18 November 2013

Jalan-Jalan | Melaka Planetarium Adventure Science Centre, MITC Melaka

Salam dan Hi!

Entri kali ni saya nak review sikit pasal Melaka Planetarium yang terletak di Kompleks MITC Melaka. Kebetulan 16hb - 17hb November 2013, saya ada persidangan di Permaisuri MITC Hotel Melaka and tempat ni berdekatan saja. Jadi, sambil menyelam, sambil minum air.


Melaka Planetarium atau Melaka Planetarium Adventure Science Centre (MPASC) merupakan planetarium yang kedua dibina di Melaka selepas Planetarium -- balai cerap Al-Khawarizmi -- oh ye, dan saya masih belum ke tempat ni.

Reka bentuk MPASC ni sangat unik. Kenapa? Bangunan tiga tingkat serta reka bentuknya yang of course berkonsepkan Islamik dan ala-ala macam ada UFO landing gitu. Dibina di kawasan yang berkeluasan 0.7 hektar dan merupakan planetarium yang terbesar di Asia -- betul ke? Maksudnya Planetarium Negara tu, kecik je la ea? 


Ia juga dilengkapi dengan planetarium bertaraf dunia selepas MB Melaka Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam pergi melawat Adler Planetarium di US. Dewan pameran di dalamnya dilengkapi dengan peralatan animasi yang membolehkan 200 penonton menikmati tayangan video mengenai astronomi.

MPASC yang dibuka pada 10 Ogos 2009, terletak kira-kira 4km atau 20 minit -- kalau jalan tak jem dari plaza tol Ayer Keroh. Senang je nak cari MPASC ni kerana kawasan ni dikelilingi beberapa kawasan tarikan pelancong seperti Perkampungan Asia, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia & ASEAN, Taman Botani Melaka, Taman Buaya dan Pusat Perlindungan Rama-rama & Reptilia.

 Solar System Alley
Pameran - Solar System Alley

History
Al-Biruni - salah sorang tokoh Islam dalam Astronomi




Aero-Space and Astronautic Gallery




Ada jugak SMS ni. Agaknya semua planetarium ada dia. Kot?


Space Flight Simulators
kalau anak dapat 5A - boleh kasi Soyuz pulak

U.N.D.E.R - M.A.I.N.T.E.N.A.N.C.E

Malaysian Satellites

Hubble Space Telescope

The most attractive exhibition is 3D Space Theater. Ya! Saya akuinya. Itulah satu-satunya benda yang paling menarik dalam MPASC tu. Malaysia's largest dome theater! Tak percaya? Korang boleh pergi sendiri -- tapi tak berbaloi la kalau tiket RM10 semata-mata nak tengok 3D Space Theater je, ye dak? Tak boleh nak tunjuk gambar sebab memang tak boleh nak snap gambar dalam tu -- skemanya!

Selain pameran yang ada dalam tu, ada juga program untuk kanak-kanak dan murid-murid sekolah -- apa beza kanak-kanak dengan murid-murid? Yang dikendalikan oleh staf MPASC -- fasilitator katanya. Biasalah, program tu akan bagi pendidikan untuk mereka and belajar pasal sains dengan gaya yang bukan macam dalam buku teks sekolah.

Komen saya -- tempat ni biasa je. Banyak benda yang tak berfungsi. Bukan sebab saya ni sudah melepasi umur kanak-kanak ye. Bagi saya, minat dalam bidang astronomi semakin membuak-buak seiring dengan pertambahan usia. Korang pergi sendiri, rasai sendiri best ke tak MPASC ni. Atau pun boleh skip tempat ni selepas korang dah baca pasal tempat ni dekat sini?

Entri ni di tulis dua hari selepas saya ke MPASC. Jadi, pada masa akan datang, korang boleh je berjalan ke sana. Mungkin diorang dah baiki semua kerosakan yang ada -- cosmic alley, space flight simulator dan akan berfungsi seperti biasa.



Oh! Kemudahan lain seperti kafeteria -- tak tahu kat mana, library -- tak sempat explore sebab program dah nak start, kiosk cenderamata - kiosk yang hidup segan mati tak mahu. Tu pasai takdak pic kiosk. Heh!

Kalau korang sangat rajin nak buat carian lagi pasal MPASC ni, saya ada sediakan link kat bawah ni.


Nak info lagi? Google sendiri :)

Apa-apa hal nak tahu pasal info lanjut, boleh contact MPASC sendiri la ye.


Melaka Planetarium Adventure Science Centre
Kompleks MITC, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06-2322424
Faks : 06-2320408


Website? Takdak! Sebab tak bayar hosting -- kot? Try la sini. Hihi!

Sekian!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment