Sudah lama blog saya ni tak
dikemas kini. Maklumlah, kalau nak kemas kini blog pun nak kena ikut mood,
macam ni lah jadinya.
Entri kali ini saya nak
berkongsi sedikit (banyak kot?) berkenaan salah satu tempat yang telah
tersenarai sebagai tempat yang korang kena pergi bila dah datang ke Negeri Selangor ini, iaitu
Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) yang terletak di Jalan Kelab Golf 13/6,
Seksyen 13, Shah Alam. Korang tak percaya? Klik sini --> Tourism Selangor.
Pada 20 Julai yang lalu, saya
telah ke sini bersama seorang rakan (sebelum ni, rakan saya sudah pernah ke
sini) untuk melihat sendiri kecanggihan serta kemodenan perpustakaan tersebut
yang menelan kos perbelanjaan kira-kira bernilai RM70 juta.
“Kenapa tak pergi lepas raya je?”
Kenapa saya pilih tarikh
tersebut sedangkan pada ketika itu sedang dalam bulan puasa? Ini kerana
perpustakaan ini telah dibuka kepada orang awam pada 22 Julai 2011. Saja je nak
ada feeling masa mula-mula pembukaan dulu. Kahkah! Lagi pun 22 Julai 2013 adalah
hari Isnin, hari bekerja bagi saya, dan juga bagi orang lain yang bekerja makan
gaji macam saya. Beza dua hari je la. Haha!
View dari tempat parking kereta |
Perpustakaan yang dibina
dengan berkonsepkan ‘Perpustakaan dalam
Taman’, aman dan hijau, sangat sesuai dengan lokasinya yang strategik,
iaitu bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Ini merupakan pilihan Sultan Selangor
sendiri, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahukan perpustakaan ini
diletakkan di dalam taman.
Oh ye! Nak masuk perpustakaan
ni, kena bukak kasut. Tapi kasut tak boleh tinggal kat luar. Maknanya korang
kena usung kasut tu ke mana saja korang pergi sebab diorang ada sediakan beg
untuk letak kasut korang di setiap aras. Bagus kan? Salah satu cara nak
maintain kebersihan dalam perpustakaan tu sendiri.
Selain dari memberi
perkhidmatan kepada pelajar, penyelidik, dan pendidik, perpustakaan ini juga
akan menjadi tempat beriadah seisi keluarga, sahabat-handai bahkan tempat
mencari ilham kepada pencinta seni. Sesuai dengan slogan diorang ‘Rumah Keduaku’. Inilah bezanya RATU
dengan perpustakaan yang lain.
Bangunan perpustakaan ini adalah berkeluasan 203,600 kaki per segi, mempunyai ketinggian setinggi 6 tingkat, dicat dengan warna-warna yang terang, mempunyai reka bentuk kontemporari dan ia dapat memuatkan lebih kurang 2,500 orang pengunjung serta 400,000 naskhah buku pada satu-satu masa. Di awal pembukaannya pada tahun 2011, terdapat cuma 190 000 naskhah buku. Sehingga kini, antara komen dari pengunjung ialah, “I hope, there are more books and books and books”. Nampak tak? Hehe.
Bangunan perpustakaan ini adalah berkeluasan 203,600 kaki per segi, mempunyai ketinggian setinggi 6 tingkat, dicat dengan warna-warna yang terang, mempunyai reka bentuk kontemporari dan ia dapat memuatkan lebih kurang 2,500 orang pengunjung serta 400,000 naskhah buku pada satu-satu masa. Di awal pembukaannya pada tahun 2011, terdapat cuma 190 000 naskhah buku. Sehingga kini, antara komen dari pengunjung ialah, “I hope, there are more books and books and books”. Nampak tak? Hehe.
RATU dibuka kepada orang awam dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan jam 9.30 pagi hingga jam 5 petang pada hari Sabtu dan Ahad. Perpustakaan ditutup pada hari Cuti Am dan Cuti Khas. Tapi apa pun, waktu perkhidmatan PPAS adalah tertakluk kepada pindaan.
Perkhidmatan yang disediakan
di perpustakaan ini antaranya ialah Perkhidmatan Multimedia, Pusat Siber Rakyat
(PSR), Perkhidmatan USP, Perkhidmatan Wifi, Teater XD/6D, Teater 3D, Gim, Kafe,
dan Coaster. Terdapat dua bahagian di dalam perpustakaan ini; Bahagian Remaja
& Dewasa dan Bahagian Kanak-kanak/Zon Kreatif. Selain itu, terdapat juga
Dewan, bilik Seminar & Mesyuarat serta Bilik Perbincangan.
Kadar bayaran yang dikenakan
untuk penggunaan komputer adalah RM1 untuk sejam. Desktop PC brand Apple kot. Jangan
main-main. Tu pasai sampai RM70 juta. Haaa! Selain itu, ada juga disediakan
perkhidmatan mencetak, dan juga perkhidmatan menggunakan mesin pengimbas. Of course
ada dikenakan bayaran.
Ada juga disediakan
perkhidmatan wifi di mana korang boleh mengakses internet secara percuma dengan
menggunakan laptop, ipad, tab dan gajet yang sewaktu dengannya. Tapi rasanya semua orang dah pakai data plan kot untuk telefon pintar dan gajet, ye dak? Hehe!
Teater XD/6D merupakan teater
simulasi pengembaraan. Ia menggabungkan teknologi 6D motion Ride; kesan
khas pencahayaan, gegaran kerusi, kesan angin serta bunyi yang kuat dan visual
3D yang canggih. Macam mana korang naik rollercoaster, macam tu lah perasaannya
walaupun sebenarnya korang duduk saja atas kerusi. Bilik teater ini mempunyai 8
buah kerusi khas.
Dan setiap hari pengunjung akan dihidangkan salah satu tayangan dari 4 jenis tayangan singkat iaitu Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine. RATU adalah satu-satunya perpustakaan yang mempunyai teknologi ni yang didatangkan dari Kanada. Harga tiket, RM10.
Dan setiap hari pengunjung akan dihidangkan salah satu tayangan dari 4 jenis tayangan singkat iaitu Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine. RATU adalah satu-satunya perpustakaan yang mempunyai teknologi ni yang didatangkan dari Kanada. Harga tiket, RM10.
Pengunjung juga akan dihidangkan dengan filem-filem animasi 3D terpilih setiap hari di Teater Mini 3D. Dekorasi bilik teater yang bersifat santai boleh menempatkan 20 orang pengguna pada satu-satu masa tayangan filem. RM5 untuk filem biasa, manakala RM7 untuk filem 3D.
Jangan tak tahu, dekat RATU
ini ada disediakan gim. RM5 dikenakan untuk 3jam/sehari. Nak jadik member pun
boleh. Siapa yang rumah dekat and rajin pergi gim, boleh lah. Oh! Tingkat 3
untuk wanita, then tingkat 4 untuk lelaki sahaja. Ada juga kemudahan seperti
bilik mandi, bilik loker dan bilik persalinan.
Saya berlegar-legar saja di
ruangan Bahagian Remaja & Dewasa, snap-snap gambar, belek-belek satu dua
buah buku yang mana berkenan. Tu pun sekali pandang saja tajuk buku. Kalau nak
baca info details pasal bahagian ni, klik sini.
Dekat aras sini ada ruang pameran |
Buku boleh terus diakses sendiri oleh pelanggan |
Membaca sambi bersantai |
Ruang disebelah bahagian luar, kalau tak tahan sejuk aircond |
Boleh nampak Masjid Shah Alam |
Bahagian Kanak-Kanak atau Zon
Kreatif terletak di sebelah kanan tingkat bawah dan ia dikhaskan untuk pengguna
kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
i-Step di pintu masuk Zon Kreatif |
Reading Tree - replika pokok besar dibina untuk menggamit kanak-kanak berehat dan membaca di bawahnya |
Kemudahan pentas di Zon Kreatif |
i-Step di Zon Interaktif |
XBOX 360 Kinect. RM0.50 untuk setiap 15 minit |
Zon Siber. Ada 8 PC WIndows dan 8 PC iMac Caj yang dikenakan - RM1/jam |
Perkhidmatan coaster telah
disediakan untuk kemudahan pengunjung Perpustakaan Awam Selangor. Perjalanan
coaster terbahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pagi dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari dan sesi petang dari jam 2 petang hingga 6 petang.
Ada je area dalam perpustakaan
tu yang kami tak pergi. Mungkin sebab kami ni bukan dalam kategori pelajar, penyelidik dan juga pendidik. Hehe. Antaranya Pusat Siber Rakyat (PSR), PerkhidmatanUSP, Kafe (sebab bulan puasa kan), Bilik Perbincangan, Dewan, Bilik Seminar& Mesyuarat (tak perlu kot bagi kami. Hehe). Jadi, tak ada gambar yang
ditangkap.
Sedikit maklumat tambahan, before diorang rebranding RATU, diorang ada buat lawatan ke kedai-kedai buku yang femes macam MPH dan Kinokuniya. Starbucks Cafe pun ada jugak diorang buat lawatan ke sana.
Kalau korang rasa apa yang
saya tulis ni kurang berinformasi, atau informasi kurang tepat, boleh contact
terus RATU;
Alamat :
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
D/A
Perpustakaan Raja Tun Uda,
Jalan
Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
40100
Shah Alam, Selangor
No. Telefon :
No. Telefon :
03-5519 7667
Faksimili :
Faksimili :
03-5510 4264
FB :
FB :
www.facebook.com/PPAS.My.Second.Home
Koordinat GPS PPAS :
Latitude : 3.08925, Longitude : 101.53325
Balik dari perpustakaan tu,
sampai saja di rumah, saya terus tertidur kepenatan. Maklumlah, bulan puasa. Haha.
Baiklah! Sehingga bertemu lagi.
Adios!
P/s: Terima kasih banyak-banyak Kak Najaah, sebab bawak saya jalan-jalan area Shah Alam :)
P/s: Terima kasih banyak-banyak Kak Najaah, sebab bawak saya jalan-jalan area Shah Alam :)
6 comments:
wah menarik tempatnya.. terima kasih sebab share.
salam dari saya yg pertama kali singgah ke sini :)
perkhidmatan coaster tu bas ke ape? free je ke kne byr?
Ada bayaran masuk ke ?
@Ainaa Sheik: tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke perpustakaan masa saya pergi dulu
bilik perbincangan tu untuk berapa org? Dan free ke ?
Dapat masuk sebanyak mana orang dlm perpustakaan itu?
Post a Comment