Update: Versi baru klik sini.
Entri ni khas aku buat untuk
mereka diluar sana yang nak beli Buku Fixi secara online tetapi kurang jelas
bagaimana caranya. Dah banyak kali jugak la (ada dalam 3, 4 kali kot) Buku Fixi
RT (retweet) persoalan dari peminat-peminat dorang kepada aku macam mana nak
beli Buku Fixi secara online ni.
Aku ok je, tak kesah. Tak menjadi beban pun. Malahan, aku
senang membantu. Tapi kau paham-paham sendiri je la. Dengan Twitter tu, macam
mana kau nak explain dengan lebih terperinci cara pembelian Buku Fixi secara
online dengan berbekalkan 140 aksara sahaja?
Mula-mula nak beli tu, senang
cakap first time la, memang pening sikit. Aku pun pernah tanya Buku Fixi, macam
mana nak beli buku-buku diorang secara online ni. Jadi, aku paham perasaan ‘orang
yang bertanya macam mana nak beli Buku Fixi secara online’ dan perasaan ‘orang
yang kene explain cara membeli Buku Fixi secara online dengan 140 aksara’.
Aku harap step yang aku akan
tunjukkan nati, korang boleh follow la ye. Aku bukan reti sangat buat tutorial
ni. So, sekarang tarik nafas, hembus nafas, bertenang dan mulakan shopping
online ngkorang.
Korang pergi dekat page fixi.com.my ni, nanti akan keluar page yang macam dalam gambar kat atas ni. Kalau korang belum pernah register, silakan klik button 'Login' macam dalam kotak merah tu. Tak nak register sekarang pun tak pe. Tapi bagi aku, baik register awal-awal sebab masa korang nak checkout nanti, kene register jugak.
abaikan ruang username dengan password yg dah berisi tu -,- |
Lepas korang klik 'Login' tadi, akan keluar page macam ni. Klik 'Register' macam yang dalam kotak merah tu.
masukkan username dengan emel korang |
Lepas korang dah register, akan keluar page macam dekat atas tu. Sila abaikan saja. Ini berkaitan korang punya info. Nak kemaskini maklumat peribadi korang, dekat page ni. Then, terus klik 'Buku Fixi' macam dalam kotak beserta anak panah tu.
Kemudian, korang akan terus dibawa ke halaman utama fixi.com.my tu. Dekat sederet toolbar atas tu jugak, korang klik je la button 'Kedai Fixi'.
Sebagai contoh kalau korang nak beli Fixi 6-pack. Jangan lupa! Sila nyatakan judul buku pilihan anda. Boleh tulis dalam box tu. Korang klik 'Add To Cart' tu. Then akan keluar satu pemberitahuan macam dalam kotak putih tu -- You just added "(Fixi) 6-PACK to your cart. Kalau korang nak usha buku-buku lain, nak beli tshirt ke ape ke, klik 'Continue Shopping'. Rasa dah puas hati dengan buku yang korang nak? Klik 'Go To Checkout' pula.
lepas da klik 'Go To Checkout', akan keluar page ni |
macam biasa, lengkapkan form (billing/contact dan shipping) details ni |
Mohon korang fahamkan betul-betul cara pembayarannya ye! Jangan lupa tick pada box 'I agree to The Terms and Conditions' dia tu selepas korang dah baca terma dan syaratnya (kalau rajin). After that, klik 'Make Purchase'.
Tak berapa lama lepas tu, korang akan dapat satu emel dari Buku Fixi. Mohon cek inbox korang jugak ye!
first emel dari Buku Fixi - Order Pending: Payment Required |
Tak kira la cara macam mana yang korang guna untuk membuat pembayaran, jangan lupa lampirkan sekali bukti pembayaran. Reply je balik emel 'Order Pending: Payment Required' yang Buku Fixi hantar kat korang tu.
Aku selalu lupa kadang-kadang tajuk buku yang aku order. So, masa korang sertakan sekali bukti pembayaran ni, korang boleh sertakan sekali tajuk bagi keenam-enam buku Fixi yang korang berkenan nak borong.
lepas tu boss Buku Fixi yang macho lagi hensem tu akan segera membalas emel korang |
Korang akan dapat satu lagi emel dari Buku Fixi iaitu 'Purchase Receipt' setelah selesai korang membuat bayaran untuk buku tersebut. Mana-mana yang sudah bekerjaya, boleh lah simpan resit ni sebagai bukti untuk pelepasan cukai nanti. RM1000 beb pelepasan cukai untuk pembelian buku, majalah atau jurnal. Haha!
Selepas Buku Fixi dah pos buku yang korang order, korang akan dapat satu lagi emel pasal 'Product Tracking'. Kalau nak trace sangat buku korang dah sampai kat mana, boleh guna nombor tersebut pergi cek kat laman web sini. Oh ye! Mereka akan pos setiap order yang diterima pada hari Isnin dan Khamis. Kalau tak silap.
Ok, selesai! Selamat membeli-belah buku-buku Fixi secara atas talian.
**********
guwa rasa guwa dah kotakan kata guwa. kot? -,- |
p/s: selamat menjadi penagih Buku Fixi. Haha!
11 comments:
MYR tu sama mcm RM ke ?
ye. Malaysia Ringgit (MYR)
saya ada try beli guna wassap.mula2 dia reply bagi no akaun buku fixi semua. then sy pun bank in dan reply wassap beserta bukti pembayaran.namun xda respon lagi selepas tu. sekurangnya dia respon ok atau diterima ka apa. takut dia terlepas pandang.
@Ash-The-Latitude: cuba try call or whatsapp dia semula. mcm yg awak ckp, takut dia terlepas pandang :)
bukti tuhh,, kena letak resit yg kite dh bank in tuhh ke?
@Hakeem Haikal: bukti apa? Kalau bukti pembayaran, yes kena bagi yg tu :)
nty dye htr mcm mne erk.. trus ke rumah ke??klau kite xde kat umah mcm mne
Hantar by postage ikut alamat yg kita letak. Kalau kat rumah takdak org, posmen akan tinggalkan notis and blh ambil brg dipejabat pos.
sye da byr..and sye da htr da bukti bayaran..tpi dye xbalas lagi..mcm mne nk contact amir tu ye??
Kadang2 mmg lambat sikit dia respons. Ikut turn. Boleh tweet dia or blh try contacts through website fixi.com.my tu
DATUK YIP KUM FOOK is various bribe money of the Buddhist temple or SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION because he is the president of the Temple; also all the old members, committee and resident monks rejected. Now he hires Myanmar Buddhist monks to guard the temple because the Myanmar monks do not know what he is doing.
We need to complain to the Malaysian Anti-Corruption Commission (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) because this is what makes Buddhism destroyed and of low value in the future, this Datuk Yip Kum Fook also cheats people's money and cheats women for sex everywhere...he also has a lawyer's office in Taman Desa Jaya, Kepong. This office to catch customers and now the internet is full of people's comments and posts
We hope the Malaysian government will act quickly on Datuk Yip Kum Fook, the Chinese community said, he has more houses and money but the property is not his name, it is a name for his relatives.
Share by Ms Ng and friends
Post a Comment