14 March 2015

Trip Perhentian | Penginapan di Perkampungan Nelayan

Salam.

Happy Pi Day! Korang tahu tak Pi tu apa? Kalau tekan kalkulator saintifik, Pi = 3.14201592653. Haaa! Tu la dia Pi. Sempena tarikh hari ni dan jam ini. Kahkahkah! Ok, fine!

Kita sambung lagi cerita pasal Trip Perhentian ni. Kali ni pasal penginapan pulak. Seperti yang saya dah bagitahu dalam entri sebelum ni, kami menginap di salah sebuah homestay (?) di Perkampungan Nelayan.

Depan tu Pulau Perhentian Besar

Konsep dia macam ni. Ada satu bangunan -- dua atau tiga tingkat, and setiap aras tu ada beberapa buah bilik. Lebih kurang macam dorm. Tapi dalam bilik tu ada katil queen size and for single. And ada toilet. So, satu bilik 3 orang. Ok la tu. Selesa pun selesa. Berhawa dingin lagi.

Katil single



Kalau nak diikutkan, sepatutnya kami menginap di Flora Bay Resort, Perhentian Besar. Mungkin bukan rezeki. Takpa lah. Bilik dekat Perkampungan Nelayan ni pun ok jugak. Just add RM25 per pax, dapat bilik ekon. Jadi, pekej trip saya ni berharga RM205 la cerita dia.

Kat Perkampungan Nelayan ada masjid ni, sekali pandang macam Masjid Besi kat Putrajaya tu. Warna dia kot saya rasa. Kaler perak. Opkos binaan dia tak sama. Tapi kalau tengok dari jauh memang cantik. Sayang saya belum berkesempatan nak ke sana.

Jalan straight nun kat hujung sana tu la masjid

Tahan budak-budak ni dok kat panas

Balai polis siap kuarters. Tu kemain besaq bagunan dia

Apa nama sekolah ni, tak ingat

Lai. Lai. Lai. Sapa nak berjalan?

Cuaca kat sana boleh tahan panas jugak la. Time tengah hari matahari tegak kat kepala. Nak explore kawasan tu pun tak konfiden. Tapi budak-budak kat sini rilex je main panas. Haha! Petang bila dah redup sikit, kami hiking ke Kincir Angin pula. Mana bangunan yang ada depan mata tu, saya snap je la.

View dari tempat saya menginap

View from jeti Perkampungan Nelayan

Jernih kan air dia?

Not bad la tempat kami menginap ni. Bagi saya, asalkan cukup rehat, selesa, boleh mandi and tido, lebih dari cukup. Nak tempat tido mewah, baik bercuti kat hotel je, ye dak? Hehe!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

15 comments:

Unknown said...

salam apa nama accommodation you kt kg nelayan ni ek??

nadeafu chan said...

@Asyraf Harun: wslm. xsure nama penginapan sebab everything organizer yg arrange. tapi betul2 sebelah rumah(?) yang dijadikan bomba(kot?)

youknowyouloveme said...

As Salam, Pkaej RM205 ni brapa hari ? ni kt perhentian kecil ke?

nadeafu chan said...

@youknowyouloveme: pekej 3h2m. Yurp. Perhentian kecil. Dekat perkampungan nelayan.

Anonymous said...

Name chalet tu perhentian la', 1 malam rm150 per 3 org. Bilik aircon. Saya prgi sblm gst hjung bulan 7. Chalet ni memang betul2 kat perkampungan nelayan. Bilik ok cuma sempit sikit. Makanan kt situ kira harga double dari kt darat. Kira mcm hrga mkn kt kl la. Ape ape pun tidak mengecewakan sy bagi 5 bintang.

roza said...

Rm205 termasuk makan k?

nadeafu chan said...

@Rozahira Rosli: nope! Only for pekej; penginapan, boat transfet and snorkeling. Makan sdn bhd :)

IAG said...

1967 selama setahun saya mengajar di SK P.Perhentian. Ketika itu blum ada calet atau hotel, cuma sebuah Resthouse kerajaan terletak atas bukit P.Perhentian Besar.
Panoramanya amat mengkagumkan dgn keaslian bumi di tengah samudera. Bersih dan nyaman. Masih tersentuh rasa konon ketika itu sesiapa dihantar bertugas di sana seolah suatu denda atau insan terbuang. Sebulan sekali naik ke tanah besar Kuala Besut dgn menumpang boat nelayan, terkadang 4 jam baru sampai. Kalau injin boat besar kuasa kudanya akan mengambil masa 2 jam sahaja.
Lain halnya dgn diri saya, bertugasnya saya di SK P.Perhentian adalah atas permohonan dan persetujuan saya. Dan ia benar2 amat menyeronokkan. Banyak kenangan di sana.
Kini saya sudah berusia 67 tahun. Dan di blog yg tak tersengaja tertatap oleh saya, membuat kenangan saya tercuit rasa. Maaf sekadar melatah seorang tua di blog nadeafu chan. Anda hebat melakar keindahan sebenar P.Perhentian, Besut, Terengganu DI.

nadeafu chan said...

@IAG: tak apa cikgu. Memeriahkan ruangan komen di blog saya. Saya cuma mencoretkan pengalaman saya ke dlm bentuk tulisan. Saya anggap ianya satu pujian. Terima kasih :)

IAG said...

Nadeafu chan, pakcik anjurkan catatan kembara anak dibukukan, kerana olahannya sangat menarik. Gaya penceritaan pada setiap destinasi yg anak lukiskan seolah2 menggamit2 orang lain untuk menikmati bersama keseronokan yg anak lalui dan alami. Selamat mengembara dan teruskan berkarya. Tahniah & syabash.

nadeafu chan said...

@IAG: terima kasih. Tapi saya masih merangkak lagi dalam dunia pengembaraan ni. Belum ada keberanian nak pergi lbh jauh. Terima kasih jugak di atas doa :)

Unknown said...

Murahnya..beli kat mana ye pakej tu...bole bg no tepin pakej?

nadeafu chan said...

@Susanah Yusri: boleh refer facebook Bahtera Kembara Holidays

Unknown said...

Salam , makanan di kmpg nelayab bgaimana ? Berpatutan x ?

nadeafu chan said...

@kikin majid: nasi goreng+segelas air lbh kurang rm10. Sebab bahan mentah di bawa ke pulau. Tu sebab mahal sikit kot.

Post a Comment