26 November 2013

Jalan-Jalan | Batu Caves, Selangor

Salam.

Entri kali ni saya nak cerita pasal trip saya ke Batu Caves. Pendek je trip ni. Tak sampai setengah hari pun. Maybe dalam beberapa jam saja spend masa kat sana. Saya ke sana waktu pagi. Ala-ala time orang keluar berjogging macam tu la. Kunun-kunun nak eksesais panjat tangga Batu Caves yang sebanyak 272 anak tangga tu. Time ni memang tak ramai orang.


Selalu yang kawan-kawan saya beritahu, 

Manada orang nak explore tempat asal-usul dia sendiri”. 

View waktu pagi around 9.30 am.

Saya setuju! Rumah saya memang dekat sangat dengan kawasan ni. Jadi, setelah 24 tahun berpegang pada prinsip “takkan jejak tangga Batu Caves” -- kununnya la, akhirnya saya ke sana juga atas permintaan seorang rakan. Tidak mengapalah. Lagi pun Batu Caves ni salah satu Tourism Selangor.

Bagi mereka yang nak menguji stamina, boleh la berlari-lari anak sambil memanjat anak tangga tersebut -- test sikit power ke tak stamina tu. Banyak kali jugak la kami berhenti untuk menstabilkan pernafasan sebelum sampai ke anak tangga yang terakhir. Mengah oit!



Sedikit info berkenaan tempat ini --

Batu Caves (Tamil: பத்து மலை), adalah bukit batu kapur, yang mempunyai satu siri gua dan kuil gua, di daerah Gombak, 13 kilometer (8 batu) utara Kuala Lumpur, Malaysia. Ia mengambil namanya dari Sungai Batu atau Batu River, yang mengalir melepasi bukit. Batu Caves juga merupakan nama kampung berdekatan. Gua ini adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India, khusus kepada Dewa Subramaniam. Ia merupakan titik tumpuan Hindu semasa perayaan Thaipusam di Malaysia”.

Lagi info penuh, boleh baca di sini. Nak baca kat sini pun boleh.


Suasana di dalam gua. Atas tu ada kuil lagi.

Cara nak ke Batu Caves, agak mudah kerana ia terletak betul-betul di sebelah stesen komuter KTMB Batu Caves. Kalau nak drive sendiri pun boleh. Boleh park kereta kat stesen KTMB -- jauh sikit la nak berjalan nanti atau park je kat dalam kawasan tu. Bayaran parking sebanyak RM2 saja.

Dekat Batu Caves tu jugak ada Cave Villa. Tapi saya tak perasan kat mana lokasi dia -- tak tahu kewujudannya, jadi tak pergi. Pengunjung juga boleh pergi ke Dark Cave atau Gua Kelam. Ada juga disediakan beberapa pakej untuk ke sana. Tapi kami tak pergi pun sebab gua tu buka jam 11.30 pagi plus ianya melibatkan ekplorasi atau ekspedisi. Kena book tiket awal-awal dan of course melibatkan tourist guide serta memerlukan kouta.


Info tambahan pasal Dark Cave, boleh klik link bawah ni.

Bagi pengunjung yang membawa makanan -- atau sebarang bungkusan plastik merah, silalah berjaga-jaga. Monyet kat sini memang terkenal dengan kenakalan mereka dalam bab-bab mengusik pengunjung. Mereka juga boleh bertindak liar -- menggigit kot? Tapi rasanya kalau kita tak usik dia, dia tak usik kita kot.


Malu pulak brader yg hujung tu.

Ada satu kawasan -- dataran kot, banyak burung merpati di situ. Pengunjung boleh bergambar or buat video klip ala-ala retis. Masa saya uplod gambar kat bawah ni di FB -- tanpa memberitahu lokasi sebenar, ramai kawan-kawan ingat saya sedang bercuti di oversea. Bangga jugak Batu Caves tu ada scene yang ala-ala macam luar negara. Haha!


Mungkin blog saya kurang info pasal tempat perlancongan ni. Korang juga boleh juga baca  tempat ni kat blog ni. Penceritaan yang terperinci dari pengalaman penulis sendiri yang sudah menjejakkan kaki ke sana.


Batu Caves, done! Kami sudah. Anda bila lagi?

Baca lagi info tambahan di sini. Sekadar maklumat tambahan saja ye! Tak tahu kesahihannya.

P/s: Next trip, marilah kita ke Pulau Ketam pula :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment