Salam kepada pembaca sekalian.
Semua pelajar tahun akhir warganegara prasiswazah UKM telah diminta oleh Jabatan Pengajian Tinggi KPT untuk mengisi maklumat online di dalam laman web http://jpt.mohe.gov.my/my3s bermula hari ini sehingga 30 April 2011.
Pekeliling Akademik Bil.11/2011 dari Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (HEAA) bertarikh 21 April 2011 telah dikeluarkan. Mohon kerjasama semua pelajar tahun akhir untuk mengisi maklumat online ini.
front page website My3S |
Selepas membaca pengumuman yang agak penting tak penting jugak la.. Terus aku klik kat link tu. Punya la banyak soalan dia. 200 soalan! Memula ingat nak klik-klik je. Tapi soalan trick rupanya. Kene baca satu-satu. Cis! Nampaknya dorang sudah pandai membaca pemikiran pelajar. Haha. Tak kira, aku klik sambil pejam mata je. Malas jugak nak bace satu-satu.
Yang membuatkan aku rasa saspek dengan sistem ni, dia dah tahu da maklumat pasal diri kita.. Maklumat asas pengguna tu. Of course la kan! Kate link dengan Kementerian Pelajaran Tinggi.. Dah sah-sah dorang ada semua maklumat tu, ye tak? Huhu.
siap letak box pngk lagi tu |
Skala Kemahiran Insaniah Malaysia atau nama pendeknya My3S merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Selaras dengan kepentingannya, Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan Kemahiran Insaniah yang perlu diterapkan kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi.
Kat My3S ini ada 7 elemen utama Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahiran kepemimpinan.
kalau baca betul-betul mesti semua hijau haha |
Lepas da klik punya klik punya klik skala yang dia bagi.. aku ada 3 elemen yang mencapai tahap yang dorang nak. Agak-agak ape dia? Jeng jeng jeng! Salah satu nye adalah kemahiran keusahawanan. Kih kih kih. Aku memang tak berbakat langsung dalam kemahiran tu. Dah tak minat nak buat macam mana. Tapi rasanya boleh dipupuk. Wait and see je la ye! Secara keseluruhannya, aku mencapai tahap yang telah dorang tetapkan. Hihi.
Ok! Kepada rakan-rakan yang rasa-rasa dia student IPTA, silalah bertindak segera. Buatlah apa yang patut.
No comments:
Post a Comment