03 September 2014

Trip Melaka - Negeri Sembilan | Animal World Safari, A’Famosa Resort Malacca

Salam.

Entri kali ni saya nak cerita pasal trip saya pada cuti merdeka, 31hb Ogos yang lepas. Memandangkan saya assumed yang KL akan sesak -- walhal sebenarnya tak pun, jadi saya decided berlibur ke tempat selain dari KL. Jadi, saya bersama seorang partner in crime ke A’Famosa Resort Malacca (ARM). First, kami pergi ke Animal World Safari (AWS) dulu.


Saya nasihatkan, better datang awal sikit sebab nak parking. Dan semestinya untuk mengelakkan kesesakan jalan. Oh ye! Bayaran untuk parking adalah sebanyak RM3 untuk sekali masuk. Kalau korang keluar-masuk 3 kali, 3 kali lah kena bayar. Lepas tu, kami parking dekat tepi-tepi jalan je. Senang nanti nak keluar kereta masa nak balik.


Masa kami sampai, orang ramai dah beratur panjang dekat kaunter nak beli tiket. Nasib baik kami ada kupon. Pergi kaunter redeem sebelah dia je. Mulanya, satu tiket tu harga dia RM25. Kami beli untuk 2 taman tema, so harga dia RM50. Sebab untuk 2 orang, kami kena bayar RM80 -- dapat diskaun lagi! Tapi… terima kasih dekat kawan saya ni sebab dia dapat kupon free. Gift sempena hari raya agaknya sebab dia dapat dalam sampul duit raya. Haha!

Posing jap sebelum tengok show.

Ni la driver yang rakus gila semasa memandu. Haha!

Masuk ke dalam AWS, kami decided nak join Safari Adventure. Korang akan di bawa ke habitat haiwan liar macam singa, harimau, gajah, kuda belang, zirafah, seladang and so on la. Korang akan naik trak safari (trem?) yang telah disediakan. Tapi, sebabkan barisan nak tunggu turn tu panjang sangat, kitorang decided pergi tengok Elephant Encounters dulu.

credit to oditusufi.blogspot.com
 
Elephant Encounters

Waktu pertunjukan ni pada jam 10.15 pagi dan 4.30 petang. Korang akan rasa teruja -- sayalah yang teruja tu! Dengan kebijaksanaan gajah-gajah ni dan depa boleh survive dengan trainer yang telah melatih depa. Kami rasa macam kanak-kanak riang yang dapat gula-gula bila menyaksikan pertunjukan gajah ni.

Animal feed RM5 - gajah makan tebu ye adik-adik ;)

Gajah-gajah dah get ready untuk show.

Depa ni pantang ada orang huluq makanan.

Perarakan masuk bala tentera gajah.

Cara nak duduk atas gajah. Gajah akan angkat sikit
kaki belakang dia

Cara nak duduk dekat belalai gajah. Guwa tak sure.
Tengok-tengok je orang tu dah duduk kat situ.

Gajah berganding belalai bersama memikul kayu balak.

Depa dah get ready untuk tidoq sat.

Waktu tido dah tamat. Tapi dia ni takmau bangun.

Kawan dia kejut suruh bangun. tapi dia takmau bangun jugak.

Last-last si member tu geram. Curah ayaq dekat dia.

Time ni gajah dok semboq ayaq dengan belalai.
Penonton yang kesah baju dia basah, lari selamatkan diri.

Show dah habis. Sapa nak bergambaq, boleh lah mai dekat.
 
Lepas dah habis show gajah, kami try nak join Safari Adventure. Tapi macam biasa, barisan sentiasa panjang. Then, kami masuk ke Walk-Thru Area. Selalu korang dengar Drive-thru kan? Haha! Yang saya suka pasal area ni, pasai dia redup je. banyak pokok. So, tak terasa bahang cahaya matahari walaupun tengah panas terik. Dalam ni ada flamingo, itik, rakun, unta, burung merak, dan lain-lain.

We are here. Baca map dulu sebelum nak explore
Walk-Thru Area


Burung seksi pasai kaki kurus melidi.



Korang jugak boleh bagi makan kat haiwan-haiwan ni. Ada booth (ke kiosk?) jual makanan depa ni. Opkos yang paling comel bagi saya adalah arnab. Boleh jugak bagi makan kat kambing biri-biri, kuda poni, burung kasawari, landak, semua haiwan yang dah disenaraikan seperti di atas and so on lah. Malas nak senaraikan semua.  

Pelbagai sayuran sebagai makanan depa ni.

Partner in crime guwa dengan kelinci.

Ayam belanda, angsa dan itik tak gaduh duduk bersama.

Guwa selalu imejin yang bulu kambing biri-biri ni
sentiasa mengerbang and fluffy -,-

Pantang nampak haiwan yang boleh disentuh, dia sentuh.

On the way ke Multi Animal Funtime.

Takmau respons langsung dia ni. Dah kasi suwit-suwit pun,
buat derk je. Buat tak tahu je.

Sementara nak tunggu waktu show seterusnya, kami berjalan-jalan di sekitar kawasan orang utan. Well, semua orang utan time tu diorang dalam mood lazy. Duduk melepek, bersantai, tongkat dagu dan macam-macam aksi lagi yang depa buat.

Multi Animal Funtime

Selfie jap sebelum show lagi 5 minit nak mula.

Waktu show ni pulak dari jam 11.20 pagi dan 3 petang. Dekat sini, korang akan dihiburkan dengan keletah-keletah haiwan kecil dari pelbagai spesies yang sudah dilatih menjadi bijak oleh pelatih profesional. Ada jugak kucing, kerbau, dengan kambing. Tapi binatang besaq ni, depa suruh senyum kat penonton je.

Sempena Merdeka Day, naik bendera dulu.
Baru show boleh start.

Pandai dia buang sampah dalam tong.

Rakun tu akan ketuk piring logam tu sebanyak 15 kali.

Black Bear Cat.

Monkey Cat? LOL!

Kucing ni melompat dari jarak 1m melepasi gelung.

Trainer ni letak something kat mulut depa supaya boleh senyum.

Monyet ni mula-mula duduk terkangkang.
Lepas tu dia kepit. Malu punya pasai.


Kasi kiss sikit. Chupp!~

Colours of the Birds

Selalu kalau haiwan kaler-kaler ni, orang akan imejin burung-burung. Burung je yang ada banyak bulu kaler cantik-cantik ni. Nak-nak burung kakak tua. And orang cakap, burung paling cerdik la pasai depa ni pandai bercakap. Show ditamatkan oleh flamingo yang seksi. Lepas show, korang jangan lupa snap pic dengan burung helang. Nampak awesome seh!

Ayam sebagai pembuka tirai show Colours of Birds.

Sebelum mula show, kita naik bendera dulu.

Burung kakak tua main basketball.

Soalan matematik yang diajukan oleh audiens.

First number yg dia amik ialah 6.

Burung ni habaq, dia suka duit kaler merah je.
Banyak dia dpt duit pasai audiens hulur duit merah.

Burung tengah lukis gambar burung. LOL!

Burung ni berlumba dengan burung kakak tua and dia menang.
So, dia dapat buat show khas kat situ.

Burung merpati datang kat dia sbb ada makanan.
Bukan sebab dia gojes. Hehe!

Burung enggang nak tangkap makanan yg dibaling
ke udara oleh trainer.

White-billed sea eagle. Kena pakai leather glove.
Cengkaman kuku dia boleh mengakibatkan kecederaan.

Ada lagi satu show. Wild-wild West Show. Show ni berlatarbelakangkan Western Town. Ada koboi, ada red indian, ada gaduh-gaduh tembak-tembak, and so on lah. Tapi kami tak pergi sebab show dia jam 2.15 petang and perlu check-in hotel (budget hotel je) pukul 2 petang. Boleh je check-in lambat. Tapi takut lambat sangat. Jadi, kami decided tak pergi tengok show yang last ni.


Ingatkan nak pergi Monkey Island. Tapi ramai gila orang. Sesak. Sebab semua orang nak ke sana. Kat situ ada macam-macam spesies monyet. Rugi betul tak pergi. Farm House pun kami tak pergi. Kat sana ada lebih kurang jenis ayam dan pelbagai spesies arnab. Kalau korang tak rush, boleh pergi semua tempat yang ada kat dalam AWS ni.

Masa kami nak keluar ke pintu utama, kami nampak tak ramai orang beratur nak tunggu trak safari. Jadi, inilah masanya untuk Safari Adventure. Yeah! Tapi kan… tempat dia macam tak terbela. Pagar tak sempurna. Bersepah-sepah bahan construction. Memang korang akan nampak tempat tu macam tak terurus.

credit to oditusufi.blogspot.com

Pemandu trak safari tu boleh la jugak dikatakan bawak trak tu gila-gila punya la. Plus akan berlaku pencemaran udara dan bunyi sepanjang adventure korang nanti. And memang korang takkan dapat sangat nak menikmatinya. Driver tu stop pun berapa saat je. lepas tu jalan dia jalan pergi tempat lain. Sape pernah tengok Running Man kat Indonesia tu? Guwa punyalah imejin macam tu la safari adventure ni. Sebaliknya, tidak! Sobs.. sobs.. sobs!

Credit to marqiscareno.blogspot.com


Ni je la yang sempat guwa snap -,-

Sebelum balik, kami singgah jap kat photobooth. Kalau korang perasan, masa korang mula-mula sampai kat AWS, akan ada orang yang suruh korang snap picture and private photographer is not allowed. Tapi ada je orang curik-curik snap. Saya beli gambar yang kami bergambar dengan burung kakak tua. Harga asal RM20. Sebab Hari Merdeka, depa juai RM18. Beli je lah. Buat kenangan kat ARM sana.

Asal ada. Sebagai kenangan. Buat berlagak dekat korang
yang tak pergi lagi sini. Haha!

Jam 1.30 petang, kami gerak keluar dari ARM. Misi seterusnya adalah memburu makanan tengah hari dan check-in penginapan. Lunch ni beli kat warung tepi jalan. Sedap gila makanan dia. Ke sebab saya lapar? Keluar dari ARM, amik belah kanan. Jalan nak ke Alor Gajah.

Lepas tu, kami jalan-jalan dekat Pekan Pulau Sebang/Tampin. Kawan tu pun ada nak beli barang sikit. Jalan masuk ke pekan ni, follow papan tanda nak ke KTM Pulau Sebang/Tampin. Kenapa nama dia macam tu? Sebab memang sebelah-sebelah je sempadan dia. Dalam masa beberapa saat, korang boleh ulang-alik Melaka-Negeri Sembilan. Haha!

Guwa acah-acah pergi N.Sembilan/Melaka
dalam masa beberapa saat je ulang-alik. Haha!

Setel semua benda keperluan. Kami check-in jam 2.40 petang. Lepas solat and makan, masing-masing terbongkang kepenatan. Sambung nanti ye dekat Cowboy Town pulak. Oh? Nak details pasal AWS, sila ke website AWS.

Adios!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

kmsbzd said...

Salam Nadeafu,
Memang macam macam activiti boleh buat kat A Famosa, terbaru shopping Mall Freeport.
Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 2100

kmsbzd said...

Salam Nadeafu,
Memang macam macam activiti boleh buat kat A Famosa, terbaru shopping Mall Freeport.
Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 2100

Post a Comment