Mulanya kami bercadang, aktiviti
menaiki cable car ni diletakkan di sebelah petang. Sebab boleh tengok matahari
terbenam. Tapi waktu antara jam 5 sampai 7 petang adalah peak hour. Memandangkan
Jumaat di Langkawi cuti, kami membatalkan saja hasrat tersebut.
Sebelum beli tiket di kaunter,
pastikan korang dah standby IC siap-siap. Nanti takdak la nak kena beratur
balik. Kalau barisan pendek, takpa la jugak. Kalau line beratur panjang sampai berpusing-pusing,
kan naya je nak beratur balik semula. Kalau dah korang tak kesah sangat, bayar
je la harga tiket dengan harga bukan warganegara Malaysia. Tapi zaman sekarang
ni, adalah lebih baik berjimat cermat, ye dak?
Selesai melepasi pemeriksaan
tiket cable car, korang akan naik satu eskelator. Sebelum beratur nak naik
cable car, nanti ada staf akan panggil korang untuk ajak bergambar. Korang akan
berdiri depan booth yang berlatarbelakangkan pemandangan dari platform di Middle Station -- atau Top Station. Tak sure.
Sebenarnya saya rasa tak wajib
pun nak bergambar tu. Sebab first time kami datang Langkawi, and semua benda
baru pertama kali nak explore, kami turutkan saja instruction dari staf tu. Proses
untuk menjadikan gambar tu sebagai kenang-kenangan sangat cepat. Sebelum korang
beratur betul-betul depan cable car, dorang akan pass gambar tu kat korang and
dengan bayaran RM30.
Sepanjang perjalanan cable car
naik ke atas dari Base Station, korang boleh menikmati pemandangan Gunung
Machincang -- ke Mat Cincang? and
pemandangan flora dan fauna di sekeliling kawasan tu. Kat sinilah korang boleh
view sekitar geologi Gunung Machincang yang unik.
Langkawi Cable Car ada dua
stesen. Waktu belum ramai orang naik cable car, boleh la kami berhenti turun
sekejap kat Middle Station. Naik ke platform untuk tengok keindahan pemandangan
sekeliling Pulau Langkawi ni. Dah lama sikit lepak-lepak, amik gambar,
feeling-feeling ala titanic sikit sambil merasa tiupan angin sepoi-sepoi bahasa
ke muka, kami beratur balik nak naik ke cable car untuk ke Top Station.
Pemandangan dari Top Station |
Romantik rasanya kalau dapat tengok matahari terbenam bersama kesayangan |
Di Top Station, kat sini lah
korang boleh tengok pemandangan matahari terbenam di Langkawi. Tapi time peak
hour la kalau korang sanggup and team korang pun tak kesah.
“Visitors will be amazed at the unfolding dramatic views from the
platforms, the many unique and exciting features of Machincang, are dominating
rock tower peaks providing spectacular 360 degrees panoramic views of the
Langkawi islands and Southern Thailand as well as dramatic views of the deep
chasms, overhangs cliff walls, isolated pinnacles and some caves”
Sky Bridge ditutup kerana proses baik pulih dan naik taraf sedang dijalankan sehingga akan diberitahu kemudian |
Kat sini jugak ada laluan
untuk ke Sky Bridge. Katanya, Sky Bridge tu merupakan jambatan tergantung
berbentuk melengkung yang terpanjang di dunia. Tapi sekarang ni tengah tutup. Ada
kerja upgrading and maintaining katanya sehinggalah akan diberitahu kemudian. Ruginya.
Jadi, tak dapatlah kami merasa nak berjalan di tempat tinggi. Tapi waktu kami
dekat Top Station, takdak nampak orang buat kerja pun.
Dekat Middle Station, time ni
korang dah ada dalam cable car, and sebelum pintu cable car tertutup, staf yang
ditugaskan sebagai jurukamera akan snap pic korang lagi. Gambar tu korang boleh
tuntut dekat Top Station. Biasanya staf akan approach korang sebelum korang
beratur untuk naik cable car turun ke Base Station. Lagi sekali, dengan bayaran
RM10. Kena pandai-pandai tolak la kalau korang taknak beli.
Lepas dah turun ke bawah, ramai
gila orang tengah beratur nak beli tiket cable car. Nasib kami baik la jugak
sebab tak payah beratur lama untuk beli tiket tersebut. Kemudian, kami teruskan
aktiviti kami dengan berjalan-jalan sekitar Oriental Village.
Sebelah belakang sana, kedai dia semua belum bukak lagi |
Naik kereta kuda. sekali naik, RM5 dia bawak pusing satu bangunan je -,- |
Tak banyak aktiviti yang kami
boleh manfaatkan di Oriental Village. Waktu time tu pun dah nak tengah hari. Matahari
kemain mencanak atas kepala. Bahang panas cahaya matahari tak payah cakap. Anak
buah saya pulak meragam. Kami decide untuk balik ke homestay berehat. Dan aktiviti
seterusnya akan disambung sebelah petang pulak.
Kalau korang ada banyak masa nak round satu Langkawi, boleh join aktiviti yang ada kat Oriental Village. boleh pergi dekat website dia --> http://www.orientalvillage.my/main.html.
Ada sape-sape dari pembaca nak
tahu lebih lanjut pasal Langkawi Cable Car atau Panorama Langkawi Cable Car ni,
boleh pergi kat website dia --> http://www.panoramalangkawi.com/
Adios!
2 comments:
Sy suke meronda kat iriental village tu. Jan hari tu pegi sana. Dapat beli topi kegemaran. Tp tertinggal pulak kat airpot. X de rezeki betul.
Batu caves tinggal kat mana. Sy pun batu caves jugak.
@Ibu Lala: jan 2016 pun saya ada pergi jugak. Tp blm update dlm blog lagi. Ni kali ketiga saya pergi langkawi. Saya tinggal dia tmn bolton :)
Post a Comment