Hari kedua trip Jepun dengan krew TAB. Siang di sini sangat
awal. Nama pun negara Matahari Terbit. Subuh jam 3.45am. Selalu lepas subuh
saya akan tidur sekejap. And akan bangun dalam jam 6.30am. And time macam tu, hari
sudah cerah. Selepas bersiap dan
menunggu sarapan, saya mengemas daily backpack saya.
Depa cakap, hari ni hujan bakal turun. So, saya standby raincoat siap-siap
dalam beg. Bawak dari Malaysia kot. Depa cakap, bawak payung pun ok. Tak kuasa
la saya. Sebab payung kat Daiso sini lagi murah dari Daiso Malaysia. Haha!
Stesen Oshiage. Keluar train je, terus ke bangunan |
Tudung merah tu Izzah |
Sejuk! |
Macam biasa, untuk ke Tokyo skytree dari Iriya Station,
kami akan ke Ningyocho Station (H13) dan kemudian tukar ke Asakusa Line (A14)
terus ke Oshiage Station (Skytree) (A20). Around 10.30am kami sampai.Waktu ni, hujan renyai-renyai sebab
malam tu hujan agak lebat jugak. Sampai je dekat tower ni, tak
boleh nak berbaring sangat masa nak snap pic tower sebab jalan berlecak. Takdak
sapa yang sanggup buat macam tu. Haha! tapi memang kelakar la semata-mata nak
dapatkan pic puncak Tokyo skytree tu. Tak banyak pic yang boleh diambil.
Bergambar dengan Hello Kitty pun jadi la. Huhu |
Kitorang main-main dengan benda ni. Lepas snap pic, terus depa uplod kat FB |
Tokyo Skytree disebalik pokok sakura |
Tak puas pun bergambar dengan Tokyo skytree,
hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba. Berkeliaran kami lari mencari tempat
berteduh. Akhirnya kami decide untuk berjalan-jalan saja dalam bangunan. Kalau
naik ke observation deck pun, bukan boleh nampak apa. Sebab kabus tebal. Rugi
je beli tiket. Sewaktu berjalan-jalan, saya terjumpa aiskrim perisa sakura. Minta
tolong kawan sorang ni yang paham Bahasa Jepun, tapi bila speaking, orang jepun
sendiri tak paham. Last-last kami give up bila dah macam ayam cakap dengan
itik. Sumimasen. Kemudian, kami berjalan-jalan ke tempat yang kami rasa
berkenan dimata je. Sebab nak explore satu bangunan tu, memang tak cukup masa
memandangkan lepas ni kami nak ke Harajuku.
Jom ke Takeshita-dori |
Bagi free pun, takmau! Huhu |
Dari Oshiage Station (skytree) tu, kami amik
Honzomon Line (Z14) terus ke Omote-sando (Z02). Kemudian, kami tukar ke Chiyoda
Line (C04) menuju terus ke Meiji-jingumae Station (C03). Kat sinilah
terletaknya Takeshita-dori. Tempat membeli-belah yang boleh dikatakan murah
jugaklah. Compare dengan Ameyoko Street, kat sini lebih banyak kedai-kedai yang
menjual souvenir seperti tshirt, keychain, fridge magnet, dan lain-lain lagi.
Saya sendiri membeli sehelai tshirt di salah satu kedai di sini. Siap dapat
free gift chopstick engraving with my name in Japanese. Kawan saya terpukau
dengan kehenseman penjual tshirt tu. Leka dia usha mamat tu. Sampai lupa nak
amik gambar bersama. Haha!
Mulanya, kami mula berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Rasa-rasa macam tak cukup masa je ni. Kami decide berjalan secara rawak. Bila Nampak mana yang berkenan, kami masuk je; pilih, bayar dan keluar. Kat dalam Takeshita-dori ni ada kedai Daiso. Kebanyakkan barang dalam tu harga dia ¥100. Termasuk tax 8%, jadi barangan semua harga ¥108. Ada jugak barangan yang lebih mahal dan sudah dinyatakan siap-siap harganya. Apa yang saya beli di Daiso? Saya beli kipas yang bertemakan Jepun. Saya pilih design sakura, ninja, samurai, sushi, gunung fuji dan lain-lain lagilah yang melambangkan Jepun. Sebab kat Malaysia sendiri ada Daiso. Jadi, kenalah buat pilihan yang tepat. Hehe!
Kemudian, kami berjalan lagi sampai ke hujung
Takeshita-dori. Dekat situ ada bangunan food court. And dekat food court situ
ada kebab halal. Ouh! Time ni saya berdua je dengan kawan. Kawan lagi sorang
MIA - Missing In Action. And luckly, dia bertemu dan berjalan bersama-sama
dengan Izzah, kawan sebilik ke Meiji Shrine. Ingat nak try kebab kat situ.
Memandangkan krew cakap nak bawak makan dekat kedai buffet halal, kami batalkan
niat. Nanti kenyang sangat. Sebab portion makanan kat Jepun sangat besar bagi
orang yang tangki perutnya kecik macam saya. Kat sini bersepah-sepah orang jual
crepes. Crepes fake as a display pun menggiurkan. Memang nampak real la.
Kami try chocolate chocolat crepes yang
berharga ¥450 di satu kedai bernama Marion Crepes. Kedai ni takdak sijil Halal.
Tapi korang boleh tanya bahan-bahan yang depa gunakan tu ada alkohol or arak
atau tidak. Tak pandai cakap Jepun? Tunjukkan saja conversation yang korang tak
boleh makan benda-benda tak halal. Sebelum beli crepes tu pun, saya dah survey
dekat website Have Halal Will Travel #HWWT sana. Website tu sangat bagus.
Banyak info padat. So, make sure sebelum nak ke mana-mana, buat research.
Senang. Nanti bila da sampai, takdak lah menonong je jalan takdak hala tuju.
Lepas dah habis bedal crepes, kami ternampak
satu kedai ni nama dia Calbee+. Pun ada jugak tersenarai dalam website Have
Halal Will Travel #HWWT. Kami try dia punya potato chips with cheese. Harga ¥230.
Sedap sampai menjilat jari. Boleh bukak bisnes kat Malaysia ni. Haha! Saya
bukan nak cakap apa. Sewaktu kami di sana, kami adalah pemangkin kepada
benda-benda yang kami buat. Contoh pasal crepes and potato chips tu. Lepas
kawan-kawan yang lain Nampak kami makan, mereka beramai-ramai terus serbu kedai
tu. Jenis orang yang tak rajin buat research depa ni. Siap ada yang tanya lagi,
“Halal ke?”, sedangkan makanan di
tangan sudah habis sehingga menjilat jari. Haha!
Sewaktu ada masa lagi sikit sebelum nak
berkumpul, kami ke Meiji Shrine. Tapi tak sempat nak masuk ke dalam sampai kawasan
temple. Perjalanannya sangat jauh. Bukan jauh apa. Masa untuk berjalan ke sana
tu sangat terhad. Kawan saya yang lagi sorang dengan kawan sebilik tadi sempat
berjalan-jalan ke sana sebab mereka tak shopping di Takeshita-dori tadi. Mereka
cakap, temple kat sana sangat cantik dan sangat tenang. Tempat-tempat suci,
memang memberikan ketenangan. Begitu jugalah dengan masjid untuk agama Islam
macam kita. Jadi, saya berdua hanya tangkap gambar di pintu gerbang jalan nak
ke temple saja. Ada pelancong dua orang datang dengan bir di tangan. Dengan
pantas pengawal kat situ melarang keras.
Jauh lagi nak jalan ke dalam |
Gambar ni je la yang ada. Lol! |
Station JR Shinjuku |
Waktu lunch, krew nak bawak kami ke
Shimo-kitazawa. Kat situ ada satu Pakistan Tabehoudai 2x2=8. Kenapa bukan
2x2=4? Jangan la tanya kenapa. Haha! Dari Meiji-jingumae Station (C03), kami
akan turun di Yoyogi-uehara Station (C01). Kemudian, akan tukar ke Odakyu Line
amik ke Odawara. From Yoyogi-uehara Station (OH05) ke Shimo-kitazawa Station
(OH07), dan kemudian berjalan sejauh 200m.
So, style makan kat sini, secara buffet. Korang boleh amik banyak mana
pun, tapi please lah jangan membazir. Time ni adalah sorang dua yang dah kebulur
sangat dan amik makanan banyak-banyak. At the end, tak habis makan pun. Harga
buffet ni ¥1,000. And karaage dia lah yang paling sedap. Yummeh!
Selepas makan, krew bawa kami ke masjid yang
paling besar sekali di Tokyo, Tokyo Camii & Turkish Center. boleh baca
sejarah kat sini. Nak ke sini, kami
berpatah balik dari Shimo-kitazawa ke Yoyogi-uehara. kemudian jalan kaki sejauh
350m. Time ni, langit dah mendung. Tanda-tanda hujan nak turun. Selepas menunaikan
solat di ruang yang telah disediakan, kawan saya yang sudah keluar selepas
selesai solat masuk semula ke dalam masjid. Rupa-rupanya hujan lebat di luar.
And guess what? Kasut saya basah. Esok mesti berbau kalau tak jemur dekat bawah
cahaya matahari. Haha! Tapi nak jemur celah mana? Matahari pun segan-segan nak
keluar. Walaupun bawak raincoat, saya tak pakai. Sebab malas nak bukak. Haha!
Pergerakan sewaktu hujan renyai-renyai ni agak
terbatas. Jadi, kami dipecahkan kepada dua kumpulan kecil. Mana yang sudah
selesai solat, boleh gerak dulu. Dan lagi satu team akan menyusul kemudian.
Tempat berkumpul adalah di stesen keretapi. Sementara menunggu yang lain, saya
masuk ke dalam Odakyu Mart. Kat sinilah saya first time mencuba buah strawberry
Jepun yang manis, besar dan merah berkilat. Harga ¥645. Seorang kawan lain
dalam trip ni jugak memberitahu, kat Ameyoko Market harganya cuma ¥400 saja.
Murah sangat. Tidak mengapa. Esok lusa saya akan ke sana lagi untuk mencuba
buah strawberry di sana.
Dari Yoyogi-uehara Station (C01), kami akan
turun di Kasumigaseki Station (C08). Dan dari situ, kami akan tukar ke Hibiya
Line (H06) untuk ke Kamiyacho Station (H05). Untuk sampai ke Tokyo Tower, kami
perlu berjalan sejauh 750m. Dari jauh dah nampak lampu neon berwarna merah pada
menara tersebut. Tapi masa yang diberikan tak lama. Sebab kami ada lebih kurang
sejam lebih sikit je sebelum kena berkumpul semula pada jam 7.30pm. Macam-macam
gaya posing saya tengok depa ni. Ada yang sampai baring terlentang untuk
mendapatkan shoot bergambar bersama Tokyo tower yang terbaik. Sedang asyik leka bergambar, saya lupa sebenarnya kat Tokyo
tower ni la ada One Piece.
Walaupun masa tak banyak, kami decide nak masuk
jugak dalam kedai souvenir One Piece tu. Tak sangka, ramai jugak yang masuk ke
dalam tu. Kami jumpa sorang krew yang juga merupakan salah sorang peminat anime
ni. Terasa menyesal pulak tak masuk awal-awal dalam Tokyo tower ni. Kalau tak,
banyak benda boleh explore dalam kedai ni. Sedang asyik leka
bergambar, kami dapat satu mesej dari kawan yang mengatakan semua orang dah
berkumpul. Tengok jam, sudah 7.45pm. Kami tergelak sendiri sebab sepatutnya
waktu berkumpul ialah 7.30pm, dan terus bergegas ke tempat berkumpul. Saya sempat
beli coin One Piece gambar chopper yang berharga ¥500.
Selepas Tokyo tower, ada lagi destinasi
seterusnya. Malam ni memang malam yang sangat panjang. Badan dah rasa tak
selesa sebab dah kena hujan. Tapi gagahkan jugak lah kaki melangkah sebab lepas ni nak ke Shibuya. Bolehlah merasai sendiri pengalaman melintas di Shibuya cossing,
crossing yang paling bizi sekali dekat Tokyo ni. Ada orang cakap, tempat paling
strategik nak view Shibuya crossing ni ialah dekat Starbucks. Tapi starbucks
for sure penuh time-time dah malam macam ni. Shibuya adalah salah satu tempat
yang hidup di malam hari. Ada lagi satu tempat yang strategik. Tak ingat apa
nama tempat dia tapi bangunan dia opposite dengan Starbucks.
Berbalik ke Tokyo tower, dari sana kami
berjalan ke Akabanebashi Station (Oedo Line, E21) untuk menaiki train dan turun
di Aoyama-itchome Station (E24), kemudian tukar ke Honzomon Line (Z03) terus ke
Shibuya Station (Z01). Kat situ ada Hachiko Statue. Korang tahukan kisah Hachiko? Seekor anjing yang
setia menunggu tuan dia balik kerja. Sampailah satu hari, tuan dia jatuh sakit dan
mati di tempat kerja. Anjing tu tetap setia menunggu sampailah dia pun mati
jugak. Hachiko statue ni dekat je dengan Shibuya Station. Keluar je dari
station, pergi ke selebah kiri korang. Ramai orang nak bergambar dengan statue
tu. Berebut-rebut kot. Haha!
Masing-masing diberikan masa sendiri untuk
mencari apa yang korang nak cari. Ada sorang kawan saya, dia nak cari CD J-Pop.
So, kami masuk ke Tower Record. Kedai ni sangat besar. Ada berapa tingkat ntah.
Kami try cari sekeping CD yang kompem wujud tapi tak jumpa-jumpa jugak. Bertanyakan
pada staff, staff taknak layan. Tak tahu samada tak reti speaking English or
memang dia bizi. So, kami pun giveup dan keluar dari kedai tersebut.
Kat shibuya ada official kedai Disney. Sapa-sapa yang tak p Disneyland, bolehlah
masuk ke sini nak beli souvenir. Acah-acah beli kat Disneyland. Kat shibuya
jugak ada kafe Detective Conan. Lupa nak amik gambar sebab eksaited sangat. Haha!
Last-last kami masuk Uniqlo. Cari tshirt omiyage yang ada macam-macam design Jepun dengan harga ¥1,500. Jangan lupa bawak passport untuk pengecualian cukai. Macam ada sorang kawan, dia selambe je tinggal passport kat penginapan. Dia ingat IC Malaysia boleh pakai? Haha!
Malam tu hujan turun renyai-renyai pulak. Kami decide
nak balik sendiri. Sebab ada ramai lagi yang bizi shopping tak ingat dunia. Sebelum balik
tu, saya sahkan dengan krew laluan train yang bakal kami amik. Dan dia pun
mengiyakan. Jadi berangkatlah kami bertiga pulang ke rumah dengan menaiki Ginza
Line (G01) turun di Ueno Station (G16). Kemudian tukar ke Hibiya Line (H17) dan
selang satu stesen, turun di Iriya Station (H18). Kami ingat kami sampai
lambat. Sebab ada satu group 10 orang dah balik dulu. Rupanya kami orang first
sampai rumah. Haha! Esok adalah hari ‘free’ kami. Apa maksud dia? Tunggu next
entri.
2 comments:
Askum. Buffet Kat shimo tu APA nama kdai tu
@Anonymous: wslm. Pakistan Tabehoudai 2x2=8
Post a Comment