Minggu lepas, saya telah ke
Pulau Ketam bersama seorang rakan. Rakan tersebut telah membawa bersama
adik-adik beliau seramai tiga orang. Musim cuti sekolah, jadi bawa mereka
berjalan sekali. Maka, kami berlima akan menjelajah satu pulau tersebut dan
dalam masa beberapa jam saja.
Pulau Ketam atau Crab Island
merupakan sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Perlabuhan Klang, Selangor.
Cara mudah untuk ke sana dengan menaiki bot dan merupakan pengangkutan utama
dari Jeti Perlabuhan Klang ke Jeti Pulau Ketam. Rumah kediaman di sini dibina pada
ketinggian kira-kira 1 - 10m dari aras laut. Pulau Ketam juga merupakan syurga
bagi hidangan makanan laut - bagi bangsa
Cina.
Memandangkan untuk sampai ke
Perlabuhan Klang mudah saja dengan hanya menaiki kereta api, maka saya telah
bertolak ke sana dengan menaiki KTM dari Stesen Batu Caves hinggalah ke stesen
yang terakhir, iaitu Perlabuhan Klang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1
jam 35 minit dengan tambang pergi balik cuma RM10 saja.
Kemudian kami terus ke kaunter - actually bukan kaunter, ada sebuah meja kecil saja untuk urusan pembelian tiket bot. Bot yang kami naiki itu berhawa dingin. Tambang cuma RM7 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Perjalanan dengan menaiki bot mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Jeti Pulau Ketam dari Jeti Perlabuhan Klang. Jadual perjalanan bot.
Saya teringin sekali menaiki
bot yang open-air. At least boleh enjoy tengok paya bakau and spesis burung
yang ada di sekitar pulau tu. Memandangkan dalam trip kami ada kana-kanak
sekali, saya batalkan saja hasrat tersebut bagi mengelakkan sebarang perkara
yang tidak diingini - mabuk laut, maybe?
Aktiviti utama kami ialah
berjalan-jalan di sekeliling pulau - sight-seeing
gitu. Terdapat juga perkhidmatan sewa
basikal, RM5 sehari. Tapi kami lebih prefer berjalan sahaja untuk menikmati
pemandangan yang cantik di perkampungan nelayan ni. Pulau ni takdak la besar
mana. Dalam masa beberapa jam sahaja da boleh habis keliling dua per tiga pulau.
Kami cuma ke Perkampungan Sungai Satu dan Perkampungan Bagan Teochew.
Sewa basikal di Hotel Sea Lion. Kalau sewa di Pulau Ketam Inn, dpt free maps |
Pengembaraan bermula! |
Balai Islam Pulau Ketam |
Kat sini tak ada kenderaan
bermotor kerana semua jenis kenderaan bermotor tidak dibenarkan lalu di sini seperti
yang sudah termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33). Jadi,
pengangkutan utama penduduk di sini ialah basikal. Kalau nak up sikit, basikal
elektrik. Lagi pun jalan kat sini memang kecik. Penduduk kat sini pun kreatif juga. Basikal diorang ada bumbung. Rare
betul! Kalau korang dengar bunyi loceng tu, cepat-cepatlah bagi laluan mereka.
Dari jeti, kami berjalan
sekitar Perkampungan Sungai Satu. Stop untuk snap picture, scenery of Sungai Satu. Kemudian kami berpatah balik dan teruskan perjalanan ke Perkampungan Bagan
Teochew sehinggalah destinasi terakhir kami di Crabs Bridge.
Adik-beradik :) |
Scenery at River of Bagan Teochew |
Taman Organik Herba |
Notis kat Water Village Homestay |
Jalan Sekolah, Bagan Teochew |
Area perumahan Bagan Teochew |
Soal makanan, tiada satu pun
restoran Melayu. Semuanya restoran Cina. Jadi, status halalnya diragui. Memang nampak
sedap dan kelihatan halal, namun perasaan was-was masih wujud. Kalau ada pun
restoran halal, mungkin kena tanya penduduk tempatan. Mungkin someday akan ada
nelayan-nelayan yang akan menyediakan makanan dari laut seperti ikan, ketam,
udang, sotong dan lain-lain yang dikeluarkan mengikut kaedah yang halal. Saya yakin
makanan halal dapat menarik minat ramai lagi tourist Muslim untuk ke sana.
Kira-kira 4 jam kami habiskan
masa di Pulau Ketam. Pukul 1 petang, kami bergerak ke jeti. Memandangkan cuaca
pun sudah mendung macam nak hujan, eloklah kami beransur. Tepat jam 1.45
petang, kami naik bot bergerak pulang ke Jeti Perlabuhan Klang. Selepas menunaikan
solat Zuhur di surau KTM Perlabuhan Klang, saya pun naik train untuk pulang ke
stesen terawal, Stesen Batu Caves.
Lupa pulak. Nak share sikit
tips sebelum korang buat trip ke Pulau Ketam -- bawak losyen. Tak tahu function losyen? Sila Google. Bawak broad hat. Tapi masa saya pergi tu,
cuaca baik, sesuai untuk berjalan-jalan. Bawak air masak banyak-banyak. Kalau ada water bag, lagi bagus. Bawak kamera. Banyak view yang cantik-cantik
belaka untuk dijadikan nostalgia. Kalau korang nak makan kat sana, make sure
korang ada perut yang kental. Maksudnya?
Jangan balik dari sana, korang cirit-birit sudah la. Hehe. Last, sebab takdak restoran halal, makan siap-siap sebelum pergi Pulau Ketam.
Sebagai rakyat marhaen yang
bekerja makan gaji di ibu kota Kuala Lumpur, keputusan melarikan diri sekejap
untuk ke Pulau Ketam adalah keputusan yang terbaik. Mungkin. Pulau yang bebas
dari sebarang pencemaran udara serta kesesakan lalu lintas.
P/s: trip ni seronok, kalau
korang pergi dengan geng yang sehati sejiwa dengan korang.
6 comments:
Salam ciknad, mmg xde mknn halal kt sane?
wslm. kat sana ada je restoran yang free pork. cuma cara depa masak mcm mana, kita tak tahu. lebih baik kalau ada jakim pantau cara penyediaan makanan depa. kan? if konfiden nak makan, ok ja. if ragu-ragu, tinggalkan. harap membantu :)
Nice
Cakap juga pulau ketam tapi ketam dijual harga mahal berbanding kl,harga Sayur pun RM24,basikal Dibagi buruk macam mana ku kembali lagi
Anonymous31 July 2022 at 20:25
Seorang ahli politik MCA DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) menghina Sultan Selangor kerana mengambil gelaran Datuk untuk menipu dan berbohong kepada orang Cina Malaysia dan dia seorang ahli perniagaan dan lain-lain, dia sentiasa sombong dan menipu wanita-wanita untuk kepentingan dirinya.
DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) juga seorang peguam di Taman Desa Jaya, Kepong….dia ada kedai peguam di Taman Desa Jaya, Kepong.. terbuka untuk menipu orang ramai, kini ramai yang mengenali(tahu) dan mengesyakinya kerana di kawasan Kepong selalu ada masalah pada sebelum ini seperti tokong Hindu letak api di Taman Daya, Kepong tendang Sami-sami Buddha keluar dari KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺) dan lain-lain.
Kita semua harap Sultan Selangor mengambil kembali semua gelaran Datuk kerana jika YIP KUM FOOK(叶金福) diteruskan gelaran Datuk, negara kita akan runtuh dan musnah...seterusnya Taman Desa Jaya kita, Kepong akan dapat bahagia dan harmoni.
Sekarang anak dia(叶君瀚 YIP JIUN HANN) jadi pengerusi MCA Gombak, sama juga sebab ayah ajar anaknya jalan sama, dan kedua-duanya pun tak malu dan masa sekarang orang boleh hantar mesej tahu dengan cepat, anda tak boleh lari dari orang gosip
perkongsian oleh AHLI JAWATANKUASA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺), Taman Desa Jaya, terdahulu
DATUK YIP KUM FOOK is various bribe money of the Buddhist temple or SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION because he is the president of the Temple; also all the old members, committee and resident monks rejected. Now he hires Myanmar Buddhist monks to guard the temple because the Myanmar monks do not know what he is doing.
We need to complain to the Malaysian Anti-Corruption Commission (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) because this is what makes Buddhism destroyed and of low value in the future, this Datuk Yip Kum Fook also cheats people's money and cheats women for sex everywhere...he also has a lawyer's office in Taman Desa Jaya, Kepong. This office to catch customers and now the internet is full of people's comments and posts
We hope the Malaysian government will act quickly on Datuk Yip Kum Fook, the Chinese community said, he has more houses and money but the property is not his name, it is a name for his relatives.
Share by Ms Ng and friends
Post a Comment