08 May 2018

Trip Winter Sakura Jepun 2018 | Day 2 - Fukushima 1

8 April 2018 - Ahad

Kyou, watashi no otanjoubidesu 
(Hari ni birthday saya)

Otanjoubi omedetou gozaimasu 
(Happy birthday)

Hari ni kitorang akan ke Tohoku region. First is Fukushima. Dah siap-siap semua, jam 5.45am kitorang check-out dari hostel. Nasib baik senang je nak check-out. Just drop je access card dalam box yang owner dah sediakan dekat kaunter. Easy! Dari Asakusa, naik Tokyo subway ke Ueno. Dari Ueno, akan naik shinkansen (bullet train) nak ke Fukushima. Kitorang guna JR East Pass Tohoku area yang dah diaktifkan semalam. 

Waiting for shinkansen at Ueno station

Yamabiko 201 bound to Fukushima

Jam 8.21am sampai Fukushima station. Lepas tu simpan luggage dalam locker. Kat sini kitorang buat silap. Sepatutnya boleh je pergi hotel store luggage dekat situ. Hotel tu memang betul-betul depan station. Da rugi ¥700. Haha! Sebab kunun taknak terlambat nak ke Hanamiyama Park. So that tak drag masa la. Kunun je. Jam 9.30am macam tu kot kitorang baru gerak ke Hanamiyama Park bersama nihonjin yang lain. Time ni, aku belum nampak lagi foreigner lain.


Shinkansen 'kawen'

Ingat lagi cerita pasal aku nak print itinerary dekat Tokyo semalam? Haha! Lepas dah simpan beg and keluar dari stesen, kitorang jalan-jalan jap area bandar dekat Fukushima ni. Masa tu belum jam 9am lagi. Sebab bas nak ke Hanamiyama Park start business hour jam 9am. So, kitorang pergi 7-11, nak pergi print and sambil-sambil tu beli onigiri and air cocoa Van Houten untuk breakfast.

Masuk ke dalam 7-11, aku nampak mesin fotostet. Then aku approach staf kat situ, tanya macam mana nak guna mesin tu sebab aku dah berjaya download apps dia tapi masih belum boleh guna lagi. Staf ni agak berumur. Aku tanya dia, boleh tolong ajarkan macam mana nak print? - Dia terus ke mesin tu. Mula-mula dia try, lama gak. Aku syak fon aku ada problem. Maybe aku tak allowed apa-apa yang berkaitan dengan apps tu.

Nama apps dia Multicopy

Lepas tu aku try-and-error. Staf tu masih lagi setia dengan kitorang walaupun time tu ramai jugak orang beratur dekat cashier. Nasib baik ada sorang lagi staf tolong cover. Orang yang masuk ke dalam 7-11, and kenal dengan staf tu, bila nampak staf tu dengan kitorang, mesti tanya  - Buat apa tu? Semuanya ok ke? By the way, aku paham je nihongo ni. Tapi vocab aku sangat limited. So, selebihnya paham-paham sendiri je. Haha!

Then dah boleh connect antara mesin fotostet tu dengan fon aku lepas aku allowed semua benda. And aku dah boleh print itinerary tu. Lepas dah berjaya, aku ucapkan terima kasih dekat staf tu and cakap, sorry susahkan. dia cakap, daijoubudesuyo! Lepas tu dia cakap, nihongo aku fasih. Aku reply - mada mada desu (not yet enough). Total print 15 pages depan belakang ¥150. Aku berazam nak simpan kertas ni sampai bila-bila sebab kertas dia originally from Japan! Haha!

Kan best kalau ada kat Malaysia

Dah selesai semua urusan, kitorang patah balik ke stesen Fukushima. Sebab sejuk, Kitorang tunggu dalam stesen. TIme ni jam baru 8.50am. Tapi aku nampak orang dah beratur dekat bus stop. Ada sorang makcik nihonjin approach kitorang. Dia tanya, where do you come from? Aku jawab  - Mareeshia kara kimashita (datang dari Malaysia). Dia puji nihongo aku, and aku reply macam biasa. Haha! Aku cakap - samuikattadesune~ (sejuknya). Makcik nihonjin cakap, ni paling sejuk dekat Fukushima sepanjang dia stay situ.

Dia tanya nak ke mana. Aku cakap, kitorang nak ke Hanamiyama Park. Lepas tu dia cakap - chotto matte kudasaine~ (tunggu sat naaa). Dia pergi amik pamplet berkaitan dengan Hanamiyama Park then bagi dekat aku. Dia explain macam mana nak ke sini. And bus stop dia depan stesen ni je, roku ban (nombor 6). Dia tunjuk dekat tempat yang ramai orang tu. Aku angguk tanda faham. Lepas berbasa-basi and ucap terima kasih, kitorang berlalu pergi. Tiket pergi-balik dari sini nak ke park ¥500. Boleh beli before nak naik bas.


Dalam bas, kitorang dapat seat.Tiba-tiba, aku nampak satu family ni - mak, ayah and dua orang anak perempuan, berdiri dalam bas. Aku cakap dengan member, aku nak offer seat aku dekat couple nihonjin tu. Aku bangun, tepuk bahu makcik  - sumimasen, douzo.. (maaf, silakan), sambil tunjuk ke arah seat yang kosong. Anak perempuan dia cakap - iidesune, arigatou gozaimasu (baiknya, terima kasih banyak). Then couple tu duduk dekat seat kitorang.

Sepanjang perjalanan dari station ke park, pakcik tu tak habis-habis ucap terima kasih dekat aku. Aku cakap - iie, iie, daijoubu (takpa, takpa, ok) banyak-banyak kali. Sebab pakcik tu duduk seat sebelah luar and isteri dia duduk seat sebelah dalam. Member aku dok senyum-senyum je setiap kali pakcik tu ucap terima kasih dekat aku. Sampaikan aku rasa anak dia macam serba salah sebab ayah dia asyik 'menggangu' aku. Tapi aku ok je. Tak rasa terganggu pun.

Dah sampai dekat park, masa aku tengah get ready nak start explore park tu, aku nampak pakcik tadi ralit tangkap gambar dengan kamera dia. Lepas tu dia ternampak kitorang. And dia tunjuk kamera dia. Aku tanya - syashin? (gambar?). Dia angguk. Ingatkan dia nak bergambar bersama. Rupa-rupanya dia nak tangkap gambar kitorang. Aku nak ajak dorang bergambar sama satu family dengan kitorang. Tapi macam aku cakap, anak dia rasa macam ayah dia ni mengganggu kitorang. Cepat-cepat dia mintak maaf. Huhu!



And by the way, kitorang je Malaysian yang dekat park tu. Maybe pakcik tu tak pernah jumpa foreigner yang pernah offer seat dalam bus dekat dia. So itu sebab dia menunjukkan cara appreciation sampai macam tu sekali. And pakcik tu buat aku tersenyum. Kita rasa benda tu simple je. Tapi bagi orang lain, maybe benda tu adalah sesuatu yang sangat besar bagi dia. Jadi, teruskan buat kebaikan walau benda tu kecik je.

Then kitorang start explore park ni. Agak besar jugak. Kalau nak view keseluruhan yang ohsem, kena hiking sampai puncak. Takdak la hiking mana, mendaki pelan-pelan je. Kamon! Kat tempat ni banyak pelancong nihonjin yang agak dah berumur, compare dengan kitorang yang muda ni. Nasib baik tak pancit. Berkat join JK1M siri 10. Haha! Makan masa jugak nak sampai puncak. Mana taknya, kejap-kejap berhenti sebab nak tangkap gambar.

Before hiking


Ada bentuk LOVE. Bila turun, tak dapat detect lokasi dia

Dah sampai puncak, dapatlah rest dalam 10 minit macam tu. Lepas tu rintik-rintik hujan turun. Tak lebat, tapi rebas-rebas macam tu la. Turun bukit ni kemain laju. Maklumlah, nak elak dari basah lenjun. Nasib baiklah jaket ni water-proof. Bila dah sampai bawah, tiba-tiba cuaca cerah. Aik? Tak jadi hujan ke? - member tanya. Aku jawab, ni lah namanya kuasa Tuhan. Sukati hati dia nak bagi hujan dekat kawasan mana :)

View dari puncak



Nak turun da. Hujan.

Time ni ada sakura shower

Turun dari bukit lepas tu, sempatlah kitorang beli aiskrim peach and buah lai masa jalan-jalan dekat area market. Dorang memang jual produk tempatan penduduk kat situ. Besaq gila buah dia. Beli sebiji, share dua orang. Jam 12pm kitorang gerak keluar dari Hanamiyama Park nak balik ke Fukushima station. Da sampai Fukushima station, amik luggage and gerak ke hotel. Simpan dekat situ sebab belum sampai masa check-in. Then jam 1.30pm lebih kurang, kitorang naik shinkansen ke Koriyama sebab nak pergi sakura hunting dekat sana.

Ikan ayu. Haha. Kunun nak beli balik nanti.
Tapi balik tak lalu situ pun -.-

Lai.. lai.. murah-murah saja

Aiskrim peach

Next, kitorang nak pergi Natsui river Senbon zakura. Tempat ni memang famous. Ada lebih kurang 1000 pokok cherry blossoms sepanjang 5km sungai Natsui ni. And sakura illumination- Yozakura (night sakura) pun cantik jugak. Plannya macam tu la. Tapi kita hanya merancang je kan? Dari Koriyama station, kena naik JR local line nak ke sini. Jalan 5 minit dari Natsui station. Haa. Dekat sini aku baru sedar aku da buat silap.Takdak back-up plan.

Ni rasanya Joy Train. Tapi tak sure yang mana satu.

Lebih kurang jam 3.15pm, kitorang sampai Ononiimachi station. Aku tak taw plak tu last station after conductor train tu buat announcement. Dilema. Nak tunggu train ke Natsui station atau nak patah balik. Masa nak turun, ternampak sekumpulan anak muda. Dari Indonesia. Aku tanya dorang nak ke Natsui macam mana. Dia cakap benda yang sama macam conductor tu cakap. Sebab nak ke Natsui kena tunggu train lain and train tu jam 4pm. What? Ada setengah jam lagi nak tunggu. Sebab taknak balik lewat malam, kami decide patah balik ke Koriyama station. 

Layan sakura dari dalam train je

Sampai ke Koriyama station, salah naik shinkansen pulak. Kalau ikut map Jepun, dari Tokyo, akan jumpa Koriyama dulu, baru Fukushima. So, kitorang naik shinkansen ke arah Tokyo. Bukan ke Fukushima. Hari ni memang miserable la. Kecelaruan maklumat. Maybe mental breakdown kot sebab tak dapat pergi Natsui river. Haha! Member siap cakap - "Sebab hari ni bestday Nad, aku tak kesah semua benda yang kita da plan ni tak berjaya kita follow". Kah! Kah! Kah!

Jam 6pm baru sampai Fukushima. Pehhh! Dari jam 1pm sampai 6pm, memang jalan-jalan dalam train dengan shinkansen je la keje kitorang hari tu. Nampak macam awal kan? Baru jam 6pm. Tapi musim bunga macam ni, jam 6pm tu dah gelap dah oiii walaupun Malaysia time tu baru jam 5pm. Jam 6.40pm selesai check-in, and semuanya. 

Tak sampai 2 minit jalan, da sampai hotel.

Malam tu kitorang decide nak basuh baju. Kat hotel tu ada sediakan coin laundry. Ni first time aku guna coin laundry dekat Jepun. Masa 2016, aku guna yang dekat guest house. So, manada kena bayar. Haha! Washer ¥300, dryer ¥100 untuk 30 minit. Tapi tak kering selalunya 30 minit tu. Dia rasa sejuk and lembap sikit. Kena lebih 30 minit baru baju macam tshirt and seluar korang kering. So total laundry malam tu  ¥500 tapi bahagi 2 orang, jimat da la.

Tak sejuk ke? Sempoi awek depan ni. Haha!

First time guna, memang tak reti la. Ingatkan sabun takdak, kena pakai sendiri punya. Kitorang pun keluar dari kawasan hotel, bawak plastik laundry yang dalam dia ada baju kotor, dengan sweater plus tracksuit, berselipar pergi kedai dekat area stesen cari sabun. Kot la ada kedai bukak kan. Sebab tak tahan sejuk, tak lama lepas tu kami balik hotel. Lepas tu pergi tanya dekat kaunter, ada detergant tak. Dia cakap mesin tu da ada sabun siap-siap da.

Kahkahkah! Tu laaa. Taknak tanya awal-awal. Dok tergelak je bila terkenang balik. Hahaha jam 11pm baru boleh tido sebab laundry da setel. Done second day. Jya, mata ashitane~


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment