18 April 2013

Coronectomy - Pilihan lain untuk gigi bongsu terimpak

Salam semua. Entri kali ni aku nak cerita pasal gigi. Boleh dikatakan juga sebagai sambungan dari operkulektomi la kot.

Kira-kira 3 minggu lepas, Klinik Bedah Mulut (KBM), UKM ada call bertanyakan pasal surgey untuk gigi bongsu aku. Aku pun sebenarnya tak sure jugak apa jadi dengan gigi bongsu aku ni lepas surgery yang lalu. Sebabnya, ada satu appointment - review operkulektomi tu aku skip. Lagi pun masa tu cuti Awal Muharam kalau tak silap. Kompem la klinik pun cuti, ye dak? So, aku biarkan je la and malas nak follow up balik.

Jadi, dorang panggil aku datang untuk follow up balik gigi bongsu tu. Aku pun pergi la jugak sebab nak tahu cerita seterusnya. Macam biasa, temu janji kat KBM tu selalu waktu petang dalam pukul 2pm macam tu. Tapi make sure sebelum pukul 2pm, korang dah register.
 

Then, student dentist yang incharge kes korang akan panggil nama. Bila nama aku dah dipanggil, aku follow je la student tu. Sebenarnya, appointment yang ni lebih kepada review la kot. Bila dah sampai turn student tu present kes patient dekat Dr. Gigi - Dr. Nazimi, Dr. suruh buat CBCT (Cone Beam CT). Masuk ni dah kali kedua aku buat CBCT. First, sebelum nak buat operkulektomi. Then, second ni nak decide prosedur apa yang sesuai untuk surgery.

Kes kamu ni dah lama la jugak ye, dah nak setengah tahun. Lagi pun kamu memang nak buang kan gigi bongsu tu?”. Aku angguk saja sambil tersenyum.

Bercakap pasal Dr. Nazimi, bagi aku dia lah Dr. yang paling best (?) kot. Sebab setiap kali aku pegi appointment, mesti ada dia. Tu salah satu sebab kenapa aku suka pergi appointment waktu petang compare dengan datang review saja pada waktu pagi kat KBM tu. Aku bukan nak diskriminasi ke ape ke, aku just suka cara dia approach and treat patient. Lagi pun, senang kerja aku jugak. Tak payah nak ulang-ulang balik untuk perjelaskan situasi kes aku setiap kali asyik bertukar-tukar Dr. Masa surgery operkulektomi pun, Dr. Nazimi yang buat jugak.

nampak tak gigi bongsu sebelah kanan bawah?
akar gigi tu kemain bengkok macam mata kail.
dekat dengan saraf pulak tu.

Ok, sambung balik. Lepas dah buat dental x-ray, Dr. explain pasal kedudukan gigi bongsu aku tu. Kalau tengok x-ray biasa (panoramic radiograph), memang akar gigi bongsu aku tu nampak mcm dah sentuh Inferior Alveola Nerve (IAN) - saraf yang bagi deria rasa dekat bibir dan dagu. Tapi bila tengok imej dari CBCT, sebenarnya ada gap sikit antara akar gigi dengan saraf tu. Seperti yang telah dijelaskan, walaupun ada gap sikit, mungkin juga akan terkena saraf akibat tekanan masa buat surgery. Jadi, beliau mencadangkan coronectomy.

Nama prosedur ni, Coronectomy. Kamu boleh cek la details pasal prosedur ni”.

Coronectomy is a technique that reduces morbidity of the nerve after operation on high-risk mandibular third molars. This two-part paper aims to give an overview of the technique and a description of common problems that can be encountered during and after operation. In this paper we discuss the technique as an overview and then each type of impaction more specifically. We also explore common problems encountered during the procedure and their subsequent management (Gleeson et al.,2012)”.

The technique of coronectomy is defined as removing the crown of a tooth but leaving the roots untouched, so that the possibility of nerve damage is reduced. Coronectomy is a preferable technique for patients who run a risk of injury to the inferior alveolar nerve during third molar surgery (Dolanmaz et al., 2009)”.

Coronectomy appears to be a reliable technique to protect the IAN from damage. This procedure has a low incidence of complications (Sencimen et al., 2010)”.

prosedur coronectomy

Masa nak setkan tarikh utk surgery, Dr. cakap biar student ni yang incharge sebab dia yang review aku. Bila dia selak balik jadual dia, turn dia bulan Jun nanti. Mananya aku nak tunggu sampai 3 bulan? Tiba-tiba aku teringat student dengan group dia yang join sama masa buat operkulektomi dulu.

“Student yang buat operkulektomi dulu tu, tak boleh ke Dr.?”
Cuba awak cek jadual dia

Dr. tanya kat student dia. Student tu pun belek lagi sekali jadual klinikal dorang.

“Lagi dua minggu Dr.”
Haa. Bagus sangat la tu. So, nanti awak tolong explain dekat dia kes patient ni ye

**********
Then, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Macam biasa - daftar kat kaunter ambil nombor, pergi KBM follow tapak kaki warna merah, tunggu student panggil nama, komunikasi dua hala patient - student, student present kes dekat Dr., Dr. approved, tandatangan consent form then proceed surgery.

kemain cantik no dia, 2020
oh! guwa bawak PECAH buat teman

Complications: swelling, pain and bleeding”. Aku sempat menjeling isi kandungan borang persetujuan tu.

Student akan inject ubat bius. Nak kasi kebas dekat lidah, bibir dengan dagu. Lepas tu tunggu sat, sampai la dah betul-betul kebas - aku tak rasa sakit bila dorang cucuk-cucuk dekat area tu.

Kat bawah ni aku share gambar-gambar je la ea? Aku nak explain in terms of medical pun, bukannya reti sangat. Gambar ni bukanlah gambar aku, tapi apa yang aku alami sewaktu pembedahan tempoh hari, sama je macam dalam gambar-gambar ni.

time ni aku rasa mcm dorg tgh korek-korek (?)
retraction of buccal tissues
time ni doktor tgh gerudi gigi. walaupun tak sakit, tapi ngilu

Haa. Time ni Dr. Nazimi ada bagitahu aku, "Saya nak patahhkan gigi kamu ni. Kamu jangan terkejut pulak ye". Apa je yang aku boleh buat selain menganggukkan kepala yang tak berapa nak angguk tu.

lepas surgery tu aku lupa nak mintak gigi aku -,-
the surface of the root after finishing with a rose-head bur
dah setel! doktor akan jahit gusi ngkorg

Ada satu habit (habit ke?) aku time minor oral surgery ni, aku rasa mengantuk sangat. Walaupun aku pejam mata saja, and fikiran aku masih ligat memproses apa yang doktor dengan team dia tgh buat, tapi aku rasa macam aku tertido sepanjang prosedur tu dijalankan. Sampaikan aku rasa serba salah sebab lambat bagi respons setiap kali Dr. Nazimi try nak berkomunikasi dengan aku.

And lastly, masa Dr. nak jahit gusi tu dia tanya aku ada rasa sakit kat mana-mana tak? Rasa sakit tu memang ada. Macam yang aku bagitahu, aku lambat respons sebab 'tertido'. Then Dr. suruh student dia inject (block kot?) lagi kat tempat operate tu and Dr. kasi makan ubat painkiller siap-siap. Sebelum ni aku dapat Ponstan. Tapi kali ni aku dapat Voltaren dengan antibiotik Amoxicillin.

Aku dapat MC 3 hari dan kembali semula bertugas pada 18 April 2013, datang semula untuk pemeriksaan pada 13 Mei 2013. Macam biasa, pukul 2pm. Haha!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Ho Wency said...

Dear sir/madam,

I am a public health practitioner in Hong Kong, I write a column in a health magazine to general public voluntarily for educational purpose in Chinese. I attach two articles for your reference.
http://www.3phk.com/

The coming article is mainly for coronectomy.

I would like to request for the permission to use some of the following photos.
http://nadiahrafie.blogspot.hk/2013/04/coronectomy-pilihan-lain-untuk-gigi.html


We acknowledge honorable original authors and publisher with the proper citation.

Could you please reply as soon as you can? I want to use it in the coming article.

Thanks alot.

Cecilia

nadeafu chan said...

Dear Ho Wency.

Sorry for the delay. As I stated in the entry above, all of the following photo I just coincidentally Google up except with the watermark, that's my original picture.

Thanks.

Post a Comment