Update untuk trip bagi hari ke-4 kami. Sepatutnya
trip hari ni ke Hakone. Tapi sebab masalah cuaca, which mean out of human
control, krew TAB decide untuk ke Hitachi Seaside Park yang terletak di
Ibaraki, Jepun. Taman ni merupakan a wide variety of seasonal flower gardens.
So, masa kami ke sana hari tu, ada bunga Narcissuse (Suisen Fantasy), Tulip
(Tulip World) dengan Nemophilia (Nemophilia Harmony) je. Nama lain bagi
nemophilia ni, ‘baby blue eyes’. Boleh refer flower calendar dekat sini. Walaupun ada tiga jenis je, tapi tak
menang tangan jugaklah nak snap gambar dengan bunga-bunga ni. Sebabnya, taman
dia besar and bunga dia ada macam-macam warna. Cantik! Tapi masa pergi haritu,
bunga tak berapa banyak. Sebab baru nak berkembang.
Baby blue eyes |
Narcissuse flower |
Tulip |
Hari ni jugak first day kami dan semua
adik-beradik yang join trip ni berjalan menggunakan kereta. So, dapatlah jugak
merasa pengalaman menaiki kenderaan di Jepun. Bagi siapa yang jadik driver tu,
dapatlah merasa pengalaman memandu kereta di Jepun. Apply lesen memandu
antarabangsa RM150. Claim dengan Admin TAB. Haha! Memandu kereta di jepun
adalah 100x lebih selamat dari Malaysia. Bak kata krew la.
Suka betul saya dengan sistem tol kat sini. Dalam setiap kereta, ada satu device ni. Saiz dia sebesar smart tag Malaysia tapi nipis lagi. Bila korang sampai je dekat tol, sistem tol terus akan detect device yang ada dekat dalam dash board and palang akan terus diangkat. Begitu efisyen nya sistem ni. Kepercayaan orang Jepun ni sangat tinggi. Kalau baki dalam device tak mencukupi, akan tinggal negatif balance. Tapi jangan risau, nanti bila dah topup balik, dia akan siap-siap tolak. Tak perlu lah nak benti dekat pejabat tol nak kena bayar baki tol yang tak cukup tadi. Taknak bandingkan dengan negara sendiri. Kompem cerita takkan habis. Lol!
Rata-rata halaju
kenderaan di sana cuma 80km/jam. Kalau kereta mewah tu, sukati depa la nak
speed berapa pun. Dan pemandangan sepanjang perjalanan ke Hitachi sangat
mempersonakan. Ditambah pula dengan cuaca yang nyaman dan udara yang sejuk
sekitar 180C. "180C mana sejukkk" -- sedar diri sikit. Ampa ni orang Malaysia. Setakat pergi Jepun seumur hidup sekali, kira sejuk la tu. Orang Jepun memang da biasa dengan suhu macam ni. Kita je yang rasa luar biasa. Haha.
Kami bergerak ke Hitachi sekitar jam 12.15
tengah hari. Kenapa lambat? Ini kerana prosedur untuk mengambil kereta di Jepun
sangat leceh. Banyak dokumen yang diperlukan. Dan penyewa perlu memeriksa
dengan teliti kenderaan yang bakal digunakan. Orang Jepun memang perfectionist.
Jadi, sebagai pelancong yang datang ke sana, kena la follow cara mereka.
Satu kereta teman sebilik. Kecuali driver and girl yang tudung coklat (?) tu, kawan kpd room mate |
Terjun laut, tak timbul-timbul kang. Sejuk! |
Perjalanan sekitar 1 jam 45 minit hingga 2 jam.
Why tak keluar awal? Sebab ada sorang driver ni dia balik tengah malam masa p
Disneyland semalam. Kesian kat dia yang tak cukup rest. Sila bayangkan.
Jika kami sampai ke sana dalam jam 3 petang, dan taman tutup pada jam 5 petang,
agak-agak sempat tak nak cover seluruh taman tu? Agak kecewa sebenarnya sebab
separuh hari kami dihabiskan dengan menanti kenderaan sewa untuk menjemput
kami. Ada yang sempat lagi berjalan ke Asakusa kot.
Aiskrim pun depa ada juai dalam vending machine |
Selesai membayar ¥1,550 untuk bayaran parking, kami semua bergegas ke kaunter untuk membeli tiket masuk. Memandangkan kami dalam group yang sangat besar (lebih dari 20 orang), maka bayaran masuk untuk seorang cuma ¥290 saja. Tapi bayaran ni semua dah termasuk dalam pakej. So, no worries. Jadi, ada tiga option untuk explore garden ni. Pertama, jalan kaki. Kedua, naik basikal dan last sekali naik tram. Sewa basikal dalam ¥400, manakala fee untuk tram ialah ¥500. Details boleh tengok kat sini. Maka, haruslah kami amik yang percuma iaitu berjalan kaki. Tapi memang tak dapat cover seluruh garden la.
Let's start to exploring |
Bila da start berjalan, barulah terasa yang park ni besar gile kot. Rasa menyesal pulak sebab tak sewa basikal. Mungkin kami salah faham kot dengan penerangan orang yang jaga basikal tu. Dia cakap tak boleh ride dekat kawasan garden. Kena follow track. Memanglaa. Kalau nak pergi garden, park la sekejap basikal tu. Huwaaa! Kami just explore tempat-tempat yang ada bunga saja. Area bunga nemophilia paling jauh sekali. Kami gagahkan juga berjalan ke sana sebab tujuan kami ke garden tu pun nak tengok bunga biru yang cantik tu.
Ni kalau naik basikal, pergi semua tempat je. Senang |
Haiwan peliharaan pun nak jalan-jalan jugak |
Crystal water lake. |
Acah-acah macam dekat Holland |
Kesejukan angin dimusim bunga ni jangan dibuat
main. Sampai ke tulang kering ketaq dia. Kalau ampa rajin tengok map, Hitachi
ni berdekatan dengan laut. Tu kalau ada orang terjun kat laut, kompem tak
muncul da sebab tenggelam kesejukkan. Hari tu, saya hanya memakai sweater saja.
Tampal hotpack kat badan pun tak jalan. Tangan memang tak rasa apa da sebab
kebas.
Tak keruan la saya kerana kesejukkan yang melampau. Berlari-lari ke sana ke mari acah-acah nak panaskan badan. Padahal setitik peluh pun takdak. Lol! Ok, tipu! Nak berjalan pun tak larat da, apatah lagi nak berlari. Saya just berdiri dekat depan toilet saja sementara menanti kawan-kawan yang lain. Apesal duduk situ? Toilet kan dalam bangunan. Dalam bangunan kan ada heater. So, takdak la kesejukkan. Haha!
Tak keruan la saya kerana kesejukkan yang melampau. Berlari-lari ke sana ke mari acah-acah nak panaskan badan. Padahal setitik peluh pun takdak. Lol! Ok, tipu! Nak berjalan pun tak larat da, apatah lagi nak berlari. Saya just berdiri dekat depan toilet saja sementara menanti kawan-kawan yang lain. Apesal duduk situ? Toilet kan dalam bangunan. Dalam bangunan kan ada heater. So, takdak la kesejukkan. Haha!
Baby blue eyes baru nak kembang. Pic ehsan dari member. Huhu! |
Bunga narcissuse |
Tak sempat naik wheel ni T_T |
Park dah nak tutup. Saya belum solat lagi. Jadi
sempatlah saya amik wudhu’ dekat tandas. Kemudian menunaikan solat jama’ takhir
di sebelah luar kawasan taman. Terlindung sikit dari pandangan public. Selepas
itu, kami bergegas keluar dari kawasan parking taman tu. Ini kerana, sudah ada
pegawai keselamatan yang menunggu kami.
Acah-acah tea time sat sementara nak tunggu turn amik wudhu'. First time try starbucks sejak tumbesaran. |
Memang sudah tugas dia untuk memastikan tiada
orang awam atau pelawat yang berada di sekitar kawasan itu selepas garden
ditutup. Krew TAB ada berjanji untuk membawa kami sight-seeing melihat
kawasan-kawasan kampung di Hitachi bagi menggantikan masa kami yang sudah
terbazir semasa menunggu pagi tadi. Memandangkan hari dah nak malam,
pemandangan hanya disinari dengan cahaya lampu jalan saja. Korang nak tengok
apa sangat malam-malam cenggini? Haha!
Dinner malam tu, krew bawa kami ke Pokok Pisang. Guess what? Kedai
makan anak Melayu kot. Sampai-sampai je lepas parking kereta belakang kedai,
terjengul kepala owner kedai makan.
“Berapa
bijik kereta?”. Haha! Terkejut kami, dia pandai cakap Melayu.
Rupa-rupanya memang Melayu. Owner dah duduk di
Jepun selama 18 tahun. Asalnya, kedai makan dibuka di Tokyo. Sebab saingan
tinggi dan kawasan bandar yang sangat membangun, owner tutup kedai di Tokyo dan
buka di Hitachi. Alhamdulillah, rezeki bertambah dan maju. Sebab Hitachi ni
macam kawasan perkampungan sikit. Terkejut tengok kat menu yang teh tarik dia ¥500.
Kihkihkih! Naritaya Ramen dekat Asakusa tu, owner dia member rapat dengan owner
Pokok Pisang ni.
Malam tu, saya amik menu set nasi ayam untuk
kanak-kanak. Bukan apa, portion makanan kat Jepun ni besaq. Melebihi muatan tangki
perut saya. Sebab tu amik set kanak-kanak. Mula-mula, orang yang amik order ni
tak kasi pilih menu tu sebab nama dia pun dah memang untuk kanak-kanak.
“Boleh la
bang. Tangki perut saya kecik je ni. Kang makan tak abes, abang jugak sedih”.
Abang tu senyum. Orang lain yang duduk semeja dengan saya dah gelak-gelak.
“Satu ni
je bang set kanak-kanak. Satuuu jeee”. Ok, boleh lah - sambil menulis menu
yang saya nak. Haha!
As predicted, tak semua kawan-kawan saya dapat
habiskan makanan dia. Saya dapat habiskan pun sebab saya amik set kanak-kanak.
Memang senak perut sebab terlebih makan.
Selepas selesai makan, kami terus membayar. Nak
kasi ruang dekat kawan-kawan lain duduk dengan selesa masa menikmati makanan
depa. Kedai brader ni kecik je. Ada siap open table kat luar lagi. Suhu sekitar
120C kot. Kesian kalau depa ni kesejukkan. Kat sini ada prayer room
disediakan. Saya dan teman sebilik berjalan ke kedai 7-11 yang terletak
diseberang jalan untuk beli sarapan bagi trip esok. Katanya nak keluar jam 6
pagi, jadi tiada breakfast disediakan. Hanya lunch saja.
Saya jumpa air coca-cola dalam tin 500ml. Besar
tuuu tin dia. Harga ¥103 kalau convert duit kita around RM3.70. Cuba try pergi
kedai makan kat Malaysia order air coke. Tin coke 350ml (kot?) tu pun dah harga
RM3. Kadang-kadang, ada certain barangan je yang murah di Jepun, tidak di
Malaysia. Hehe!
Sebelum balik, kami sempat bergambar dengan
owner di hadapan kedai makan. Ada sorang tukang masak di kedai owner ni, orang
Jepun. Nama dia Kacang (ke Kha-chan? Tak sure plak). Tapi depa panggil macam tu
la. Kacang ni pemalu. Tapi comel plak bila dia ketawa. Hihi! Driver kereta
kitorang cerita, Kacang ni adik-beradik dengan owner kedai makan kat Naritaya Ramen
di Asakusa.
What a small world. Muka depa memang sama.
Kedai di Asakusa ni jugak yang bekalkan ramen dekat kedai Pokok Pisang ni.
Betulla orang cakap, pi mai, pi mai, tang tu jugak. Haha! Masa ni belum tahu
cerita detail dia. Search kat FB, baru tahu kisah sebenar. Susah rupanya nak
survive kedai halal kat Jepun ni. Sebab tu la kedai-kedai macam ni tak banyak.
Dalam perjalanan, orang belakang semua da lena
kekenyangan. Saya sebagai co-pilot walaupun mengantuk, tak sampai hati nak
tido. Huhu! Sebab driver asyik dok berzikir “ngantoknya.. ngantoknya”. Kami sampai ke penginapan di Asakusa
almost at 11pm. Mata memang da rabak, kepala da ting-tong. Esok dah la nak kena
bangun awal lagi. Tapi perjalanan kami malam tu dihiasi dengan Tokyo Skytree
yang bergemerlapan dengan hiasan lampu-lampu neon yang menarik. Setiap hari,
kami lalui pengalaman yang berbeza. Dan yang pastinya, ianya sangat
menyeronokkan. Jumpa lagi di lain entri.
Tokyo Skytree. Tengok dekat-dekat lagi cantik |
2 comments:
Hitachi seaside park ade tempat sol5at tk
@nurul azieyan: time pergi hari tu mcm tak ada. saya solat dekat tepi taman and tersorok sikit. asalkan jangan menghalang laluan saja
Post a Comment