Salam. Lama gila tak tulis entri. Hari ni, mood baik. Rasa nak menulis.
Baru-baru ni, jabatan saya ada
menganjurkan satu contest, iaitu Pertandingan Mencipta Logo dan Moto 5S. kenapa
5S? Sebab HOD dah decide nak laksanakan Amalan 5S dalam jabatan. Korang
tahu tak Amalan 5S tu ape? Mesti tahu kan? Takpa. Saya briefing sikit.
Amalan 5S merupakan satu
kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan
persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat.
Amalan 5S bermatlamat
mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan
amalan 5S dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan
memudahkan proses kerja.
5S merupakan
istilah asal dalam Bahasa Jepun, iaitu;
Seiri
(Sisih) --
Menyisih fail lama
tidak aktif dengan fail baru yang masih aktif.
Seiton
(Susun) --
Menyusun dokumen/bahan/alatan
pejabat supaya mudah diambil/diguna.
Seiso
(Sapu) --
Menyapu/membersih
ruang pejabat dan ruang kerja/bilik serta peralatan kerja individu.
Seiketsu
(Seragam) --
Menyeragamkan susunan
fail/meja kerja/bilik mesyuarat/peralatan pejabat.
Shitsuke
(Sentiasa Amal) --
Mengamalkan selalu
aktiviti sisih, susun, sapu dan seragam.
Jadi, sebelum melaksanakan
Amalan 5S dalam jabatan ni, AJK Promosi 5S (yang telah dilantik dalam Mesyuarat Pengurusan
5S) telah mengadakan Pertandingan Mencipta Logo dan Moto 5S untuk mencari logo
dan moto terbaik yang akan dijadikan sebagai logo rasmi 5S dalam jabatan.
Kriteria logo dan moto yang
dicari mestilah terdiri dari 3 warna sahaja, ada perkataan 5S serta moto yang
ringkas, padat dan menarik. Berita baiknya di sini, peserta boleh menghantar
sebanyak mana penyertaan yang mereka mahu. Pertandingan telah berlangsung selama 2
minggu.
Dalam masa 2 minggu, saya
mencari idea. Saya Google logo-logo 5S yang telah dilaksanakan di dalam jabatan
atau kementerian lain, dan moto-moto yang digunakan. Saya catatkan. Supaya tidak
akan sama logo dan moto yang bakal saya cipta nanti.
Masa terus berlalu. Tinggal lagi
seminggu. Saya masih belum mendapat idea. Ada juga dikalangan staff yang rajin
bertanya akan hal ini.
“Join
tak contest ni?”.
“Bila nak hantar logo?”.
Saya cuma senyum.
“Belum ada idea dan masih
mencari”.
Saya berjumpa AJK Promosi.
“Siapa juri pertandingan ni?”.
“Orang dari luar jabatan. Tapi staff dalam hospital jugak lah”.
“Ooo.. Selalu dalam logo 5S
tu, kena ada ciri-ciri apa je lagi?”.
“Erm. Yang penting kene ada 5S la..”
Jawapan yang agak membantu. Walaupun sikit. Saya
angguk dan senyum. Kemudian berlalu pergi.
Logo asal yang saya hantar |
Nahh! Sekarang saya dah dapat
idea. First, memandangkan juri contest tersebut terdiri dari HOD, Pegawai
Farmasi (pioneer 5S) dan 2 orang staff hospital lain, saya harus design logo
saya mengikut ciri-ciri yang melambangkan hospital.
Dalam kes saya, saya
menggunakan logo bulan sabit merah bagi melambangkan kesihatan (hospital). Saya
edit sedikit bagi menampakkan kelainan. Second, memandangkan jabatan saya ni
Jabatan Perubatan Nuklear, saya tambah dengan logo atom nukleus. Menunjukkan
yang atom tersebut menggambarkan jabatan saya. Dan ya, mesti ada
perkataan ‘5S’!
Selepas cuti raya seminggu,
keputusan pertandingan diumumkan. Tapi tidak secara rasmi. Kerana pengumuman
secara rasmi logo dan moto tersebut akan diumumkan semasa Majlis Pelancaran 5S
dan Jamuan Hari Raya di jabatan pada minggu seterusnya.
HOD telah merasmikan Pelancaran 5S |
Hanya pemenang saja yang boleh
tahu. Dalam erti kata lain, pemenangnya ialah saya! Mulanya, sukar saya nak
percaya. Sebab, ada beberapa orang peserta yang ada pengalaman dan pernah
terlibat secara langsung dengan 5S sebelum ini. Sebab tak yakin, saya hantar
logo saya last day, iaitu tarikh tutup pertandingan.
2 orang peserta yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dengan 5S |
Saya lihat kertas pemarkahan
yang telah dinilai oleh juri-juri tersebut. Daripada 19 buah logo yang telah
dihantar oleh 5 orang peserta, pemenangnya hanya seorang sahaja. Dan saya telah
membolot kesemua hadiah tersebut, iaitu logo terbaik dan moto terbaik.
Pemenang, HOD dan Penyelaras 5S |
Logo yang telah diubahsuai mengikut citarasa HOD |
Terima kasih yang tak
terhingga saya ucapkan kepada HOD, Timbalan HOD, kesemua warga kerja dan semua
orang yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Team Physicist! |
Ni lah hadiah dia. Erm. Nak bawak sape eh? LOL |
Team Physicist dengan HOD dan Timb. HOD :) |
Rasanya, sempat lagi saya nak
ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat pembaca yang sudi
singgah ke blog saya.
Adios!
No comments:
Post a Comment