27 April 2013

#JelajahLejenFixi -- Bahagian 1

Tadi saya pergi pesta buku. Saya pergi dengan jiran saya. Sebenarnya saya tak suka pergi tempat ramai orang ni. Tapi sebab buku adalah kesukaan saya, saya pergi juga. Saya ambil risiko untuk menuju ke tempat yang ramai orang.


Jiran saya merangkap kawan saya suka sangat dengan buku-buku Jemari Seni lebih-lebih lagi karya tulisan Hlovate. Dan dia juga tahu saya ni suka gila dengan Buku Fixi dan Lejen Press. Macam mana dia tahu pun saya tak tahu. Sebab tadi dia tunjukkan kat saya nombor booth #JelajahLejenFixi tu masa saya duduk tercongok depan papan maklumat.

Kami pergi ke booth JS dahulu sebab dia nak beli buku baru Hlovate. Tajuk dia Anthem kot. Orang cakap tu buku baru Hlovate. Saya pun tak pasti sebab saya tak baca karya Hlovate. Mula-mula saya ikut belakang jiran saya. Lama-lama saya macam ketinggalan sikit sebab ramai orang. Padat macam sardin dalam tin. Bila dia dah sampai dekat depan booth JS, saya tunggu di satu sudut.

Dah lama sikit saya tuggu tu, saya rasa mual, loya dengan pening sikit, kepala pusing-pusing. Saya single lagi. Nanti anda ingat saya mengandung pulak. Saya amik keputusan untuk tunggu jiran saya di pintu keluar saja bila saya ternampak ada satu pintu dekat dengan booth JS tu. seperti nampak cahaya harapan di situ.

Bila saya keluar, saya tengok lagi ramai orang. Patutlah. Rupa-rupanya booth JelajahLejenFixi dekat situ. Saya tengok orang ramai beratur panjang sebab nak bayar buku-buku yang dorang beli. Kemudian saya berdiri dekat satu sudut. Terlindung sikit dengan bunting yang dorang letakkan kat situ. Lama saya berdiri kat situ. Depan saya ada orang duduk atas kerusi. Mulanya saya tak perasan. Rupa-rupanya beliau adalah Brian Gomez, penulis buku Fixi Novo berjudul Devil's Place.

Saya tengok jam. Dah pukul 1pm. Mana penulis-penulis ni? Saya nak autograf mereka. Lepas tu saya nampak Shaz Johar. Dia penulis buku berjudul Kougar, Tabu, Mental dan Cerpen Shaz Johar. Ada lagi sorang penulis. Tapi saya tak kenal. Baru saya tahu dia tu penulis Angus,Himself, Timid dengan Five Thieving Bastards -- A.B. Hisham.

Bila saya dengar staf bertugas di booth tu buat pengumuman untuk sesi autograf, saya masih tak berganjak. Sebab saya macam segan jugak mulanya. Ini adalah kali pertama saya minta autograf penulis. Beberapa minit saya tunggu, masih tiada orang. Saya pun keluarkan buku-buku saya dan melangkah ke hadapan mereka.

"Abang-abang sekalian, saya nak minta autograf boleh?"

"Siapa nama, ye?"

Gembiranya saya. Saya orang pertama yang amik autograf mereka.

Tak berapa lama lepas tu, kawan saya keluar dari booth JS. Kami duduk sebentar sebab saya kesian tengok kawan saya terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai untuk dapatkan buku kesukaan dia.

Kemudian, kami pergi makan. Kami tak tahu nak makan apa kat PWTC tu. The Mall tengah renovate dan diganti dengan Sunway Putra Mall. Nasib baik ada A&W. Boleh la buat alas perut walaupun nampak staf makanan segera tu macam kelam-kabut. Tak cukup duit tukar. Salah bagi baki tak payah cakap da la.

Akhirnya, saya balik dengan tangan kosong -- saya tak beli satu buku pun. Sebab buku Lejen press banyak keluar buku baru esok atau lusanya. Jadi saya bercadang untuk datang lagi ke pesta buku pada 1hb Mei ni. Walaupun saya balik dengan tangan kosong, tapi misi -- nak dapatkan autograf penulis telah berjaya.

Sekian, terima kasih.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment