02 February 2016

Trip Negeri Sembilan - Melaka | One Day Trip’s Total Damage

Salam.

Ok. Ni entri update pasal perbelanjaan for one day trip merentas dua negeri; Negeri Sembilan - Melaka. Saya pergi belah-belah Port Dickson and Tanjung Tuan je. Hehe! Kat sini saya totalkan berapa yang saya dah spend untuk trip ni. Jemput baca ye :)

RINGKASAN PERJALANAN

Ini trip berdua saya dengan kawan saya. Kami sama profesion kerjaya tapi tempat kerja lain-lain. Tapi kalau ada workshop ka, seminar ka, coursework ka, dapatlah kami bertemu. Hehe! Trip ni sehari je. Dari matahari belum terbit -- ok! Tipu, sampailah matahari dah terbenam, baru kami sampai ke rumah. Kahkahkah! Tapi kami tak kejar sunset di pantai. Kalau kami stay sampai sunset, dia dah tak jadi one day trip da. Hehe!

Partner-in-crime!

APA YANG MENARIK DI PORT DICKSON?

Apa yang menarik? Ada 8 tempat menarik dekat Port Dickson yang mesti korang pergi kalau first time datang sini. Tapi kena stay one night la. One day trip macam mustahil. Lol! Antaranya, Muzium Tentera Darat, PD Ostrich Show Farm, Alive 3D Art Gallery -- tak jumpa pun kat mana tempat ni, Pantai Teluk Kemang, Kota dan Muzium Lukut, Rumah Api Tanjung Tuan dan Blue Lagoon, Pengkalan Kempas dan PD Waterfront. Mana tahu semua-semua ni? Sebab dah baca dekat sini. Haha!


So susunan dia macam ni. Kalau korang dari Sepang nak ke Port Dickson, korang akan jumpa Kota dan Muzium Lukut dulu. Then PD Waterfront. Next, Muzium Tentera Darat then followed by Pantai Teluk Kemang. After that, PD Ostrich. Melencong ke sempadan Melaka jap iaitu Tanjung Tuan dan Blue Lagoon. Last sekali Pengkalan Kempas. Yang ni paling jauh so memang tak berhasrat nak pergi.

Dengan BFF. Lol!

Jadi, kami sempat ke Rumah Terbalik Port Dickson -- katanya dekat dengan PD Ostrich, then ke Tanjung Tuan and Blue Lagoon, Pantai Teluk Kemang and last but not least, Muzium Tentera Darat.

BAJET BERJALAN KE PORT DICKSON

Pengangkutan

·         Minyak - sepanjang perjalanan (return) = RM10 (RM20 bahagi 2)
·         Tol Nilai (RM3.50) & Tol Port Dickson (RM3.20) = RM3.35 (RM6.70 bahagi 2)

JUMLAH = RM13.35

Perbelanjaan Sepanjang Trip

Sekali pandang, terus beli. Rasa mcm smart design dia.

·         Tiket Rumah Terbalik = RM20
·         Lunch @Ayam Bakar Station (ayam bakar set; RM8 & air manga; RM2) = RM10
·         Tiket Hutan Rekreasi Tanjung Tuan = RM1
·         Tshirt @Pantai Teluk Kemang = RM22
·         Fridge magnet @Pantai Teluk Kemang = RM5 (RM10 bahagi 2)
·         Air minuman @Muzium Tentera Darat = RM1
·         Dinner @Restoran Abas Seafood (nasi goreng paprik ayam; RM5.50, sirap limau; RM1.70 & sotong celup tepung; RM3 (RM6 bahagi dua) = RM10.20

Ce tgk sotong celup tepung dia. Macam makan cekodok
perisa sotong. Tak recommend kedai makan ni.

Benda-benda yang saya tulis ni, siap ada sen-sen bagai, bukanlah nak berkira sangat. Sebab nak tahu nilai sebenar je. Bila berjalan macam ni, mintak halal, and lebih-kurang je la dengan member-member. Pandai-pandailah korang share dengan partner. Haha!

JUMLAH = RM69.20

JUMLAH KESELURUHAN = 82.55

Berapa yang saya bajet untuk trip kali ni? RM100 je. Hehe! Yang paling mahal sekali, tiket masuk Rumah Terbalik Port Dickson. Tapi berbaloi. Boleh snap pic and siap ada orang snapkan pic korang. Haha! Ada baki lagi RM17.45, bolehlah masuk tabung untuk next trip seterusnya.

Orait! Selamat berjalan ke Port Dickson yaw! Bak kata Cuti-cuti Malaysia, “Dekat Je!” Peace!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

Cik Lily Putih said...

rumah terbalik di Port Dickson? wah ni mesti kene pi ni kan

nadeafu chan said...

@CikLily Putih: ye rumah terbalik di port dickson. Mohon pergi sebelum harga makin naik hehe

zahar said...

nk sotong celup tepung sedap g bgn lalang :)

nadeafu chan said...

@zahar: thanks untuk info.

Post a Comment