20 February 2015

Jalan-jalan | Taman Wawasan, Putrajaya

Salam.

Selepas berjalan-jalan di Taman Putra Perdana, kitorang meneruskan perjalanan ke tempat yang seterusnya. Taman Wawasan kat Presint 2.

Taman yang berkonsepkan Taman Metropolitan ini dipinggiri(?) oleh Tasik Putrajaya dan Terusan. Di sebelah barat pulak ada tepian batu kawasan perbandaran Persiaran Perdana.

The first step is the hardest.

Masing-masing pakat takmau naik tangga


Tapi terpaksa naik tangga jugak. LOL!


Actually, kitorang tak tahu pun kat mana pintu masuk sebenar Taman Wawasan ni. So, kitorang memang redah je la sebab tak jumpa dalam map. Kitorang pun agak-agak je la then masuk dari Kementerian Kewangan. Ini memang betul-betul mencabar.

Erm. Kita sekarang ada di mana?

Tudiaaaa! Dari sini boleh nampak.

Masjid pink

Big green onion. Again?


Belanja satu panorama

Rehat sat sambil kasi makan ikan. Eceh!





Actually sebelah kanan tu kawasan perumahan (elit?)

Pebble Beach yang tak terbela(?)





Belanja lagi satu gambar panorama

Masa nak berjalan ke Mini Coliseum, kami ternampak kawasan perumahan. Presint 8 rasanya. Kalau tak salah la. Tak ingat. Baru kami sedar, kami dah round satu Taman Wawasan.

Imejin sendiri berapa ribu langkah yang dah kami capai. Nak sedapkan hati, sentiasa berfikiran positif walaupun kaki dah penat melangkah. Apa taknya. Kami masuk ke taman ni melalui jalan belakang Kementerian Kewangan.

Mission accomplished!

Bangunan Kementerian Kewangan


Bye! Jumpa lagi next adventure.

Well, walaupun kepenatan, ia sesuatu yang boleh dijadikan kenangan. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Ok la tu even dalam Putrajaya je. Haha! 

Tapi satu je la yang saya nak komen. Mungkin sebab Taman Wawasan ni besar gile, so dia punya kos nak maintain tu pun mesti tinggi jugak. Masa pergi hari tu, rasa macam tak terbela taman ni.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

1 comment:

Unknown said...

Is it a good place to study?

Post a Comment