22 March 2013

Cara-cara nak beli Buku Fixi secara online

Salam semua.

Update: Versi baru klik sini.

Entri ni khas aku buat untuk mereka diluar sana yang nak beli Buku Fixi secara online tetapi kurang jelas bagaimana caranya. Dah banyak kali jugak la (ada dalam 3, 4 kali kot) Buku Fixi RT (retweet) persoalan dari peminat-peminat dorang kepada aku macam mana nak beli Buku Fixi secara online ni. 


Aku ok je, tak kesah. Tak menjadi beban pun. Malahan, aku senang membantu. Tapi kau paham-paham sendiri je la. Dengan Twitter tu, macam mana kau nak explain dengan lebih terperinci cara pembelian Buku Fixi secara online dengan berbekalkan 140 aksara sahaja?

Mula-mula nak beli tu, senang cakap first time la, memang pening sikit. Aku pun pernah tanya Buku Fixi, macam mana nak beli buku-buku diorang secara online ni. Jadi, aku paham perasaan ‘orang yang bertanya macam mana nak beli Buku Fixi secara online’ dan perasaan ‘orang yang kene explain cara membeli Buku Fixi secara online dengan 140 aksara’.

Aku harap step yang aku akan tunjukkan nati, korang boleh follow la ye. Aku bukan reti sangat buat tutorial ni. So, sekarang tarik nafas, hembus nafas, bertenang dan mulakan shopping online ngkorang.


Korang pergi dekat page fixi.com.my ni, nanti akan keluar page yang macam dalam gambar kat atas ni. Kalau korang belum pernah register, silakan klik button 'Login' macam dalam kotak merah tu. Tak nak register sekarang pun tak pe. Tapi bagi aku, baik register awal-awal sebab masa korang nak checkout nanti, kene register jugak.

abaikan ruang username dengan password yg dah berisi tu -,-

Lepas korang klik 'Login' tadi, akan keluar page macam ni. Klik 'Register' macam yang dalam kotak merah tu.

masukkan username dengan emel korang

Lepas korang dah register, akan keluar page macam dekat atas tu. Sila abaikan saja. Ini berkaitan korang punya info. Nak kemaskini maklumat peribadi korang, dekat page ni. Then, terus klik 'Buku Fixi' macam dalam kotak beserta anak panah tu.

Kemudian, korang akan terus dibawa ke halaman utama fixi.com.my tu. Dekat sederet toolbar atas tu jugak, korang klik je la button 'Kedai Fixi'. 


Sebagai contoh kalau korang nak beli Fixi 6-pack. Jangan lupa! Sila nyatakan judul buku pilihan anda. Boleh tulis dalam box tu. Korang klik 'Add To Cart' tu. Then akan keluar satu pemberitahuan macam dalam kotak putih tu -- You just added "(Fixi) 6-PACK to your cart.  Kalau korang nak usha buku-buku lain, nak beli tshirt ke ape ke, klik 'Continue Shopping'. Rasa dah puas hati dengan buku yang korang nak? Klik 'Go To Checkout' pula.

lepas da klik 'Go To Checkout', akan keluar page ni
macam biasa, lengkapkan form (billing/contact dan shipping) details ni

Mohon korang fahamkan betul-betul cara pembayarannya ye! Jangan lupa tick pada box 'I agree to The Terms and Conditions' dia tu selepas korang dah baca terma dan syaratnya (kalau rajin). After that, klik 'Make Purchase'.

Tak berapa lama lepas tu, korang akan dapat satu emel dari Buku Fixi. Mohon cek inbox korang jugak ye!

first emel dari Buku Fixi - Order Pending: Payment Required


Tak kira la cara macam mana yang korang guna untuk membuat pembayaran, jangan lupa lampirkan sekali bukti pembayaran. Reply je balik emel 'Order Pending: Payment Required' yang Buku Fixi hantar kat korang tu. 

Aku selalu lupa kadang-kadang tajuk buku yang aku order. So, masa korang sertakan sekali bukti pembayaran ni, korang boleh sertakan sekali tajuk bagi keenam-enam buku Fixi yang korang berkenan nak borong.

lepas tu boss Buku Fixi yang macho lagi hensem tu akan segera membalas emel korang

Korang akan dapat satu lagi emel dari Buku Fixi iaitu 'Purchase Receipt' setelah selesai korang membuat bayaran untuk buku tersebut. Mana-mana yang sudah bekerjaya, boleh lah simpan resit ni sebagai bukti untuk pelepasan cukai nanti. RM1000 beb pelepasan cukai untuk pembelian buku, majalah atau jurnal. Haha!


Selepas Buku Fixi dah pos buku yang korang order, korang akan dapat satu lagi emel pasal 'Product Tracking'. Kalau nak trace sangat buku korang dah sampai kat mana, boleh guna nombor tersebut pergi cek kat laman web sini. Oh ye! Mereka akan pos setiap order yang diterima pada hari Isnin dan Khamis. Kalau tak silap.


Ok, selesai! Selamat membeli-belah buku-buku Fixi secara atas talian.

**********
guwa rasa guwa dah kotakan kata guwa. kot? -,-

p/s: selamat menjadi penagih Buku Fixi. Haha!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

11 comments:

Anonymous said...

MYR tu sama mcm RM ke ?

nadeafu chan said...

ye. Malaysia Ringgit (MYR)

Ash-The-Latitude said...

saya ada try beli guna wassap.mula2 dia reply bagi no akaun buku fixi semua. then sy pun bank in dan reply wassap beserta bukti pembayaran.namun xda respon lagi selepas tu. sekurangnya dia respon ok atau diterima ka apa. takut dia terlepas pandang.

nadeafu chan said...

@Ash-The-Latitude: cuba try call or whatsapp dia semula. mcm yg awak ckp, takut dia terlepas pandang :)

Hakeem Haikal said...

bukti tuhh,, kena letak resit yg kite dh bank in tuhh ke?

nadeafu chan said...

@Hakeem Haikal: bukti apa? Kalau bukti pembayaran, yes kena bagi yg tu :)

Anonymous said...

nty dye htr mcm mne erk.. trus ke rumah ke??klau kite xde kat umah mcm mne

nadeafu chan said...

Hantar by postage ikut alamat yg kita letak. Kalau kat rumah takdak org, posmen akan tinggalkan notis and blh ambil brg dipejabat pos.

Anonymous said...

sye da byr..and sye da htr da bukti bayaran..tpi dye xbalas lagi..mcm mne nk contact amir tu ye??

nadeafu chan said...

Kadang2 mmg lambat sikit dia respons. Ikut turn. Boleh tweet dia or blh try contacts through website fixi.com.my tu

Syira Elias said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment