19 April 2011

Antara imej dan identiti

Salam kepada para pembaca sekalian.

Ramai orang cakap aku ni garang, muka nak siyes je. Senyum pun jarang-jarang. Tapi biasalah.. Kata orang tak kenal maka tak cinta tahu la kan. Tak suka senyum? Itu tipu. Senyum je la. Bukannya kene buat apa-apa pun. Kan? Tapi tengok orang jugak. Kalau orang senyum kat aku.. Aku balas la balik senyuman dia.

serius ke?

Aku ingat lagi masa present untuk hasil projek akhir tahun ritu, pensyarah pun cakap aku garang. Nak tanya soalan pun tak berani. Bukan apa, tu imej aku sebab nak atasi rasa neves je. Aku tak suka berucap depan orang ramai. Sebab tuh jadik lagu tu.

sumber : pakcik google

Dulu aku ni pemalu, penyegan, kalau nak apa-apa mesti nak mintak tolong orang cakapkan. Kalau tak, jangan haraplah. Tegar sungguh. Kalau tak dek orang nak tolong jadik juru cakap aku, memang takkan dapat sesuatu tu. Sampai macam tu sekali hah.

ini pucca tak tahu malu ada la haha

Itu adalah identiti aku yang sebenar. Yang nampak macam garang, siyes, sampaikan orang lain takut nak tegur tu.. Adalah imej aku. Apa beza imej dengan identiti ni? Sapa tahu? Sila angkat kaki tangan. Sebab apa jadik macam tu hah? Aku pun musykil.

Apa yang aku tahu secara logik akalnya.. Imej itu adalah sifat luaran kita yang orang lain boleh nampak. Kalau identiti tu, sifat terpendam yang ada dalam diri kita. Orang-orang yang rapat dengan kita je akan tahu apa identiti kita yang sebenarnya.

Tipulah kan kalau aku sendiri tak tahu apa reason dia. Setiap benda yang berlaku mesti ada sebab musabab dan hikmahnya. Haha.


p/s :
Kacak sana, kacak sini, kacak dengar sini.. Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

Miecyber said...

Mereka pun manusia cam kita gak...tetapi kita tetap nervous...


Top 10 negara sihat

nadeafu chan said...

@ Miecyber : betul..nervous tetap nervous..cuma cara nak atasinya saja yang berbeza

Anonymous said...

sy pun neves..tp sy wat control slumber yaya hehe

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : awak lain..saya lain hehehe saya susah nak control..nampak ketara

Post a Comment