07 May 2018

Trip Winter Sakura Jepun 2018 | Day 1 - Tokyo 1

7 April 2018 - Sabtu

Subuh sini awal. Jam 3.45am macam tu. So lepas solat Subuh, aku tak boleh tido. Biasalah, mana lena tido atas bangku. Aku tengok member tido kat sebelah lena ja. Aku jalan-jalan, nampak signage 'Observation Deck'. Aku naik atas. Tengok kapal lalu lalang dekat situ. Rasanya macam takdak yang take-off pun time-time macam ni. 

Observation Deck

View dari Observation Deck

Hujan rupanya. Patut sejuk semacam. Tak tahan berlama-lama kat situ, aku turun. Kebas kot muka kena angin pagi-pagi buta macam tu, time lepas hujan pulak. Aku siap tanya member masa dia terjaga dari tido, dalam daily backpack dia ada hotpack ke tak. Member sempat gelak je.  Lepak main fon, kejap-kejap tido, main fon balik sementara tunggu member bersiap pergi bersihkan diri apa semua.

Da nak dekat jam 5.45am, kitorg gerak ke JR East Service Center. Sini siang dia awal, ok. Aku tanya staf dekat airport, kat mana JR center. Dia bagi direction and sempat lagi inform yang center tu bukak jam 6.30am. Before that pergi beli Tokyo Subway ticket for 24 hours dulu untuk guna masa last day. Harga ¥800. Sebab tak pasti plan last day macam mana, so aku beli satu je dulu masa dekat Malaysia. Untuk guna hari ni.

Muka tak cukup tidoq. Deep sleep 11 minit je

Around 6am, aku tgk kat JR center tu org da ramai berator. Gile aaa padahal bukak jam 6.30am kot. Aku ternampak notis dekat situ. Dia cakap, dekat airport maybe bizi. So boleh redeem voucher dekat JR center yang lain untuk mengelakkan supaya tak tunggu lama sangat. So jam 6.10am kitorang decide gerak ke Tokyo terus. Perjalanan untuk hari ni, kitorang guna Tokyo Subway ticket for 24 hours yang bernilai ¥800 saja. Unlimited!

Belum jam 6am lagi. Barisan dah panjang

Tempat lain yang boleh redeem pass

Around 7.30am macam tu, kitorang sampai ke Asakusa. Malam ni stay dekat ENAKA Asakusa Central Hostel. Kaunter hostel bukak jam 8am. Memang tak boleh masuk selagi belum jam 8am. Kitorg tunggu sampai jam 8am then drop luggage dekat situ. Dia cakap check-in kena pukul 4pm. Other than that, tak boleh check-in and tak boleh jugak late check-in. Rasa nak marah pun ada tapi tu rules dorang. Takpa, pikir kemudian. 

Depan hostel. Business hour jam 8am

Tiba-tiba, aku rasa macam tak sedap hati. Rasa tak keruan. Tapi tak tahu apa benda. On the way nak ke Sumida River, kena lalu Asakusa station dulu. After that, baru sampai ke river tu. Baru aku teringat. Hardcopy itinerary yang aku plan berbulan-bulan tu hilang! Sedih gila. Aku kalau pergi travel, memang salinan itinerary tu la nyawa aku. Aku lebih suka guna manual macam tu sebab dapat jimatkan bateri fon. And kau boleh add-on information or conteng-conteng if ada perubahan. Ada je softcopy dia dalam email aku. Tapi feel dia memang lain la hardcopy dengan softcopy ni.

Masa dekat station, aku plan macam nak patah balik ke tempat yang aku dah pergi, nak cari balik itinerary tu. Aku syak benda tu tercicir masa aku sebok collect cop eki (station) tadi la kot. Tapi bila fikir balik, nanti banyak habis masa je. So, tak jadilah. Aku bersabar sekejap, tengok itinerary through fon sementara jumpa jalan penyelesaian. Kitorang teruskan perjalanan yang dah dirancang macam biasa.

Sumida River ni walking distance je dari hostel. Sakura jenis somei yoshino memang takdak da la. Ada jenis kanzan ja. Yang banyak kelopak and gebu gebas tu.Tu pun ada satu pokok ja yang memang gebu sangat bunga-bunga dia. Dekat dengan pintu masuk. Pesta hanami dekat situ pun da lama berlalu. Haha! Tokyo memang cepat gile sakura dia full bloom and cepat jugak habis. Tapi trip aku, aku bukan nak tengok sakura dekat sini. Jadi, tidak mengapa.

Kanzan at Sumida river

Lpeas tu kitorang ke Ueno. Sampai Ueno station lebih kurang jam 9am, kitorang redeem voucher dekat JR center kat situ. Nak dekat sejam jugak kitorang discuss dengan staff kat situ sebab kitorang nak redeem dua pass sekaligus and memang pakai dua-dua pass tu tapi bukan dalam masa serentak. So boleh redeem satu je, which is JR East Pass yang for Tohoku area. Staff tu cakap, sehari before nak abes guna JR East Pass Tohoku area, baru boleh redeem yang lagi satu.

Service Center at Ueno station

Then ok la. Lepas tu kitorang gerak ke Ameyokocho Market. Nak cari makanan. Lapar gile! Last makan, roti je. Tu pun sebenarnya untuk supper dalam flight. Tapi simpan and makan dekat airport tadi. Nak cari kedai Gindaco, takoyaki yang aku makan tahun 2016 hari tu tapi tak jumpa kedai dia. Chicken man pun tak jumpak jugak. Last-last makan kebab and minum cocoa Van Houten je. Sebab kedai kebab tu bersepah-bersepah. Sempat beli strawberry. Harga satu ¥600, beli dua ¥1000. Baiklah amik dua. Haha! Tak rugi. Besaq-besaq lagi pun buah dia and mis gile!

Semua kedai kebab stok daging dia banyak tu

Muka mengantok tapi lapar

Ichigo - strawberry

Next, kitorang pergi Shinjuku Gyoen Garden.  Harga masuk, ¥200. Sana sakura tak banyak da. Tapi boleh la. Masih ramai lagi orang ke sini untuk berhanami. Ada sesi fotografi pengantin, ada orang datang melukis dekat situ, ada yang duduk bentang tikar makan-makan bersama keluarga dan kawan-kawan, macam-macam ragam la. Park tu luas. Boleh guling-guling atas rumput. Haha. Dah puas layan sakura, kitorang pergi solat dekat Laox Shinjuku. Plan nak lunch dekat Ouka Ramen tapi sebab kenyang lagi makan kebab. So, tak jadi nak lunch. 


Docomo Tower behind there


Aiskrim feveret dekat Laox Shinjuku

Lepas tu pergi Chidorigafuchi Moat. Around 1.50pm sampai sana. Tanya koban dekat situ, kat mana Chidorigafuchi Moat. Dia tunjuk arah and sempat lagi pesan, sakura dah lama habis. Haha! Sakura langsung takdak dekat sini. Kitorang teruskan perjalanan. Ntah mcm mana boleh sesat sampai ke area Tokyo Imperial Palace ni. Jadilah dapat tengok dari luar pun. Lagi pun 2016, aku da pergi situ. Member kompem tak layan sangat tempat-tempat macam castle ni.  After that, terus gerak ke Asakusa.

Habis bersih takdak sakura

Ada ni ja. Haha

Then jam 3pm macam tu, kitorang da ada dekat Nakamise Street dekat Asakusa. Saja buang masa cuci mata jalan-jalan dekat street tu, kedai kiri-kanan, sementara nak tunggu jam 4pm untuk check-in. Sebabnya, aku bukan jenis yang suka pergi tempat crowded macam ni. Time ni, memang ramai gila dengan manusia. Biasalah, tempat shopping yang paling femes jugak dikalangan pelancong. And lagi pun penginapan tu memang dekat sangat dengan Asakusa temple tu. Sempat la beli t-shirt sehelai untuk diri sendiri. Haha!

Nakamise Street yang crowded.

Jam 4pm. Dah check-in, solat apa semua, tidoq sat. Jam 6.30am plannya nak keluar balik ke Naka Meguro River. Standby payung siap-siap, kot hujan ke. Haha! Angin kuat gila malam tu. Memang kebas la muka sebab sejuk sangat. Hidung pun pedih jugak. Tangan sejuk beku. Lupa bawak glove masa keluar tadi. Sampai-sampai ja sakura mmg takdak langsung. Hahaha! Lepak amik angin malam sat. Then terus balik.

Tinggal tanglung je dekat tepi sungai

Malam tu, sebelum balik ke penginapan, kitorang singgah jap 7-11. Siang tadi sensei aku ada mesej cakap, boleh print dekat 7-11. Masuk ke dalam, aku nampak satu mesin macam mesin fotostet tu. Aku baca semua maklumat dekat mesin tu. Tapi tak faham. Then aku panggil staf dekat situ. Aku syak staf ni gaijin (foreigner) and student, tapi buat arubaito (part-time) dekat sini. Fasih gile nihongo dia.

Aku ringkaskan, cara paling senang nak print, guna apps dia. Mula-mula guna USB, tak menjadi. Lepas tu aku try install apps dia. Tak boleh install. Aku suh member try install jugak apps dekat fon dia. Tak boleh jugak! Aku mesej orang Roaming Man - wifi yang aku sewa. Dia cakap maybe Jepun block apps tu. Aku cakap, ni apps dari Jepun sendiri. Aku malas nak argue dah. Staf 7-11 siap offer nak download apps guna fon dia. "Daijoubudesune" (Its' ok). Aku try next time. Lepas da ucap terima kasih, kitorang terus balik.

Yokattane~ (Leganya) dah sampai penginapan. Hostel ni jenis katil double-decker. Sebab aku yang study pasal penginapan ni, so masa orang tu kasi access card, aku terus amik nombor yang katil bawah. Walaupun aku tahu member tak suka katil atas. Dah penat seharian berjalan, aku malas nak panjat-panjat. Aku harap member takkan pernah jumpa blog ni. Maafkan saya. Hehe! 

Malam tu, dinner dengan MyChef je. Sebab masing-masing da penat, kitorang share je satu pek tu untuk makan. Nak makan tak lalu da, tapi kena isi perut jugak. Kang ada yang tak boleh tido perut bunyik-bunyik nanti. Lepas mandi, solat and siap-siap untuk esok, kitorang tido. Done day one at Tokyo. Sambung esok.

Dinner for tonight



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

1 comment:

lee said...

Anonymous31 July 2022 at 20:25
Seorang ahli politik MCA DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) menghina Sultan Selangor kerana mengambil gelaran Datuk untuk menipu dan berbohong kepada orang Cina Malaysia dan dia seorang ahli perniagaan dan lain-lain, dia sentiasa sombong dan menipu wanita-wanita untuk kepentingan dirinya.

DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) juga seorang peguam di Taman Desa Jaya, Kepong….dia ada kedai peguam di Taman Desa Jaya, Kepong.. terbuka untuk menipu orang ramai, kini ramai yang mengenali(tahu) dan mengesyakinya kerana di kawasan Kepong selalu ada masalah pada sebelum ini seperti tokong Hindu letak api di Taman Daya, Kepong tendang Sami-sami Buddha keluar dari KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺) dan lain-lain.

Kita semua harap Sultan Selangor mengambil kembali semua gelaran Datuk kerana jika YIP KUM FOOK(叶金福) diteruskan gelaran Datuk, negara kita akan runtuh dan musnah...seterusnya Taman Desa Jaya kita, Kepong akan dapat bahagia dan harmoni.

Sekarang anak dia(叶君瀚 YIP JIUN HANN) jadi pengerusi MCA Gombak, sama juga sebab ayah ajar anaknya jalan sama, dan kedua-duanya pun tak malu dan masa sekarang orang boleh hantar mesej tahu dengan cepat, anda tak boleh lari dari orang gosip

perkongsian oleh AHLI JAWATANKUASA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺), Taman Desa Jaya, terdahulu

Post a Comment