Salam kepada pembaca sekalian.
Di suatu petang yang damai, memang sungguh damai la. Tenang je. Angin sepoi-sepoi bahasa. Bunyik anjing menyalak pun tak dek jugak.
Aku tak pasti kenapa. Mungkin hari ni bukan hari dorang nak kuar menyakat pelajar-pelajar kat kolej ni kot. Haha.
Burung-burung yang berterbangan macam suka gila la plak dengan situasi macam ni. Da bermacam-macam siulan dari burung yang aku dengar. Memang merdu. Sampai rasa nak tertido.
Tapi orang tua-tua cakap tak elok tido petang. Nanti kene sampuk. Yeke?
Semalam aku belek-belek blog aku. Aku tengok ada follower baru. Terima kasih kepada Abang Long dan juga follower-follower yang lain sebab sudi jugak follow blog aku yang tak seberapa ni.
Lagi pulak aku rasa macam tak best je. Huu! Tapi apa pun, aku kene yakin dengan blog aku!
Masa aku jalan-jalan kat blog Abang Long ni, aku sangat tertarik dengan satu entri dalam blog dia tu. Nak tahu? Klik sini. Macam-macam style la cara aku membaca entri dalam blog Abang Long ni. Tertonggeng, terlentang, meniarap, bertinggung haa. Minat punya pasal.
Aku pun try la satu aplikasi yang ada kat blog ni. Aplikasi ke apa ntah, tak pasti la. Tapi korang boleh cuba kalo korang nak tahu berapa berat blog korang.
Berat kat sini bermaksud berapa lama masa yang diambil nak load korang punya blog.
agak musykil ye di sini hehe |
Ada beberapa faktor rasanya yang akan mempengaruhi berapa lama masa yang diperlukan nak load blog korang. Mengikut hukum logik akal aku, faktor kelajuan internet juga sangat-sangat mempengaruhi. Ada sape-sape nak bangkang? Hee.
Kalau nak tahu faktor-faktor lain, korang boleh skodeng entri kat blog Abang Long tadi ye!
Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian!
2 comments:
hee.. nak cuba jugak! ;D
@ Lynn Rahman : hehe silalah..mesti berat tu ;p
Post a Comment