Dekat Langkawi, ada satu
tempat ni nama dia Look Out Point. Tak ada dalam tentatif program pun
sebenarnya. Tapi masa on the way nak ke kilang gamat, ternampak signboard ni.
Jadi, saya cadangkan kepada abang ipar saya supaya singgah sana untuk tengok
matahari terbenam.
Orang cakap, barang dan coklat kat HIG dulu murah. Mungkin
jenama dia sudah popular. Walaupun beza dengan kedai lain cuma RM1, tapi kalau
dah beli sekali borong, banyak jugak boleh saving. Kebetulan, masa tu ada 2 jam
lebih sebelum nak sunset. Jadi kami semua bercadang untuk pergi shopping
cenderahati dan coklat yang telah dikirim oleh rakan dan keluarga di Haji
Ismail Group (HIG).
"Papa! Tu kapal terbang!" - Adam eksaited. |
Malindo bersiap-sedia untuk berlepas. |
"Papa, mana kapal terbang?" "Tuuu. kapal terbang nak mendarat da" |
Santai sambil menikmati matahari terbenam |
Sarangheyo~ |
Into the Sun! |
Bola-bola api dari matahari. |
Siapa pernah tgk One Piece? Kunun-kunun nak posing mcm tu la. Kahkahkah! |
Malam tu, kami dinner di Cucu
Cucu Bamboo Beach Restaurant. Restoran (ke kedai makan?) ni terletak di tepi
pantai berhampiran dengan airport. Suasana malam tu memang santai. Kami pilih
tempat duduk yang betul-betul bersebelahan dengan laut, serta berbumbungkan
angkasa yang luas.
Sambil kami makan, sambil tu
juga kami menikmati panorama lampu kelip-kelip dari kapal terbang yang nak
berlepas dan landing. Angin laut yang sepoi-sepoi juga memainkan peranan pada
malam itu. Dengan suasana yang macam tu, hidangan malam tu adalah yang terbaik
bagi kami.
Menu dinner yang telah menjadi
pilihan kami antaranya; ikan siakap bakar, sotong goreng tepung, lala masak
lemak cili api, sayur kailan ikan masin dan air tembikai (satu jag). Total keseluruhan
cuma RM75 saja. Kat KL kompem tak dapat macam ni.
Selepas itu, kami pulang untuk
berehat bagi meneruskan misi pada keesokan harinya. Adios!
No comments:
Post a Comment