07 April 2011

PLKN : Memori 3 Bulan

Salam kepada pembaca sekalian.

Cuaca petang ni boleh tahan juga. Lepas zohor tadi da hujan. So, petang ni tak dek la panas mana pun. Angin pun sudah pandai berbahasa, jadilah sepoi-sepoi bahasa.

Esok aku start viva da. Ada orang tanya viva tu apa. Kereta perodua ke? Cis! Aku pun tak tahu. Tapi kalau nak konvo kene lalui viva itu dahulu.

Malas nak berceloteh panjang. Entri aku kali ni aku nak citer pasal PLKN.

**********
Masa zaman-zaman aku dulu, kecoh pasal PLKN ni. Bukan apa, orang selalu cakap yang program ni tak selamat, banyak budak mati la, duk dalam khemah la, air tak dek, nak makan pun susah. Tapi itu dulu, ok! Masa zaman aku, JLKN sudah upgrade fasiliti dekat kem.


Masa mula-mula aku dapat tahu yang aku kene gi PLKN, aku rasa macam nak menangis. Aku siap menyumpah-nyumpah kenapa aku yang terpilih. Mula lah aku pikir yang buruk-buruk. Sampaikan aku dah siap-siap tulis wasiat untuk keluarga kalau umur aku kat kem tu tak panjang. Hehe.

Bila senarai nama pelatih sudah diwar-warkan disemua keratan akhbar, mulalah semua member-member sekolah sebok nak cek nama masing-masing. Handset sentiasa berbunyi. Sebok tanya kau dapat kem mana? Kau satu kem dengan sapa? Macam-macam lagilah! Yang aku tak boleh lupa, ada 3 surat khabar yang sama yang telah dibeli oleh ahli keluarga aku. Sebab nye, semata-mata nak tengok nama aku ade ke tak dalam senarai. Keh keh keh!

sebelum dorang beli surat khabar aku dah tahu da yang aku terpilih..aku cek pakai sms ;p
Masa time aku dulu, PLKN ni start 1 Januari 2007 sampai bila hah? Aku tak ingat la. Tapi program ni 3 bulan saja. Sengaja je tak nak kasi aku celebrate tahun baru. Cis! Aku ingat lagi, sehari sebelum nak berangkat ke kem.. Dalam banyak-banyak barang, tinggal selipar je aku tak beli lagi. Bukan selipar ape pun. Selipar jepun wat gi jamban je. Hehe.

sumber : kat sini
Aku pun kabor kat mak aku yang aku tak dek selipar lagi. Dengan sepantas kilat, mak aku ajak gi Danau Kota. Fuyoh! Memang first time la aku jejak kaki kat sana. Mak aku ingat aku nak carik selipar jalan kot. Tuh yang dia ajak sampai ke sana. Pukul 1 pagi tuh, mak aku kejut suruh siap-siap. Nak gi Danau Kota la bai!

sumber : klik sini :)
Da sampai sana, aku blur jap. Tak tahu nak buat apa. Semua selipar yang mak aku cadangkan, memang tak berkenan langsung. Aku nak selipar jepun saja ok! Nak buat gi tandas. Mana plak nak carik selipar macam tu kat Danau Kota tu. Haha. Last-last balik tangan kosong je. Hua hua hua! Tak pe la, boleh beli kat sana je. Saje je nak sedapkan hati aku. Balik tido lagi bagus. Esok nak jalan jauh.

wah! rindu cikgu-cikgu semua. sumber : kat sini :)
Nama tempat yang aku nak gi ni, Kem Etnobotani, Gua Musang, Kelantan. Sape sini orang Kelantan? Angkat kaki! Jauh giler. Aku anak jati selangor la. Anak jati ke? Entah la. Tak pe la, jauh perjalanan, luas pemandangan. Saje je nak sedapkan lagi hati. Ada sorang jiran depan umah aku. Kebetulan dia pun dapat PLKN jugak. Kebetulan lagi dia sama dengan aku. Ramai je orang-orang kampung aku yang sama kem dengan aku. Kenal tak kenal je. Hehe.

Oklah, sampai sini dulu. Nak mandi-manda. Dah masuk waktu maghrib da.

Terima kasih sebab sudi membaca entri yang tak seberapa ni. Jumpa lagi kat entri lain :)

p/s :
Mak cakap.. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Cuma kita je yang tak tahu hikmah yang tersembunyi :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

Miecyber said...

Aduss... ada sambungan pulak...

Maybank2u.com tingkatkan tahap keselamatan

nadeafu chan said...

@ Miecyber : tak boleh eh kalau ada sambungan?hehe

zXGDIDArkXz said...

bro...tajuk ko cete pasal kenape ko terpilih...ne ko berbual pasal beli barang la itu la ini la..
skip to the point la...lu buat diari ke ape?

man bai said...

huhuhuhu kem plkn gua musang tempat yg banyak kenangan.. mem aku sorang mati kat saner..ermmm

aliaa said...

Kem Etnobotani.... sy dpt situ jugak. K1S11/2014

nadeafu chan said...

@aliaa: KJ masih orang lama atau sudah bertukar semuanya?

Post a Comment