12 March 2014

Trip Langkawi | Langkawi Cable Car & Oriental Village Langkawi

Aktiviti pertama kami di Langkawi di awal pagi ialah menaiki Langkawi Cable Car, yang terletak di Oriental Village. Kami bersarapan di satu kedai makan yang berada di kawasan parking kereta dekat Oriental Village tu.

Jangan lupa check-in Foursquare ye. Haha!

Mulanya kami bercadang, aktiviti menaiki cable car ni diletakkan di sebelah petang. Sebab boleh tengok matahari terbenam. Tapi waktu antara jam 5 sampai 7 petang adalah peak hour. Memandangkan Jumaat di Langkawi cuti, kami membatalkan saja hasrat tersebut.

Sementara tunggu Papa Adam beli tiket,
Adam berposing dengan Mama depan panggung 6D

Sebelum beli tiket di kaunter, pastikan korang dah standby IC siap-siap. Nanti takdak la nak kena beratur balik. Kalau barisan pendek, takpa la jugak. Kalau line beratur panjang sampai berpusing-pusing, kan naya je nak beratur balik semula. Kalau dah korang tak kesah sangat, bayar je la harga tiket dengan harga bukan warganegara Malaysia. Tapi zaman sekarang ni, adalah lebih baik berjimat cermat, ye dak?

Selesai melepasi pemeriksaan tiket cable car, korang akan naik satu eskelator. Sebelum beratur nak naik cable car, nanti ada staf akan panggil korang untuk ajak bergambar. Korang akan berdiri depan booth yang berlatarbelakangkan pemandangan dari platform di Middle Station -- atau Top Station. Tak sure.

Get ready to ride the cable car!

Sebenarnya saya rasa tak wajib pun nak bergambar tu. Sebab first time kami datang Langkawi, and semua benda baru pertama kali nak explore, kami turutkan saja instruction dari staf tu. Proses untuk menjadikan gambar tu sebagai kenang-kenangan sangat cepat. Sebelum korang beratur betul-betul depan cable car, dorang akan pass gambar tu kat korang and dengan bayaran RM30.

Nikmatilah perjalanan sejauh 1.7km,
dan pada ketinggian 650m dari paras laut.



Sepanjang perjalanan cable car naik ke atas dari Base Station, korang boleh menikmati pemandangan Gunung Machincang -- ke Mat Cincang? and pemandangan flora dan fauna di sekeliling kawasan tu. Kat sinilah korang boleh view sekitar geologi Gunung Machincang yang unik.




Langkawi Cable Car ada dua stesen. Waktu belum ramai orang naik cable car, boleh la kami berhenti turun sekejap kat Middle Station. Naik ke platform untuk tengok keindahan pemandangan sekeliling Pulau Langkawi ni. Dah lama sikit lepak-lepak, amik gambar, feeling-feeling ala titanic sikit sambil merasa tiupan angin sepoi-sepoi bahasa ke muka, kami beratur balik nak naik ke cable car untuk ke Top Station.

Pemandangan dari Top Station

Romantik rasanya kalau dapat tengok
matahari terbenam bersama kesayangan

Di Top Station, kat sini lah korang boleh tengok pemandangan matahari terbenam di Langkawi. Tapi time peak hour la kalau korang sanggup and team korang pun tak kesah.  

Visitors will be amazed at the unfolding dramatic views from the platforms, the many unique and exciting features of Machincang, are dominating rock tower peaks providing spectacular 360 degrees panoramic views of the Langkawi islands and Southern Thailand as well as dramatic views of the deep chasms, overhangs cliff walls, isolated pinnacles and some caves

Sky Bridge ditutup kerana proses baik pulih dan naik taraf
sedang dijalankan sehingga akan diberitahu kemudian

Kat sini jugak ada laluan untuk ke Sky Bridge. Katanya, Sky Bridge tu merupakan jambatan tergantung berbentuk melengkung yang terpanjang di dunia. Tapi sekarang ni tengah tutup. Ada kerja upgrading and maintaining katanya sehinggalah akan diberitahu kemudian. Ruginya. Jadi, tak dapatlah kami merasa nak berjalan di tempat tinggi. Tapi waktu kami dekat Top Station, takdak nampak orang buat kerja pun.

Dekat Middle Station, time ni korang dah ada dalam cable car, and sebelum pintu cable car tertutup, staf yang ditugaskan sebagai jurukamera akan snap pic korang lagi. Gambar tu korang boleh tuntut dekat Top Station. Biasanya staf akan approach korang sebelum korang beratur untuk naik cable car turun ke Base Station. Lagi sekali, dengan bayaran RM10. Kena pandai-pandai tolak la kalau korang taknak beli.

Ada satu pondok untuk explore area
Oriental Village dan juga aktiviti lain

Lepas dah turun ke bawah, ramai gila orang tengah beratur nak beli tiket cable car. Nasib kami baik la jugak sebab tak payah beratur lama untuk beli tiket tersebut. Kemudian, kami teruskan aktiviti kami dengan berjalan-jalan sekitar Oriental Village.

Sebelah belakang sana, kedai dia semua belum bukak lagi


Naik kereta kuda. sekali naik, RM5
dia bawak pusing satu bangunan je -,-

Tak banyak aktiviti yang kami boleh manfaatkan di Oriental Village. Waktu time tu pun dah nak tengah hari. Matahari kemain mencanak atas kepala. Bahang panas cahaya matahari tak payah cakap. Anak buah saya pulak meragam. Kami decide untuk balik ke homestay berehat. Dan aktiviti seterusnya akan disambung sebelah petang pulak.


Kalau korang ada banyak masa nak round satu Langkawi, boleh join aktiviti yang ada kat Oriental Village. boleh pergi dekat website dia --> http://www.orientalvillage.my/main.html.

Ada sape-sape dari pembaca nak tahu lebih lanjut pasal Langkawi Cable Car atau Panorama Langkawi Cable Car ni, boleh pergi kat website dia --> http://www.panoramalangkawi.com/

Adios!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Ibu Lala said...

Sy suke meronda kat iriental village tu. Jan hari tu pegi sana. Dapat beli topi kegemaran. Tp tertinggal pulak kat airpot. X de rezeki betul.

Batu caves tinggal kat mana. Sy pun batu caves jugak.

nadeafu chan said...

@Ibu Lala: jan 2016 pun saya ada pergi jugak. Tp blm update dlm blog lagi. Ni kali ketiga saya pergi langkawi. Saya tinggal dia tmn bolton :)

Post a Comment