Salam.
Dalam entri sebelum ni, saya
ada tepek satu tentatif program plan Trip Sabah saya. Tapi tu bukan official
la. Maksudnya, saya just letak saja tempat mana nak pergi tanpa melakukan
carian yang lebih details. Memandangkan saya dah beli tiket nak ke sana, nak
tak nak saya kena buat perincian lagi la trip tu supaya berjalan dengan lancar.
At least korang ada plan and ada backup plan jugak.
Pasar Filipina
Sumber gambar |
Pasar Filipina adalah satu tempat
yang baik untuk korang lalui pengalaman membeli-belah di KK. Pasar ni terletak
di Jalan Tun Fuad Stephens and opposite Centrepoint Complexs. Sama
seperti pasar Gaya, pasar Filipina terletak betul-betul di tengah-tengah KK.
Sumber gambar |
Jadi, memang agak mudah untuk
untuk para pelancong macam kami ni untuk datang mengunjungi pasar Filipina.
Kebanyakan gerai-gerai di pasar Filipina dikendalikan oleh pendatang Filipina.
Di pasar Filipina, terdapat pelbagai jenis barangan. Jadi, silalah kontrol
nafsu membeli if rambang mata. Wohha!
Taman Negara Tunku Abdul Rahman
Pulau Sapi |
Taman Negara Tunku Abdul
Rahman terdiri daripada sekumpulan lima pulau -- Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau
Manukan, Pulau Mamutik and Pulau Sulug yang
terletak di antara 3 hingga 8 kilometer di luar KK.
Taman ini terbentang sejauh 4,929 hektar serta dua pertiganya meliputi laut.
Pulau Mamutik |
Mempunyai pantai berpasir
putih yang penuh dengan ikan dan terumbu karang. Sesuai untuk korang yang
sebagai penyelam baru serta mereka yang nak berkelah. Siapa-siapa yang sukakan
aktiviti lasak di atas tanah, Pulau Gaya dan Pulau Sapi juga mempunyai denai
kembara merentasi hutan dara mereka.
Rumah Terbalik
Sumber gambar |
Satu-satunya 'rumah terbalik’
dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah. Menurut
pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik
lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang
ramai. Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya
seumpamanya di negara ini.
Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik. Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.
Jambatan Tamparuli
Jambatan Tamparuli ni terletak
di pekan Tamparuli di daerah Tuaran serta mengambil masa 40 minit menggunakan
kereta dari KK. Majoriti yang tinggal di situ ramai kaum kadazan
dusun. Jadi tak hairanlah lagu Jambatan Tamparuli ini
dicipta oleh seorang kadazan dusun bernama Justin Lusah dan
dinyanyikan oleh beliau sekitar era 70-an.
Jambatan Tamparuli |
Mitos jambatan ni kononnya
dulu ada seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan
dimasukkan ke dalam tempayan, kemudiannya diletak di tiang pertama Jambatan
Tamparuli agar binaannya kukuh. Dan mitos ini terus dipercayai
apabila ia tidak pernah runtuh walau dilanda ribut taufan malah semakin
cantik dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun.
Desa Cattle Dairy Farm
Jika korang ingin menikmati
keindahan Sabah yang terkenal dengan gunung dan kawasan pantai yang
menawan, korang pasti mendapati bahawa Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang akan
membuatkan korang terpesona dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang
menyelubungi ladang ini, cuaca yang sejuk segar serta persekitaran yang begitu
menghijau. Fefeeling seperti berada di ladang di New Zealand!
Desa Cattle Dairy Farm |
Desa Cattle Dairy Farm memang
tempat yang paling sesuai untuk korang mengalami suasana indah ladang yang
tidak pernah dicemari. Tak payah beli tiket flight mahai-mahai ke New Zealand. Melainkan
korang memang plan nak ke New Zealand. Hehe!
Kundasang War Memorial
Kundasang War Memorial |
Memorial Perang Kundasang
merupakan tugu pertama yang dibina untuk memperingati banduan perang dari
Australia dan British yang meninggal dunia di Sandakan dan sewaktu melakukan
perjalanan maut ke Ranau dalam Perang Dunia ke-2.
Memorial yang dibina seperti kubu ini direka oleh arkitek tempatan, J.C. Robinson. Ia mempunyai empat buah taman yang bercantum tetapi terasing, dan mewakili tanah tumpah darah mereka yang terkorban: Taman Australia, Taman Ros Inggeris, Taman Borneo dengan bunga liar Kinabalu dan di bahagian atas, Taman Tafakur dengan kolam dan pergola.
Taman Kinabalu
Taman Kinabalu merupakan pintu
masuk ke Gunung Kinabalu. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan
menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Ia meliputi
kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon
dan kaki bukit.
Kinabalu Park |
Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.
Poring Hot Spring
Poring Hot Spring |
Sebahagian daripada Kinabalu
Park yang sangat luas. Ini adalah destinasi pelancongan yang paling terkenal di
kalangan pelancong luar negara dan juga tempatan. Di dalamnya terdapat
berbagai-bagai aktiviti lasak dan menarik, yang sesuai untuk individu dan juga
keluarga.
Untuk pengetahuan juga, kolam
air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang
boleh menyegarkan badan. Tidak hairanlah setiap kali pendaki-pendaki gunung
Kinabalu selesai mendaki, mereka akan pergi ke Poring untuk menyegarkan kembali
tubuh yang keletihan.
Canopy Walk |
Ada Canopy walk juga. Jambatan
gantung yang panjangnya melebihi 175 meter dan 41-43 meter tinggi. aktiviti
yang agak lasak dan hanya sesuai bagi mereka yang tidak fobia dengan
ketinggian. Mereka yang ada masalah jantung juga tidak digalakkan melakukan
aktiviti ini.
Fish Spa Tagal Sungai Moroli Kg. Luanti
Inginkan sesuatu yang
berlainan daripada spa biasa? Datanglah ke Kampung Luanti Ranau untuk sesi
“fish massage”. Di sini, korang berpeluang untuk mencuba rawatan ikan Pelian.
Ikan Pelian berasal dari spesies Cyprinidae dan dikatakan dapat menyembuhkan
penyakit kulit seperti Psoriasis.
Fish Spa Kg. Luanti |
Dalam bahasa Kadazan dusun,
“tagal” bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai.
Ini adalah untuk menjaga alam sekitar dan juga ekosistem untuk kegunaan
generasi pada masa akan datang.
Ikan berenang dalam kumpulan
besar secara berselerakan dan bergerak ke arah yang sama secara serentak. Mereka
mula menghisap, menggigit dan memakan lapisan kulit mati pada kaki tanpa
mencederakan kulit sebenar sebaik sahaja anda berjalan ke dalam sungai.
Sabah Tea Garden
Sabah Tea Garden |
Teh di sini ditanam secara
organik dengan tiada penggunaan bahan kimia atau racun perosak. Kalau korang
nak tahu, Ladang Teh Sabah adalah merupakan satu-satunya ladang teh organik
yang terdapat di seluruh kepulauan Borneo.
Setelah dah puas jalan-jalan melihat
pemandangan sekitar ladang teh dan pergi melawat kilang teh, boleh lah
berhenti seketika di Rumah Teh Sabah yang merupakan sebuah restoran di ladang
teh ini. Tea time katanya. Restoran ini terletak di atas bukit yang
betul-betul berhadapan dengan ladang teh.
So, itu antara tempat-tempat
yang kami nak pergi semasa vacation di Sabah. Bila dah ada tentatif ni, atleast
saya rasa macam berdisiplin sikit. Ape pun, kena diskas dengan member lagi
sorang tu sebab trip ni berdua dengan dia. Jangan fikir kepala korang je. Melainkan
korang pergi trip ni sorang-sorang.
Tentatif program 5D4N |
Kami plan nak pergi bulan
April. Sebab member tu beli tiket bulan April. And dia cakap waktu flight yang
dia beli tu dibatalkan so dia boleh tukar tarikh lain, but still in April. Ape
pun, plan ni mesti kasi jadi. Sebab? Tiket dah beli kot. Kahkahkah!
No comments:
Post a Comment