Salam.
Entri kali ni saya nak cerita
pasal trip saya pada cuti merdeka, 31hb Ogos yang lepas. Memandangkan saya
assumed yang KL akan sesak -- walhal
sebenarnya tak pun, jadi saya decided berlibur ke tempat selain dari KL. Jadi,
saya bersama seorang partner in crime
ke A’Famosa Resort Malacca (ARM). First, kami pergi ke Animal World Safari
(AWS) dulu.
Saya nasihatkan, better datang
awal sikit sebab nak parking. Dan semestinya untuk mengelakkan kesesakan jalan.
Oh ye! Bayaran untuk parking adalah sebanyak RM3 untuk sekali masuk. Kalau korang
keluar-masuk 3 kali, 3 kali lah kena bayar. Lepas tu, kami parking dekat
tepi-tepi jalan je. Senang nanti nak keluar kereta masa nak balik.
Masa kami sampai, orang ramai
dah beratur panjang dekat kaunter nak beli tiket. Nasib baik kami ada kupon. Pergi
kaunter redeem sebelah dia je. Mulanya, satu tiket tu harga dia RM25. Kami beli
untuk 2 taman tema, so harga dia RM50. Sebab untuk 2 orang, kami kena bayar
RM80 -- dapat diskaun lagi! Tapi…
terima kasih dekat kawan saya ni sebab dia dapat kupon free. Gift sempena hari
raya agaknya sebab dia dapat dalam sampul duit raya. Haha!
|
Posing jap sebelum tengok show. |
|
Ni la driver yang rakus gila semasa memandu. Haha! |
Masuk ke dalam AWS, kami
decided nak join Safari Adventure. Korang akan di bawa ke habitat haiwan liar
macam singa, harimau, gajah, kuda belang, zirafah, seladang and so on la. Korang
akan naik trak safari (trem?) yang telah disediakan. Tapi, sebabkan barisan nak
tunggu turn tu panjang sangat, kitorang decided pergi tengok Elephant Encounters
dulu.
Elephant Encounters
Waktu pertunjukan ni pada jam
10.15 pagi dan 4.30 petang. Korang akan rasa teruja -- sayalah yang teruja tu! Dengan kebijaksanaan gajah-gajah ni dan depa
boleh survive dengan trainer yang telah melatih depa. Kami rasa macam
kanak-kanak riang yang dapat gula-gula bila menyaksikan pertunjukan gajah ni.
|
Animal feed RM5 - gajah makan tebu ye adik-adik ;) |
|
Gajah-gajah dah get ready untuk show. |
|
Depa ni pantang ada orang huluq makanan. |
|
Perarakan masuk bala tentera gajah. |
|
Cara nak duduk atas gajah. Gajah akan angkat sikit
kaki belakang dia |
|
Cara nak duduk dekat belalai gajah. Guwa tak sure.
Tengok-tengok je orang tu dah duduk kat situ. |
|
Gajah berganding belalai bersama memikul kayu balak. |
|
Depa dah get ready untuk tidoq sat. |
|
Waktu tido dah tamat. Tapi dia ni takmau bangun. |
|
Kawan dia kejut suruh bangun. tapi dia takmau bangun jugak. |
|
Last-last si member tu geram. Curah ayaq dekat dia. |
|
Time ni gajah dok semboq ayaq dengan belalai.
Penonton yang kesah baju dia basah, lari selamatkan diri. |
|
Show dah habis. Sapa nak bergambaq, boleh lah mai dekat. |
Lepas dah habis show gajah,
kami try nak join Safari Adventure. Tapi macam biasa, barisan sentiasa panjang.
Then, kami masuk ke Walk-Thru Area. Selalu korang dengar Drive-thru kan? Haha! Yang
saya suka pasal area ni, pasai dia redup je. banyak pokok. So, tak terasa
bahang cahaya matahari walaupun tengah panas terik. Dalam ni ada flamingo,
itik, rakun, unta, burung merak, dan lain-lain.
|
We are here. Baca map dulu sebelum nak explore
Walk-Thru Area |
|
Burung seksi pasai kaki kurus melidi. |
|
|
|
Korang jugak boleh bagi makan
kat haiwan-haiwan ni. Ada booth (ke kiosk?) jual makanan depa ni. Opkos yang
paling comel bagi saya adalah arnab. Boleh jugak bagi makan kat kambing
biri-biri, kuda poni, burung kasawari, landak, semua haiwan yang dah disenaraikan
seperti di atas and so on lah. Malas nak senaraikan semua.
|
Pelbagai sayuran sebagai makanan depa ni. |
|
Partner in crime guwa dengan kelinci. |
|
Ayam belanda, angsa dan itik tak gaduh duduk bersama. |
|
Guwa selalu imejin yang bulu kambing biri-biri ni
sentiasa mengerbang and fluffy -,- |
|
Pantang nampak haiwan yang boleh disentuh, dia sentuh. |
|
On the way ke Multi Animal Funtime. |
|
Takmau respons langsung dia ni. Dah kasi suwit-suwit pun,
buat derk je. Buat tak tahu je. |
Sementara nak tunggu waktu
show seterusnya, kami berjalan-jalan di sekitar kawasan orang utan. Well, semua
orang utan time tu diorang dalam mood lazy. Duduk melepek, bersantai, tongkat
dagu dan macam-macam aksi lagi yang depa buat.
Multi Animal Funtime
|
Selfie jap sebelum show lagi 5 minit nak mula. |
Waktu show ni pulak dari jam
11.20 pagi dan 3 petang. Dekat sini, korang akan dihiburkan dengan
keletah-keletah haiwan kecil dari pelbagai spesies yang sudah dilatih menjadi
bijak oleh pelatih profesional. Ada jugak kucing, kerbau, dengan kambing. Tapi binatang
besaq ni, depa suruh senyum kat penonton je.
|
Sempena Merdeka Day, naik bendera dulu.
Baru show boleh start. |
|
Pandai dia buang sampah dalam tong. |
|
Rakun tu akan ketuk piring logam tu sebanyak 15 kali. |
|
Black Bear Cat. |
|
Monkey Cat? LOL! |
|
Kucing ni melompat dari jarak 1m melepasi gelung. |
|
Trainer ni letak something kat mulut depa supaya boleh senyum. |
|
Monyet ni mula-mula duduk terkangkang.
Lepas tu dia kepit. Malu punya pasai. |
|
|
|
Kasi kiss sikit. Chupp!~ |
Colours of the Birds
Selalu kalau haiwan
kaler-kaler ni, orang akan imejin burung-burung. Burung je yang ada banyak bulu
kaler cantik-cantik ni. Nak-nak burung kakak tua. And orang cakap, burung
paling cerdik la pasai depa ni pandai bercakap. Show ditamatkan oleh flamingo yang seksi. Lepas show, korang jangan lupa snap pic dengan burung helang. Nampak awesome seh!
|
Ayam sebagai pembuka tirai show Colours of Birds. |
|
Sebelum mula show, kita naik bendera dulu. |
|
Burung kakak tua main basketball. |
|
Soalan matematik yang diajukan oleh audiens. |
|
First number yg dia amik ialah 6. |
|
Burung ni habaq, dia suka duit kaler merah je.
Banyak dia dpt duit pasai audiens hulur duit merah. |
|
Burung tengah lukis gambar burung. LOL! |
|
Burung ni berlumba dengan burung kakak tua and dia menang.
So, dia dapat buat show khas kat situ. |
|
Burung merpati datang kat dia sbb ada makanan.
Bukan sebab dia gojes. Hehe! |
|
Burung enggang nak tangkap makanan yg dibaling
ke udara oleh trainer. |
|
White-billed sea eagle. Kena pakai leather glove.
Cengkaman kuku dia boleh mengakibatkan kecederaan. |
Ada lagi satu show. Wild-wild
West Show. Show ni berlatarbelakangkan Western Town. Ada koboi, ada red indian,
ada gaduh-gaduh tembak-tembak, and so on lah. Tapi kami tak pergi sebab show
dia jam 2.15 petang and perlu check-in hotel (budget hotel je) pukul 2 petang. Boleh
je check-in lambat. Tapi takut lambat sangat. Jadi, kami decided tak pergi tengok
show yang last ni.
Ingatkan nak pergi Monkey
Island. Tapi ramai gila orang. Sesak. Sebab semua orang nak ke sana. Kat situ
ada macam-macam spesies monyet. Rugi betul tak pergi. Farm House pun kami tak
pergi. Kat sana ada lebih kurang jenis ayam dan pelbagai spesies arnab. Kalau korang
tak rush, boleh pergi semua tempat yang ada kat dalam AWS ni.
Masa kami nak keluar ke pintu
utama, kami nampak tak ramai orang beratur nak tunggu trak safari. Jadi, inilah
masanya untuk Safari Adventure. Yeah! Tapi kan… tempat dia macam tak terbela. Pagar
tak sempurna. Bersepah-sepah bahan construction. Memang korang akan nampak
tempat tu macam tak terurus.
Pemandu trak safari tu boleh
la jugak dikatakan bawak trak tu gila-gila punya la. Plus akan berlaku pencemaran
udara dan bunyi sepanjang adventure korang nanti. And memang korang takkan
dapat sangat nak menikmatinya. Driver tu stop pun berapa saat je. lepas tu
jalan dia jalan pergi tempat lain. Sape pernah tengok Running Man kat Indonesia
tu? Guwa punyalah imejin macam tu la safari adventure ni. Sebaliknya, tidak! Sobs..
sobs.. sobs!
|
Ni je la yang sempat guwa snap -,- |
Sebelum balik, kami singgah
jap kat photobooth. Kalau korang perasan, masa korang mula-mula sampai kat AWS,
akan ada orang yang suruh korang snap picture and private photographer is not allowed. Tapi ada je orang curik-curik
snap. Saya beli gambar yang kami bergambar dengan burung kakak tua. Harga asal
RM20. Sebab Hari Merdeka, depa juai RM18. Beli je lah. Buat kenangan kat ARM sana.
|
Asal ada. Sebagai kenangan. Buat berlagak dekat korang
yang tak pergi lagi sini. Haha! |
Jam 1.30 petang, kami gerak
keluar dari ARM. Misi seterusnya adalah memburu makanan tengah hari dan
check-in penginapan. Lunch ni beli kat warung tepi jalan. Sedap gila makanan dia. Ke sebab saya lapar? Keluar dari ARM, amik
belah kanan. Jalan nak ke Alor Gajah.
Lepas tu, kami jalan-jalan
dekat Pekan Pulau Sebang/Tampin. Kawan tu pun ada nak beli barang sikit. Jalan masuk
ke pekan ni, follow papan tanda nak ke KTM Pulau Sebang/Tampin. Kenapa nama dia
macam tu? Sebab memang sebelah-sebelah je sempadan dia. Dalam masa beberapa
saat, korang boleh ulang-alik Melaka-Negeri Sembilan. Haha!
|
Guwa acah-acah pergi N.Sembilan/Melaka
dalam masa beberapa saat je ulang-alik. Haha! |
Setel semua benda keperluan. Kami
check-in jam 2.40 petang. Lepas solat and makan, masing-masing terbongkang
kepenatan. Sambung nanti ye dekat Cowboy Town pulak. Oh? Nak details pasal AWS,
sila ke
website
AWS.
Adios!
2 comments:
Salam Nadeafu,
Memang macam macam activiti boleh buat kat A Famosa, terbaru shopping Mall Freeport.
Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 2100
Salam Nadeafu,
Memang macam macam activiti boleh buat kat A Famosa, terbaru shopping Mall Freeport.
Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 2100
Post a Comment