12 December 2012

Gigi bongsu terimpak – Operkulektomi


10 Disember 2012 – seperti yang ditulis dalam kad temujanji.

Ni appointment aku yang ketiga dengan doktor gigi. Dah tiga kali jumpa, tapi gigi bongsu aku tak cabut-cabut lagi. Sepertinya kedengaran agak kompleks. Bukan agak sebenarnya tapi sangat kompleks. Selagi ada alternatif lain, dorang akan guna alternatif yang ada sebelum betul-betul tak dek pilihan lain dan akhirnya gigi bongsu aku ni boleh dicabut.

Keadaan gigi aku seperti dalam gambar 'D'


Aku kira, ini penyelesaian yang kedua. Sebab yang pertama tu, dorang dah cabut gigi bongsu sebelah atas yang tak dek salah apa-apa tu. Then, gigi bongsu yang sebelah bawah ni masih sakit jugak.

**********

Operkulektomi – agak janggal ejaan melayunya. Oklah, aku tulis dalam English – Operculectomy.

Operkulum (operculum) - cebisan tisu gusi yang menutupi gigi bongsu yang tumbuh separuh atau dalam bahasa rojak kau; tak habis tumbuh. Aku rasa bukan untuk gigi bongsu je. Mana-mana gigi la kot asalkan ada cebisan tisu gusi yang menutup gigi kau. Aku rasa-rasa je la. Kalau salah, maafkan aku.

Gigi yang tumbuh separuh ni senang sangat nak dapat jangkitan dan masalah gusi plus mudah mereput. Boleh jugak mengakibatkan keradangan gusi serta jangkitan pada gusi yang berhampiran. Sebabnya? Susah nak gosok kat bahagian dalam tu. Kena guna berus gigi yang hujung dia runcing.. Kot? Haha!

Apesal ayat aku macam skema sangat ni? Ok, sambung balik.

Untuk meneruskan rawatan gigi yang tumbuh separuh ni, operkulum yang ada (tutup) kat gigi tu kene buang melalui surgery. Scary tak dengar word surgery? Kahkah! Nama surgery tu ialah operkulektomi.

Lazimnya, operkulektomi ni dijalankan untuk rawatan gigi bongsu terimpak yang tidak tumbuh sepenuhnya, atau tumbuh separuh saja. Macam gigi aku lah. Sobs..sobs!

Ada tiga cara nak buat prosedur pembedahan kecil ni (seperti yang telah diperjelaskan oleh Dr. Nazimi kepada student dentist dia) – laser, gingivectomy knife, dengan electrosurgical loop. Time aku buat ritu, doktor guna kaedah yang ketiga tu – electrosurgical loop.

Haa! Sebijik macam kondisi yang aku alami sekarang

Aku boleh rasa masa dia buat operkulektomi tu, tapi bukan rasa sakit la. Sebab student tu dah bius siap-siap. Plus, aku bau hangit. Musykil jugak sebenarnya. Bila dengar Dr. Nazimi sebut word ‘burn’, ini mengesahkan lagi bau hangit yang aku hidu tu.

Masalah rawatan ni pulak, ada kemungkinan tisu tu akan tumbuh balik – opekulektomi kene buat lagi sekali. Kadar pertumbuhan tisu tersebut berbeza, bergantung pada individu. Ada yang tumbuh cepat, ada yang tumbuh lambat. Ada yang tak tumbuh? Tu aku tak pasti.

sumber gambar: Incik Google

Masalah lain pulak – deria rasa kau pada lidah mungkin akan hilang untuk beberapa bulan plus berlaku pendarahan yang melampau. Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat masa aku buat surgery ni.

Masa appointment first, gigi bongsu sebelah atas dah buang. So, tak dek lah mengganggu luka bekas operkulektomi ni. Hari pertama dan kedua, aku makan bubur saja la. Sobs..sobs! 


Baiklah! Appointment seterusnya adalah lagi dua minggu. Semoga bertemu kembali.

p/s: Aku ni dah macam nak amik exam dentist plak. Google info kemain lagi haa!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

^Debunga Bahasa^ said...

salam...saya pun tgh merana benda yg sama,dah 4 hari..pipi bengkak, nk bukak mulut pun sakit gile...mkn x telan,terus kunyah...doktor bg painkiller n antibiotik...nti kena dtg balik...kalau x ok, kena bedah katanya...kos dlm rm400-800..awak kena berapa??

nadeafu chan said...

@ ^Debunga Bahasa^ : wsalam. saya kurang pasti caj yang dikenakan sebab saya guna GL. rasa-rasanya beratus jugak kot. hehe. tapi gigi bongsu saya ni tak buang lagi sebab dekat dgn saraf

Post a Comment