02 March 2011

BerBBQ di Lubok Manggis : Part 3

Salam sejahtera para pembaca sekalian. Berjuta ucapan terima kasih aku ucapkan kerana sudi membaca dan mengomen aku punya blog ni. Aku tahu blog aku ni tak seberapa je kalau nak dibangdingkan dengan blog orang lain. Lagi-lagi macam blog Incik Zack tu.

Sekarang Incik Zack itu pun sudah lama tak update. Maklumlah, bizi sebab sudah menjadi tenaga pengajar sekarang ni. Agaknya kurang masa untuk menulis. Aku tak tipu. Betul.. Sekarang dia da jadik cikgu. Tak percaya tengok sini.

Entri lepas aku stop sampai mana hah? Ok! Sudah ingat.

**********
Mula-mula destinasi piknik yang telah dibincangkan dengan budak-budak kos bersama ketua darjah ialah Sg. Gabai. Tapi ada orang cakap, Sg. Gabai tu kotor. Air macam teh tarik. Aku tak dapat nak sahihkan kesahihannya la. Kemudian ada yang cadangkan Sg. Congkak pulak. Ada yang tak nak sebab dekat sangat. Demand pulak korang ni! 
 
Ada macam-macam tempat lagi yang dorang cadangkan. Ulu Yam, Port Dickson, Bagan Lalang, dan lain-lain lagi la. Setiap tempat tu ada pro dan kontranya. Sampai bergaduh haa. Padahal nak pilih tempat je pun. Ada yang masuk pusat kesihatan lagi kat bahagian kecemasan. Ok! Yang tu tipu. Last-last kitorang decide nak g Sg. Pangsun saja lah. Tak jauh tak dekat mana pun. Jalan kaki memang jauh la. Ceh!

Bila da sampai ke destinasi cinta yang dituju, masing-masing bersorak la. Apa tak nya, pagi-pagi lagi kot. Udara segar. Orang tak ramai. Tapi tak boleh mandi pulak kat sungai tu. Kesian kitorang. Apesal pulak tak boleh mandi? Air sungai deras la. Malam sebelum hari kejadian, hujan lebat mencurah-curah jatuh ke bumi. Ok! Dengan segera buat miting kilat. 


nampak macam biasa, tapi sebenarnya sangat deras

Kitorang dah decide nak piknik kat bawah sikit. Tempat yang mula-mula nak masuk ke kawasan sungai ni. Air kurang deras. Sungai nya pun kurang dalam. Itulah nama dia Lubok Manggis. Aku tak tahu la femes ke tak tempat ni. Tak dek langsung tersenarai pun dalam cadangan. Lubok Manggis pun Lubok Manggis la.. Janji dapat berpiknik dengan suka hati. 


Lepas da angkut semua barang-barang, kitorang setup la semua barang-barang yang nak digunakan untuk BBQ nanti. Terpaksa buat dua tempat untuk membakar. Satu untuk ayam yang ada beratus-ratus ketul tu. Lagi satu untuk bakar ikan. Lama jugak nak transform arang jadik bara. Hampir give up kot. Siap ada servis bertukar tangan lagi. Gilir-gilir nak hidupkan arang. Sampaikan kitorang pergi kat khemah sebelah mintak starter nak hidupkan arang. Haha.



bersungguh-sungguh ketua kelas!

Acara sukaneka pun ada jugak. Kitorang ni sporting tau. Aku sendiri tak percaya. Agaknya bila da ikut berpiknik ni, baru menonjol kot perangai masing-masing. Apa tak nya.. Ada yang nampak macam pendiam, pemalu yang tak tahu malu pun ada jugak. Tapi masa sukaneka berlangsung.. Semua macam masuk air. Tak kesah la. Janji happening!



ape ntah nama dia. susun sape paling panjang

cari gula-gula dalam tepung

hantu tepung gomak!

Selesai acara sukaneka, sambung pulak acara BBQ dengan acara mandi manda. Kalau yang jenis suka menyakat tu, memang keje dia nak simbah air kat orang je la. Percaya tak? Acara tolak-menolak masuk dalam sungai tak berlaku langsung? Aku nak buat kat kawan sendiri pun tak berani. Bukan apa.. Da besar-besar ni merajuk nya lama. Kang sampai habis belajar tak bertegur sapa. Bahaya tu. Cukup lah bergurau-senda sekadar simbah-simbah air, baling-baling tepung. Haha. Best!




Setelah jam ditangan menunjukkan pukul 1 lebih, lebih berapa pun aku tak tahu la. Tapi lebih sikit dari angka satu.. Kitorang berkemas-kemas mahu pulang. Semua pinggan, mangkuk, pisau, penyepit, tempat pembakar dan sewaktu dengannya yang mana kotor basuh je la dengan air sungai. Pergh! Memang best. Mandi air rempah la buat pengunjung-pengunjung yang mandi manda bawah sikit dari tempat kitorang. Jahat! Tapi tak apa kot. Sebab dorang nampak je kitorang membasuh kat situ. Rilex je aku tengok haha.


haha kene simbah air


Selesai bergambar, kitorang pun bergerak pulang. Masing-masing da keletihan. Semua memecut nak sampai awal. Nak elakkan jalan jem kot. Maklumlah.. Petang-petang, hari minggu pulak tu.. Rakyat-rakyat jelata memang tak reti-reti nak duduk rumah. Duduk rumah hari minggu kan sangat heaven! Main-main dengan anak buah. Nak main-main dengan anak mata ke, anak tekak ke.. Pun tak pe. Silakan!


ini gambar betul, bukan photoshop!

Aku kalau bercerita entri nak buat part banyak-banyak je. Padahal sehari je pun programnya. Macam program tiga hari dua malam pulak kan. Ceh! Bukan apa.. Tu semua boleh aku sumbat jadik sebahagian kenangan manis sepanjang sesi menuntut ilmu kat menara gading ni.

Kepada budak-budak kos.. Korang memang best! Terima kasih!

p/s :
Alhamdulillah. Aku dah lulus ujian JPJ.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

~sAifAd~ said...

ahaha sgt best la mase ni kan.suke sgt entri ni!havoc~padat dan mampat isinye uhuhu..btw,mmg ni kenangan terindah bersame kanak2 nuklear.terase rapat je mase time ni.cam x sangka pulak kan.hehe

nadeafu chan said...

@ saifad : tu la..rasa mcm semua orang berubah..betul ke dia nih budak dlm kelas yg pemalu?tapi kat sini nampak mesra je..lbh kurang gitu la

~sAifAd~ said...

ala bese la tu.time blajo len ragam.time men2 baru la tunjuk perangai sebenar hehe heaven!mau lg..~

nadeafu chan said...

@ saifad : hehe mahu lagi?da nak abes blaja da

Post a Comment