak taip..btw saya suka baca..hehe.. Saya harap diantara blog2 yg saya baca termasuk awak dpt buat saya siap sedia untuk travel ke Jepun tahun hadapan..Insyaallah..
Mcmmana awak beli tiket flight ANA? ada cara2?

nadeafu chan said...

@Mila Maaroof: tak rajin. Tapi kene habiskan jugak menulis sbb taknak lupa semua momen. Please jgn refer blog merapu saya haha. Blh emel saya. Saya akan cuba tlng mana yg mampu n.nad.rafie@gmail.com

Unknown said...

saya baru baca balik komen saya. haha.. sebenarnya baru tahun hadapan hajat saya tercapai kerana saya terbang ke Seoul pada tahun 2017.
Insyaallah saya berharap planning saya menjadi. Saya mungkin akan email awak nanti. jika pertanyaan saya merapu awak boleh ignore email saya. hehe

nadeafu chan said...

@Mila Marop: feel free to drop me email if you have any question. i/ll try my best to help :)

pakej tokyo 2019 said...

Wahh. Bestnya dapat pergi Tokyo. Masa ni musim apa ya?

nadeafu chan said...

@pakej tokyo 2019: musim sakura (spring)

Post a Comment