18 October 2013

Jalan-Jalan | Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Salam Readers.

Sudah lama blog saya ni tak dikemas kini. Maklumlah, kalau nak kemas kini blog pun nak kena ikut mood, macam ni lah jadinya.

Entri kali ini saya nak berkongsi sedikit (banyak kot?) berkenaan salah satu tempat yang telah tersenarai sebagai tempat yang korang kena pergi bila dah datang ke Negeri Selangor ini, iaitu Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) yang terletak di Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, Shah Alam. Korang tak percaya? Klik sini --> Tourism Selangor.




Pada 20 Julai yang lalu, saya telah ke sini bersama seorang rakan (sebelum ni, rakan saya sudah pernah ke sini) untuk melihat sendiri kecanggihan serta kemodenan perpustakaan tersebut yang menelan kos perbelanjaan kira-kira bernilai RM70 juta.

“Kenapa tak pergi lepas raya je?”

Kenapa saya pilih tarikh tersebut sedangkan pada ketika itu sedang dalam bulan puasa? Ini kerana perpustakaan ini telah dibuka kepada orang awam pada 22 Julai 2011. Saja je nak ada feeling masa mula-mula pembukaan dulu. Kahkah! Lagi pun 22 Julai 2013 adalah hari Isnin, hari bekerja bagi saya, dan juga bagi orang lain yang bekerja makan gaji macam saya. Beza dua hari je la. Haha!
View dari tempat parking kereta



Perpustakaan yang dibina dengan berkonsepkan ‘Perpustakaan dalam Taman’, aman dan hijau, sangat sesuai dengan lokasinya yang strategik, iaitu bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Ini merupakan pilihan Sultan Selangor sendiri, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahukan perpustakaan ini diletakkan di dalam taman.

Oh ye! Nak masuk perpustakaan ni, kena bukak kasut. Tapi kasut tak boleh tinggal kat luar. Maknanya korang kena usung kasut tu ke mana saja korang pergi sebab diorang ada sediakan beg untuk letak kasut korang di setiap aras. Bagus kan? Salah satu cara nak maintain kebersihan dalam perpustakaan tu sendiri.



Selain dari memberi perkhidmatan kepada pelajar, penyelidik, dan pendidik, perpustakaan ini juga akan menjadi tempat beriadah seisi keluarga, sahabat-handai bahkan tempat mencari ilham kepada pencinta seni. Sesuai dengan slogan diorang ‘Rumah Keduaku’. Inilah bezanya RATU dengan perpustakaan yang lain.

Bangunan perpustakaan ini adalah berkeluasan 203,600 kaki per segi, mempunyai ketinggian setinggi 6 tingkat, dicat dengan warna-warna yang terang, mempunyai reka bentuk kontemporari dan ia dapat memuatkan lebih kurang 2,500 orang pengunjung serta 400,000 naskhah buku pada satu-satu masa. Di awal pembukaannya pada tahun 2011, terdapat cuma 190 000 naskhah buku. Sehingga kini, antara komen dari pengunjung ialah, “I hope, there are more books and books and books”. Nampak tak? Hehe.




RATU dibuka kepada orang awam dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan jam 9.30 pagi hingga jam 5 petang pada hari Sabtu dan Ahad. Perpustakaan ditutup pada hari Cuti Am dan Cuti Khas. Tapi apa pun, waktu perkhidmatan PPAS adalah tertakluk kepada pindaan.

Perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan ini antaranya ialah Perkhidmatan Multimedia, Pusat Siber Rakyat (PSR), Perkhidmatan USP, Perkhidmatan Wifi, Teater XD/6D, Teater 3D, Gim, Kafe, dan Coaster. Terdapat dua bahagian di dalam perpustakaan ini; Bahagian Remaja & Dewasa dan Bahagian Kanak-kanak/Zon Kreatif. Selain itu, terdapat juga Dewan, bilik Seminar & Mesyuarat serta Bilik Perbincangan.



Kadar bayaran yang dikenakan untuk penggunaan komputer adalah RM1 untuk sejam. Desktop PC brand Apple kot. Jangan main-main. Tu pasai sampai RM70 juta. Haaa! Selain itu, ada juga disediakan perkhidmatan mencetak, dan juga perkhidmatan menggunakan mesin pengimbas. Of course ada dikenakan bayaran.

Ada juga disediakan perkhidmatan wifi di mana korang boleh mengakses internet secara percuma dengan menggunakan laptop, ipad, tab dan gajet yang sewaktu dengannya. Tapi rasanya semua orang dah pakai data plan kot untuk telefon pintar dan gajet, ye dak? Hehe!



Teater XD/6D merupakan teater simulasi pengembaraan. Ia menggabungkan teknologi 6D motion Ride; kesan khas pencahayaan, gegaran kerusi, kesan angin serta bunyi yang kuat dan visual 3D yang canggih. Macam mana korang naik rollercoaster, macam tu lah perasaannya walaupun sebenarnya korang duduk saja atas kerusi. Bilik teater ini mempunyai 8 buah kerusi khas.

Dan setiap hari pengunjung akan dihidangkan salah satu tayangan dari 4 jenis tayangan singkat iaitu Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine. RATU adalah satu-satunya perpustakaan yang mempunyai teknologi ni yang didatangkan dari Kanada. Harga tiket, RM10. 

Pengunjung juga akan dihidangkan dengan filem-filem animasi 3D terpilih setiap hari di Teater Mini 3D. Dekorasi bilik teater yang bersifat santai boleh menempatkan 20 orang pengguna pada satu-satu masa tayangan filem. RM5 untuk filem biasa, manakala RM7 untuk filem 3D.

Jangan tak tahu, dekat RATU ini ada disediakan gim. RM5 dikenakan untuk 3jam/sehari. Nak jadik member pun boleh. Siapa yang rumah dekat and rajin pergi gim, boleh lah. Oh! Tingkat 3 untuk wanita, then tingkat 4 untuk lelaki sahaja. Ada juga kemudahan seperti bilik mandi, bilik loker dan bilik persalinan.



Saya berlegar-legar saja di ruangan Bahagian Remaja & Dewasa, snap-snap gambar, belek-belek satu dua buah buku yang mana berkenan. Tu pun sekali pandang saja tajuk buku. Kalau nak baca info details pasal bahagian ni, klik sini.

Dekat aras sini ada ruang pameran




Buku boleh terus diakses sendiri oleh pelanggan

Membaca sambi bersantai



Ruang disebelah bahagian luar, kalau tak tahan sejuk aircond

Boleh nampak Masjid Shah Alam

Bahagian Kanak-Kanak atau Zon Kreatif terletak di sebelah kanan tingkat bawah dan ia dikhaskan untuk pengguna kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.


i-Step di pintu masuk Zon Kreatif

Reading Tree - replika pokok besar dibina untuk
menggamit kanak-kanak berehat dan membaca di bawahnya

Kemudahan pentas di Zon Kreatif
 
i-Step di Zon Interaktif

XBOX 360 Kinect. RM0.50 untuk setiap 15 minit

Zon Siber. Ada 8 PC WIndows dan 8 PC iMac
Caj yang dikenakan - RM1/jam

Perkhidmatan coaster telah disediakan untuk kemudahan pengunjung Perpustakaan Awam Selangor. Perjalanan coaster terbahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pagi dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari dan sesi petang dari jam 2 petang hingga 6 petang.


Tapi kami tak gunakan pun perkhidmatan coaster tu. Sebab rakan saya lebih selesa memandu terus ke destinasi. Lagi pun, hari masih awal masa kami bergerak ke sana, jadi tiada masalah parking ketika itu.

Ada je area dalam perpustakaan tu yang kami tak pergi. Mungkin sebab kami ni bukan dalam kategori pelajar, penyelidik dan juga pendidik. Hehe. Antaranya Pusat Siber Rakyat (PSR), PerkhidmatanUSP, Kafe (sebab bulan puasa kan), Bilik Perbincangan, Dewan, Bilik Seminar& Mesyuarat (tak perlu kot bagi kami. Hehe). Jadi, tak ada gambar yang ditangkap.

Sedikit maklumat tambahan, before diorang rebranding RATU, diorang ada buat lawatan ke kedai-kedai buku yang femes macam MPH dan Kinokuniya. Starbucks Cafe pun ada jugak diorang buat lawatan ke sana.

Kalau korang rasa apa yang saya tulis ni kurang berinformasi, atau informasi kurang tepat, boleh contact terus RATU;

 Alamat : 
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda,
Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor

No. Telefon : 
03-5519 7667
  
Faksimili : 
03-5510 4264

FB : 
www.facebook.com/PPAS.My.Second.Home

Koordinat GPS PPAS :
Latitude : 3.08925, Longitude : 101.53325



Balik dari perpustakaan tu, sampai saja di rumah, saya terus tertidur kepenatan. Maklumlah, bulan puasa. Haha. Baiklah! Sehingga bertemu lagi.

Adios!

P/s: Terima kasih banyak-banyak Kak Najaah, sebab bawak saya jalan-jalan area Shah Alam :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Chenta Ummi said...

wah menarik tempatnya.. terima kasih sebab share.
salam dari saya yg pertama kali singgah ke sini :)

Anonymous said...

perkhidmatan coaster tu bas ke ape? free je ke kne byr?

Post a Comment