25 January 2015

Trip Langkawi | Langkawi Island Hopping -- Pulau Beras Basah, Eagle Feeding & Pulau Dayang Bunting

Salam.

Entri kali ni saya nak sambung cerita pasal Trip Langkawi. Dah nak setahun lebih dah pending. Asyik cerita pasal Putrajaya, nati ngkorang bosan pulak -- bajet ramai sangat view blog ni. Tapi takpa, saya menulis sebab nak berkongsi. Saya sendiri kalau nak research sesuatu tempat tu, blogwalking jugak.


Hari kedua saya di Langkawi. Antara aktiviti utama ialah Island Hopping. Orang cakap, kalau pergi Langkawi tapi tak pergi Island Hopping, rasa macam tak lengkap plak percutian korang.

Ada banyak agensi yang menyediakan pakej ni dengan harga yang jauh lebih murah di Langkawi sana compare dengan kalau korang beli di jeti. Jadi, pandai-pandailah korang menolak kalau ada orang kat jeti sana suruh beli pakej tu dari diorang.


Pukul 9 pagi, kami berkumpul di depan Underwater World Langkawi. Hal ni depends la pada ejen korang dia nak suruh berkumpul kat mana. Lepas tu ramai-ramai gerak ke Pantai Tengah dengan van yang telah disediakan. Kalau korang nak naik kenderaan sendiri, pun boleh. Lagi selesa, ye dak?

Penginapan paling mahal dekat Langkawi. Rasanya lah


Lebih kurang pukul 10 pagi, kami naik ke bot seperti yang telah diarahkan oleh ejen. Sebelum naik bot, akan ada sorang fotografer. Dia akan snap pic korang. Sebagai kenang-kenangan gitu. Masa tu memang awkward gila pasai tak ready ape pun. Adam yang macam orang tak pernah jumpa laut, dia geli bila kaki dia ada lumpur. Haha!

Trip bot kami masa tu dengan 7 orang budak UniMAP. Rasanyalah. Untunglah diorang kan. Nak pergi Langkawi ulang-alik pun takpa. Pasai dekat sangat. Diorang tu budak final year kot. Tapi lain-lain negeri. Tak duduk Perlis pun. Saje je la nak pi holiday, release tension kuat belajar punya pasai.

First pulau, korang akan di bawa ke Pulau Beras Basah. Kenapa nama dia macam tu? Saya pun tak sure. Lagipun pemandu bot tu takdak kasi explanation pun. Kalau ada pun, dia sembang dengan budak-budak tu je la. Saya pulak duduk dekat hujung bot. Memang sepatah haram tak dengar dia cakap apa. Haha!

Pulau Beras Basah



‘Lagi sejam saya datang amik ampa semua’ - pesan abang bot tu. Make sure ingat nombor bot ngkorang.

Buatlah apa yang ngkorang suka. Tapi saya tak mandi pun kat pulau tu. Kakak dengan abang ipar saya memang tak spoting. Rugi betul. Depa tinggai saya sorang, depa semua pergi bagi ikan makan kat jeti. Dah tu? Macam mana lah saya nak mandi? Takdak orang nak jaga barang. Seronok tengok budak-budak yang sama bot dengan saya mandi laut. Snap-snap gambar. Haih laa~

Ikan tak tau pa nama dia

tak dak nak mandi-manda sangat la -,-

Sejam lebih kami tunggu bot sampai. Sementara tu, saya main-main dengan Adam. Saja basahkan dia, simbah-simbah air laut tu kat dia. Eh! Seronok pulak budak ni. Tak pernah jumpa laut, macam tu lah. Haha!

Eagle Feeding



Eagle Feeding atau bahasa pasar dia, kasi makan burung helang. Moment ni memang sekejap je. bot ni dia pusing-pusing kat pulau. Ada satu bot je yang ada makanan and kasi makan kat helang. Brader bot tu cakap, tak boleh ada bot yang kasi makan helang banyak-banyak. Nati helang tu pening kot sebab tak tahu nak makan makanan yang mana satu, silap-silap dia ngap ngkorang. Haha! Kidding!



Pulau Dayang Bunting

Tu la Dayang yg tengah bunting

Pulau ni memang mencabar mental dan fizikal ngkorang. Sebab? Ada monyet! Haha! Korang kena jaga-jaga sikit dengan makanan atau sebarang bungkusan yang menarik perhatian kawan baru ngkorang ni. Lepas tu, nak ke Tasik Dayang Bunting - ada kolam boleh mandi-manda, korang kene berjalan naik tangga curam ke atas, lepas tu turun tangga, baru sampai ke bahagian tasik.

Lagenda Tasik Dayang Bunting.
Kat belakang tu, boleh mandi. Sewa life jacket. RM10



Sebab bawak budak kecik, main paddle boat je la -,-


Dia cakap nak jaga barang. Tengok-tengok join sekali. Haha!

Balik dari tasik, saya tak terfikir pun pasal gangguan monyet. Haus punya pasal, saya bukak air tin saya. Baru nak minum sekejap, monyet dah serbu. Sebab cuak, saya letak air tin tu kat atas batu. Dahsyat monyet-monyet ni. Air tin pun dia nak bedal. Kempunan saya. Terpaksa la menahan haus sehingga di jeti. Baru saya minum air. Mineral saja la.

Balik semula ke Pulau Tengah, turun dari bot, akan ada orang jual cenderahati. Korang masih ingat orang yang snap pic korang? Tadaaa! Gambar korang dah dilekatkan pada sebuah piring. Harga RM10. Depends nak beli ke tak. Saya beli je lah. Sebab fikir lepas ni ntah bila lagi boleh p sini. Kenang-kenangan.


Tak banyak rupanya gambar yang saya snap. Dah namanya ke pulau, banyaklah aktiviti dengan air. Takut fon basah apa semua. Takkan nak bawak masuk dalam air. Yela, masa dulu mana reti casing fon waterproof, kamera waterproof ape semua ni. Nak beli GoPro, tak mampu. Haha!

Sebelum balik ke penginapan, kami singgah beli makanan untuk lunch. Kemudian rest sekejap sebab petangnya pula nak ke Makam Mahsuri.

Adios!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Maaf nak tanya, kalau nak pegi island hopping ni, nak beli pakej/tiket kat mana ye?

Post a Comment