Salam kepada pembaca sekalian.
Apa khabar? Korang sihat? Semoag hari ni lebih baik dari semalam.
Alhamdulillah.. Sudah lepas satu paper. Tadi exam paper Pengurusan Keselamatan Sinaran. Nampak macam gempak je nama subjek tu. Lepas ni, ada gap masa selama seminggu. So, boleh lah aku betulkan balik tesis aku. Tak saber weh nak tengok dalam bentuk hardcover yang kulit dia kaler hijau tua tu!
Entri kali ni, aku nak sambung cerita pasal PLKN. Nak baca entri lepas boleh klik sini, ok!
**********
Selepas bermalam satu malam kat sana, biasa lah memula.. Semua rasa janggal. Nak kene carik kawan lagi, nak kene biasakan diri dengan kem tu lagi, nak kene kamcing dengan budak-budak dorm lagi, macam-macam hal lagi la. Tapi aku tak kesah sangat sebab ada geng. Hehe. Kebetulan kawan aku yang sama sekolah rendah tuh, dorm dia sebelah dorm aku je. Nak jumpa dia pun, anytime!
Macam yang korang dah tahu.. Atau mungkin ada yang tak tahu lagi. Tapi aku bagitahu jugak lah. PLKN ada empat modul latihan.. Fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan last sekali khidmat komuniti. Dalam banyak-banyak modul, aku paling suka modul fizikal. Nama pun fizikal, aktiviti-aktiviti lasak la semuanya. Kih kih kih!
Dalam modul fizikal ni, aku paling suka kembara halangan. Memula halangan yang akan aku jumpa, apa nama dia eh? Aku tak ingat sangat la. Titi gantung kot. Lepas tu panjat tembok.. Berapa ketinggian aku tak ingat da. Ada banyak lagi lah! monkey rack, tarzan swing, and last sekali panjat tembok yang tinggi dia 10 kaki kot. Memang tough gila lah! Tapi aku paling tak suka kawad kaki. Sape je suka kawad tengah-tengah panas? Haha.
Aktiviti lain, yang berkaitan dengan hutan pulak contoh dia kraf hutan. Aktiviti ni kene masuk hutan, survive dalam hutan, guna semua sumber-sumber yang ada dalam hutan untuk buat perangkap nak jerat burung, buat rumah pakai buluh dengan rotan, semua benda lah yang berasaskan hutan. Aktiviti lain pulak yang ada kaitan dengan hutan, macam baca peta dengan kompas, latihan pandu arah dengan kembara hutan. Aku tak suka masuk hutan sebab.. Sebab.. Sebab aku tak suka pacat!!!
Aktiviti guna tali pun aku suka jugak. Ape eh nama dia? Yang kene turun dari tempat tinggi tuh? Tak ingat da. Lepas tu aktiviti flying fox. Platform flying fox kat kem aku adalah yang paling tinggi kalau nak dibandingkan dengan kem-kem yang lain. Aku suka jugak aktiviti air! Ada kayak dengan rakit moden. Rakit moden ni buat guna pelampung dengan batang paip. Nak buat tu yang susah. Ikatan yang dibuat make sure kene ketat. kalau tak memang korang tenggelam la kat tengah tasik tu. Haha.
Modul kedua pulak, modul kenegaraan. Dalam modul ni, nanti cikgu akan ajar kitorang pasal kenegaraan ni. Memang rasa macam budak-budak tadika. Senior-senior aku dulu pun ada cakap jugak, masuk kelas ni akan dilayan macam budak-budak. Aku tak rasa sangat la. Sebab memang tujuan dorang buat tuh pun nak disiplinkan kitorang. Huhu. Dalam modul ni aku blaja pasal tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Yang kelas ni, kitorang duduk campur dengan kompeni lain. So, tak dek lah macam sempit otak asyik tengok muka budak kompeni je. Hehe.
Modul pembinaan karakter pon aku suka jugak. Dari situ, aku dapat mengetahu kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri aku. Samada aku boleh jadik pemimpin ke tak, kat situ lah semuanya aku boleh tahu. Ini dalam komponen pembinaan diri. Komponen tentang diri dengan orang lain pulak, melibatkan orang lain dalam kehidupan kita. Kat komponen ni jugak, dorang nak tengok yang kita boleh bekerja dalam kumpulan atau tak, boleh atasi masalah dalam kumpulan atau tak dan lain-lain lagi lah. Yang seronok nye masuk kelas-kelas macam ni, bagi aku.. Memang enjoy la.
Modul last sekali, khidmat komuniti. Masa aku dulu, aku dapat dalam kem je. Tak seronok la, tak boleh keluar kem. Huhu. Kitorang kene bersihkan kawasan kem, sipi-sipi hutan sana tu, sampah-sampah daun je lah. Komponen utama dalam modul ni ada kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan di Jabatan. Memandangkan kumpulan aku kene bersihkan kawasan kem, aku dapat komponen alam sekitar la.
Memula memang tak suka masa dapat tahu kene join PLKN. Da lama-lama dok sini, enjoy la sebab da ramai kawan, da boleh biasakan diri dengan persekitaran kem ni, da boleh bergurau mesra sepak terajang dengan staf-staf askar kat sini. Ok! yang tu tipu je.
**********
Ok lah! Sampai sini je la. Aku nak gi jumpa supervisor aku. Nak betulkan balik tesis. Serius! Tak sabar weh nak tengok tesis yang dah siap harcover. Kih kih kih!
No comments:
Post a Comment