Ok. Ni entri update pasal perbelanjaan
for one day trip merentas dua negeri; Negeri Sembilan - Melaka. Saya pergi
belah-belah Port Dickson and Tanjung Tuan je. Hehe! Kat sini saya totalkan
berapa yang saya dah spend untuk trip ni. Jemput baca ye :)
RINGKASAN PERJALANAN
Ini trip berdua saya dengan
kawan saya. Kami sama profesion kerjaya tapi tempat kerja lain-lain. Tapi kalau
ada workshop ka, seminar ka, coursework ka, dapatlah kami bertemu. Hehe! Trip
ni sehari je. Dari matahari belum terbit -- ok!
Tipu, sampailah matahari dah terbenam, baru kami sampai ke rumah.
Kahkahkah! Tapi kami tak kejar sunset di pantai. Kalau kami stay sampai sunset,
dia dah tak jadi one day trip da. Hehe!
Partner-in-crime! |
APA YANG MENARIK DI PORT DICKSON?
Apa yang menarik? Ada 8 tempat
menarik dekat Port Dickson yang mesti korang pergi kalau first time datang
sini. Tapi kena stay one night la. One day trip macam mustahil. Lol! Antaranya,
Muzium Tentera Darat, PD Ostrich Show Farm, Alive 3D Art Gallery -- tak jumpa pun kat mana tempat ni, Pantai
Teluk Kemang, Kota dan Muzium Lukut, Rumah Api Tanjung Tuan dan Blue Lagoon,
Pengkalan Kempas dan PD Waterfront. Mana tahu semua-semua ni? Sebab dah baca
dekat sini. Haha!
So susunan dia macam ni. Kalau
korang dari Sepang nak ke Port Dickson, korang akan jumpa Kota dan Muzium Lukut
dulu. Then PD Waterfront. Next, Muzium Tentera Darat then followed by Pantai
Teluk Kemang. After that, PD Ostrich. Melencong ke sempadan Melaka jap iaitu
Tanjung Tuan dan Blue Lagoon. Last sekali Pengkalan Kempas. Yang ni paling jauh
so memang tak berhasrat nak pergi.
Jadi, kami sempat ke Rumah
Terbalik Port Dickson -- katanya dekat
dengan PD Ostrich, then ke Tanjung Tuan and Blue Lagoon, Pantai Teluk
Kemang and last but not least, Muzium Tentera Darat.
BAJET BERJALAN KE PORT DICKSON
Pengangkutan
·
Minyak - sepanjang perjalanan (return) = RM10 (RM20
bahagi 2)
·
Tol Nilai (RM3.50) & Tol Port Dickson
(RM3.20) = RM3.35 (RM6.70 bahagi 2)
JUMLAH = RM13.35
Perbelanjaan Sepanjang
Trip
·
Tiket Rumah Terbalik = RM20
·
Lunch @Ayam Bakar Station (ayam bakar set; RM8
& air manga; RM2) = RM10
·
Tiket Hutan Rekreasi Tanjung Tuan = RM1
·
Tshirt @Pantai Teluk Kemang =
RM22
·
Fridge magnet @Pantai Teluk
Kemang = RM5 (RM10 bahagi 2)
·
Air minuman @Muzium Tentera Darat = RM1
·
Dinner @Restoran Abas Seafood (nasi goreng
paprik ayam; RM5.50, sirap limau; RM1.70 & sotong celup tepung; RM3 (RM6
bahagi dua) = RM10.20
Benda-benda yang saya tulis ni,
siap ada sen-sen bagai, bukanlah nak berkira sangat. Sebab nak tahu nilai
sebenar je. Bila berjalan macam ni, mintak halal, and lebih-kurang je la dengan
member-member. Pandai-pandailah korang share dengan partner. Haha!
JUMLAH = RM69.20
JUMLAH KESELURUHAN = 82.55
Berapa yang saya bajet untuk
trip kali ni? RM100 je. Hehe! Yang paling mahal sekali, tiket masuk Rumah
Terbalik Port Dickson. Tapi berbaloi. Boleh snap pic and siap ada orang snapkan
pic korang. Haha! Ada baki lagi RM17.45, bolehlah masuk tabung untuk next trip
seterusnya.
Orait! Selamat berjalan ke
Port Dickson yaw! Bak kata Cuti-cuti Malaysia, “Dekat Je!” Peace!
4 comments:
rumah terbalik di Port Dickson? wah ni mesti kene pi ni kan
@CikLily Putih: ye rumah terbalik di port dickson. Mohon pergi sebelum harga makin naik hehe
nk sotong celup tepung sedap g bgn lalang :)
@zahar: thanks untuk info.
Post a Comment