07 December 2013

Jalan-Jalan | Pulau Ketam, Selangor

Salam.

Minggu lepas, saya telah ke Pulau Ketam bersama seorang rakan. Rakan tersebut telah membawa bersama adik-adik beliau seramai tiga orang. Musim cuti sekolah, jadi bawa mereka berjalan sekali. Maka, kami berlima akan menjelajah satu pulau tersebut dan dalam masa beberapa jam saja.

Landmark nak ke jeti, lepas keluar dari stesen KTM

Pulau Ketam atau Crab Island merupakan sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Perlabuhan Klang, Selangor. Cara mudah untuk ke sana dengan menaiki bot dan merupakan pengangkutan utama dari Jeti Perlabuhan Klang ke Jeti Pulau Ketam. Rumah kediaman di sini dibina pada ketinggian kira-kira 1 - 10m dari aras laut. Pulau Ketam juga merupakan syurga bagi hidangan makanan laut - bagi bangsa Cina.


Memandangkan untuk sampai ke Perlabuhan Klang mudah saja dengan hanya menaiki kereta api, maka saya telah bertolak ke sana dengan menaiki KTM dari Stesen Batu Caves hinggalah ke stesen yang terakhir, iaitu Perlabuhan Klang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 35 minit dengan tambang pergi balik cuma RM10 saja.


Kemudian kami terus ke kaunter - actually bukan kaunter, ada sebuah meja kecil saja untuk urusan pembelian tiket bot. Bot yang kami naiki itu berhawa dingin. Tambang cuma RM7 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Perjalanan dengan menaiki bot mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Jeti Pulau Ketam dari Jeti Perlabuhan Klang. Jadual perjalanan bot.


Beli tiket kat sini. Make sure tak salah naik bot

Saya teringin sekali menaiki bot yang open-air. At least boleh enjoy tengok paya bakau and spesis burung yang ada di sekitar pulau tu. Memandangkan dalam trip kami ada kana-kanak sekali, saya batalkan saja hasrat tersebut bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini - mabuk laut, maybe?

Jeti Pulau Ketam

Aktiviti utama kami ialah berjalan-jalan di sekeliling pulau - sight-seeing gitu. Terdapat juga perkhidmatan sewa basikal, RM5 sehari. Tapi kami lebih prefer berjalan sahaja untuk menikmati pemandangan yang cantik di perkampungan nelayan ni. Pulau ni takdak la besar mana. Dalam masa beberapa jam sahaja da boleh habis keliling dua per tiga pulau. Kami cuma ke Perkampungan Sungai Satu dan Perkampungan Bagan Teochew.

Sewa basikal di Hotel Sea Lion.
Kalau sewa di Pulau Ketam Inn, dpt free maps

Pengembaraan bermula!


Balai Islam Pulau Ketam


Kat sini tak ada kenderaan bermotor kerana semua jenis kenderaan bermotor tidak dibenarkan lalu di sini seperti yang sudah termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33). Jadi, pengangkutan utama penduduk di sini ialah basikal. Kalau nak up sikit, basikal elektrik. Lagi pun jalan kat sini memang kecik. Penduduk kat sini pun kreatif juga. Basikal diorang ada bumbung. Rare betul! Kalau korang dengar bunyi loceng tu, cepat-cepatlah bagi laluan mereka.


Mohon bagi laluan untuk penunggang basikal




Salah satu view di Sungai Satu


Dari jeti, kami berjalan sekitar Perkampungan Sungai Satu. Stop untuk snap picture, scenery of Sungai Satu. Kemudian kami berpatah balik dan teruskan perjalanan ke Perkampungan Bagan Teochew sehinggalah destinasi terakhir kami di Crabs Bridge.



Adik-beradik :)

Scenery at River of Bagan Teochew

Taman Organik Herba

Notis kat Water Village Homestay

Jalan Sekolah, Bagan Teochew

Area perumahan Bagan Teochew

Soal makanan, tiada satu pun restoran Melayu. Semuanya restoran Cina. Jadi, status halalnya diragui. Memang nampak sedap dan kelihatan halal, namun perasaan was-was masih wujud. Kalau ada pun restoran halal, mungkin kena tanya penduduk tempatan. Mungkin someday akan ada nelayan-nelayan yang akan menyediakan makanan dari laut seperti ikan, ketam, udang, sotong dan lain-lain yang dikeluarkan mengikut kaedah yang halal. Saya yakin makanan halal dapat menarik minat ramai lagi tourist Muslim untuk ke sana.

Last pit-stop, Crabs Bridge

Kira-kira 4 jam kami habiskan masa di Pulau Ketam. Pukul 1 petang, kami bergerak ke jeti. Memandangkan cuaca pun sudah mendung macam nak hujan, eloklah kami beransur. Tepat jam 1.45 petang, kami naik bot bergerak pulang ke Jeti Perlabuhan Klang. Selepas menunaikan solat Zuhur di surau KTM Perlabuhan Klang, saya pun naik train untuk pulang ke stesen terawal, Stesen Batu Caves.

Lupa pulak. Nak share sikit tips sebelum korang buat trip ke Pulau Ketam -- bawak losyen. Tak tahu function losyen? Sila Google. Bawak broad hat. Tapi masa saya pergi tu, cuaca baik, sesuai untuk berjalan-jalan. Bawak air masak banyak-banyak. Kalau ada water bag, lagi bagus. Bawak kamera. Banyak view yang cantik-cantik belaka untuk dijadikan nostalgia. Kalau korang nak makan kat sana, make sure korang ada perut yang kental. Maksudnya? Jangan balik dari sana, korang cirit-birit sudah la. Hehe. Last, sebab takdak restoran halal, makan siap-siap sebelum pergi Pulau Ketam.

Kedai cenderamata. Beli ole-ole. Agak mahal tshirt dia

Sebagai rakyat marhaen yang bekerja makan gaji di ibu kota Kuala Lumpur, keputusan melarikan diri sekejap untuk ke Pulau Ketam adalah keputusan yang terbaik. Mungkin. Pulau yang bebas dari sebarang pencemaran udara serta kesesakan lalu lintas.

Untuk info lanjut, boleh pergi website greenway2u.com

Kalau malas nak explore sendiri, boleh tanya pada agensi

P/s: trip ni seronok, kalau korang pergi dengan geng yang sehati sejiwa dengan korang.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

Anonymous said...

Salam ciknad, mmg xde mknn halal kt sane?

nadeafu chan said...

wslm. kat sana ada je restoran yang free pork. cuma cara depa masak mcm mana, kita tak tahu. lebih baik kalau ada jakim pantau cara penyediaan makanan depa. kan? if konfiden nak makan, ok ja. if ragu-ragu, tinggalkan. harap membantu :)

Unknown said...

Nice

Unknown said...

Cakap juga pulau ketam tapi ketam dijual harga mahal berbanding kl,harga Sayur pun RM24,basikal Dibagi buruk macam mana ku kembali lagi

Anonymous said...

Anonymous31 July 2022 at 20:25
Seorang ahli politik MCA DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) menghina Sultan Selangor kerana mengambil gelaran Datuk untuk menipu dan berbohong kepada orang Cina Malaysia dan dia seorang ahli perniagaan dan lain-lain, dia sentiasa sombong dan menipu wanita-wanita untuk kepentingan dirinya.

DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) juga seorang peguam di Taman Desa Jaya, Kepong….dia ada kedai peguam di Taman Desa Jaya, Kepong.. terbuka untuk menipu orang ramai, kini ramai yang mengenali(tahu) dan mengesyakinya kerana di kawasan Kepong selalu ada masalah pada sebelum ini seperti tokong Hindu letak api di Taman Daya, Kepong tendang Sami-sami Buddha keluar dari KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺) dan lain-lain.

Kita semua harap Sultan Selangor mengambil kembali semua gelaran Datuk kerana jika YIP KUM FOOK(叶金福) diteruskan gelaran Datuk, negara kita akan runtuh dan musnah...seterusnya Taman Desa Jaya kita, Kepong akan dapat bahagia dan harmoni.

Sekarang anak dia(叶君瀚 YIP JIUN HANN) jadi pengerusi MCA Gombak, sama juga sebab ayah ajar anaknya jalan sama, dan kedua-duanya pun tak malu dan masa sekarang orang boleh hantar mesej tahu dengan cepat, anda tak boleh lari dari orang gosip

perkongsian oleh AHLI JAWATANKUASA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺), Taman Desa Jaya, terdahulu

Anonymous said...

DATUK YIP KUM FOOK is various bribe money of the Buddhist temple or SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION because he is the president of the Temple; also all the old members, committee and resident monks rejected. Now he hires Myanmar Buddhist monks to guard the temple because the Myanmar monks do not know what he is doing.

We need to complain to the Malaysian Anti-Corruption Commission (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) because this is what makes Buddhism destroyed and of low value in the future, this Datuk Yip Kum Fook also cheats people's money and cheats women for sex everywhere...he also has a lawyer's office in Taman Desa Jaya, Kepong. This office to catch customers and now the internet is full of people's comments and posts

We hope the Malaysian government will act quickly on Datuk Yip Kum Fook, the Chinese community said, he has more houses and money but the property is not his name, it is a name for his relatives.

Share by Ms Ng and friends

Post a Comment