19 December 2012

Review Buku FIXI - MENTAL



Judul: MENTAL
Penulis: Shaz Johar
Penerbit: Buku Fixi (002016254-V)
Cetakan Pertama: November 2012
Tempat Penerbitan: Petaling Jaya, Selangor
Halaman: 300 mukasurat
Harga: RM19.90

**********

Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental.  Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!

Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.

Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?

MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.

**********
Cara aku review buku, maybe tak sama dengan orang lain. Ada yang skema, ada yang sempoi, ada yang ikut suka hati. Tapi bila kau orang dah bukak blog ni, bace review MENTAL dekat sini, ini adalah cara aku. Berikut aku senaraikan 10 perkara  utama yang aku dapat dalam MENTAL ni. Oh! Ini adalah idea yang aku dapat dari penulis tu sendiri setelah dia membalas kicauan aku di Twitter.

1: Kau orang mesti pernah dengar kan frasa ayat ni - kadang-kadang bercerita dengan stranger lebih selesa dari bercerita dengan orang yang kita dah kenal. Dalam MENTAL, penulis telah mengetengahkan frasa tersebut. Ini ditunjukkan oleh watak Maya semasa dia bercerita mengenai kisahnya kepada Kisya ketika mereka bertemu di sebuah perhentian bas, dan juga Kisya menceritakan kisahnya kepada Maya. Walhal mereka saling tidak mengenali.

2: Aku tak tahu apa istilah dia dalam bahasa sastera. Tapi dalam MENTAL ni, penulis telah menggunakan teknik (teknik ke?) penceritaan semula. Maksudnya, keseluruhan isi dalam novel yang aku, kau orang baca ni telah diceritakan semula oleh Maya kepada Kisya. Nampak tak?

3: Perangai Rashid dengan Rania ni macam langit dengan bumi. Rashid, abang kepada Rania. Berumur 20 tahun. Rania, adik kepada Rashid,berumur 18 tahun. Rania rajin menolong Maya meringankan kerja-kerja rumah. Rashid pulak sebaliknya plus dia ada perangai pelik. Dia tak suka dengan anggota badan dia plus dia nak potong tangan dia. Nak tahu apa penyakit dia? Kau orang baca sendiri.

4: Benjamin, salah satu watak dalam MENTAL. Mengaku sebagai jiran bersebelahan rumah dengan Tuan Jin sekeluarga. Benjamin ni macam ada kuasa magik je aku rasa kadang-kadang. Tahu-tahu je dah duduk melepak berborak dengan Maya. Siap belikan Maya Blackberry 8250. Dorang ada skandal ke? Salah ke kalau jiran sebelah nak mengorat pembantu rumah jiran dia? Apesal Tuan Jin tak suka Maya rapat dengan Benjamin? Baca sendiri. Haha!

5: Aku tak pernah tahu kalau-kalau Taiping tu terkenal dengan popia basah. Masa mula-mula baca MENTAL, kot la kan betul-betul Taiping tu terkenal dengan makanan tersebut. Da lama-lama aku baca, rupanya ada maksud lain jugak. Dalam MENTAL, perkataan popia basah tu dabel meaning, tahu? Last-last, aku pun tak tahu samada nak percaya atau tak. Haha!

6: Ada satu part, Benjamin ajak Maya pergi gereja. Maya menolak sebab takut nanti dikatakan murtad secara tak sengaja. Tapi Maya follow Benjamin jugak bila Benjamin janji nak cerita pasal orang gaji Benjamin, Yanti yang dikatakan hilang secara misteri dan mati kene bunuh. Apa-apa pun, sesuatu perkara tu takkan terjadi kalau hati kita sendiri tak nak perkara itu terjadi. Benjamin siap sindir Maya, suruh mengucap balik.

7: Kau orang pernah dengar perkataan beard? Bukan beard - janggut tu. Ni beard lain, maybe lebih kepada hubungan sejenis. Kalau dalam MENTAL, yang aku paham maksud dia gay dengan lesbian berkapel sebab nak cover lain. Part ni masa Benjamin ajak Maya ikut dia pergi majlis kawen kawan Benjamin.

8: Konflik dalam keluarga. Berserabut aku baca konflik antara dia orang ni. Maya merelakan saja beliau dijadikan tempat Tuan Jin melampiaskan nafsunya padahal waktu mula-mula dulu dia menolak. Puan Sierra mengalami tekanan perasaan kerana suaminya menduakannya. Rashid tak habis-habis nak ugut Maya dengan menyebarkan gambar Maya kantoi dengan Tuan Jin sewaktu bersenggama, Rania pulak sebok dikatakan mahu murtad, plus ada banyak lagi. Cerita semua tak best la, ye dak?

9: Pertukaran identiti yang secara tiba-tiba. Masa ni kat kafe. Kisya dan Maya pergi ke sebuah kafe sebab dorang dah kelaparan tengah malam. Kemudian, Kisya meminta tolong Maya untuk mengambilkan surat khabar di rak. Air muka Kisya terus berubah bila membaca berita yang tersiar di surat khabar tersebut. Siapakah Maya yang sebenarnya?

10: Haaa. Ni part yang last sekali. Aku kurang paham. Sebenarnya, Raudhah tu da sihat ke belum? Tiba-tiba lepas Benjamin pulang dari melawat Raudhah, Rashid dengan Rania pulak datang. Raudhah siap suruh Rashid dengan Rania tu pergi masuk dalam (tak pasti rumah atau hospital) suruh diorang pergi lunch sebab masing-masing bising mulut belum disumbat.

Siapa Maya sebenarnya? Kenapa semua orang termasuk Pak Bado, Mak Itam, Benjamin suruh Maya jadik Raudhah? Apa kaitan Raudhah dengan Tuan Jin dan sekeluarga? Kenapa Maya dilarang sama sekali menyebut nama Rashid dan Rania jika nak keluar dari hospital? Mahukan jawapan? Baca sendiri.

Selamat menyelami MENTAL!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

jejaka anggun said...

thank you. bagus reviewnya.

Anonymous said...

good review.. (Y)

Post a Comment