Judul: MENTAL
Penulis: Shaz Johar
Penerbit: Buku Fixi (002016254-V)
Cetakan Pertama: November 2012
Tempat Penerbitan: Petaling Jaya, Selangor
Halaman: 300 mukasurat
Harga: RM19.90
**********
Bagi
Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia
sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra
mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan
Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!
Mereka
semua gila. Mereka semua punya cerita.
Tetapi
kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi
bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan
dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar
untuk dia ungkaikan?
MENTAL
mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata,
mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.
**********
Cara aku review buku, maybe
tak sama dengan orang lain. Ada yang skema, ada yang sempoi, ada yang ikut suka
hati. Tapi bila kau orang dah bukak blog ni, bace review MENTAL dekat sini, ini
adalah cara aku. Berikut aku senaraikan 10 perkara utama yang aku dapat dalam MENTAL ni. Oh! Ini adalah idea yang aku dapat dari penulis tu sendiri
setelah dia membalas kicauan aku di Twitter.
1: Kau orang mesti pernah dengar kan frasa ayat ni - kadang-kadang
bercerita dengan stranger lebih selesa dari bercerita dengan orang yang kita
dah kenal. Dalam MENTAL, penulis telah mengetengahkan frasa tersebut. Ini ditunjukkan
oleh watak Maya semasa dia bercerita mengenai kisahnya kepada Kisya ketika mereka
bertemu di sebuah perhentian bas, dan juga Kisya menceritakan kisahnya kepada
Maya. Walhal mereka saling tidak mengenali.
2: Aku tak tahu apa istilah dia dalam bahasa sastera. Tapi dalam
MENTAL ni, penulis telah menggunakan teknik (teknik ke?) penceritaan semula. Maksudnya,
keseluruhan isi dalam novel yang aku, kau orang baca ni telah diceritakan
semula oleh Maya kepada Kisya. Nampak tak?
3: Perangai Rashid dengan Rania ni macam langit dengan bumi. Rashid,
abang kepada Rania. Berumur 20 tahun. Rania, adik kepada Rashid,berumur 18
tahun. Rania rajin menolong Maya meringankan kerja-kerja rumah. Rashid pulak sebaliknya plus dia ada
perangai pelik. Dia tak suka dengan anggota badan dia plus dia nak potong
tangan dia. Nak tahu apa penyakit dia? Kau orang baca sendiri.
4: Benjamin, salah satu watak dalam MENTAL. Mengaku sebagai jiran
bersebelahan rumah dengan Tuan Jin sekeluarga. Benjamin ni macam ada kuasa
magik je aku rasa kadang-kadang. Tahu-tahu je dah duduk melepak berborak dengan
Maya. Siap belikan Maya Blackberry 8250. Dorang ada skandal ke? Salah ke kalau jiran sebelah nak mengorat pembantu rumah jiran dia? Apesal
Tuan Jin tak suka Maya rapat dengan Benjamin? Baca sendiri. Haha!
5: Aku tak pernah tahu kalau-kalau Taiping tu terkenal dengan popia
basah. Masa mula-mula baca MENTAL, kot la kan betul-betul Taiping tu terkenal
dengan makanan tersebut. Da lama-lama aku baca, rupanya ada maksud lain jugak. Dalam
MENTAL, perkataan popia basah tu dabel meaning, tahu? Last-last, aku pun tak
tahu samada nak percaya atau tak. Haha!
6: Ada satu part, Benjamin ajak Maya pergi gereja. Maya menolak
sebab takut nanti dikatakan murtad secara tak sengaja. Tapi Maya follow
Benjamin jugak bila Benjamin janji nak cerita pasal orang gaji Benjamin, Yanti
yang dikatakan hilang secara misteri dan mati kene bunuh. Apa-apa pun, sesuatu
perkara tu takkan terjadi kalau hati kita sendiri tak nak perkara itu terjadi. Benjamin
siap sindir Maya, suruh mengucap balik.
7: Kau orang pernah dengar perkataan beard? Bukan beard - janggut tu. Ni beard lain, maybe lebih kepada
hubungan sejenis. Kalau dalam MENTAL, yang aku paham maksud dia gay dengan
lesbian berkapel sebab nak cover lain. Part ni masa Benjamin ajak Maya ikut dia
pergi majlis kawen kawan Benjamin.
8: Konflik dalam keluarga. Berserabut aku baca konflik antara dia
orang ni. Maya merelakan saja beliau dijadikan tempat Tuan Jin melampiaskan
nafsunya padahal waktu mula-mula dulu dia menolak. Puan Sierra mengalami
tekanan perasaan kerana suaminya menduakannya. Rashid tak habis-habis nak ugut
Maya dengan menyebarkan gambar Maya kantoi dengan Tuan Jin sewaktu bersenggama,
Rania pulak sebok dikatakan mahu murtad, plus ada banyak lagi. Cerita semua tak
best la, ye dak?
9: Pertukaran identiti yang secara tiba-tiba. Masa ni kat kafe.
Kisya dan Maya pergi ke sebuah kafe sebab dorang dah kelaparan tengah malam. Kemudian,
Kisya meminta tolong Maya untuk mengambilkan surat khabar di rak. Air muka
Kisya terus berubah bila membaca berita yang tersiar di surat khabar tersebut.
Siapakah Maya yang sebenarnya?
10: Haaa. Ni part yang last sekali. Aku kurang paham. Sebenarnya,
Raudhah tu da sihat ke belum? Tiba-tiba lepas Benjamin pulang dari melawat
Raudhah, Rashid dengan Rania pulak datang. Raudhah siap suruh Rashid dengan
Rania tu pergi masuk dalam (tak pasti rumah atau hospital) suruh diorang pergi
lunch sebab masing-masing bising mulut belum disumbat.
Siapa Maya sebenarnya? Kenapa semua
orang termasuk Pak Bado, Mak Itam, Benjamin suruh Maya jadik Raudhah? Apa kaitan
Raudhah dengan Tuan Jin dan sekeluarga? Kenapa Maya dilarang sama sekali
menyebut nama Rashid dan Rania jika nak keluar dari hospital? Mahukan jawapan? Baca
sendiri.
Selamat menyelami MENTAL!
2 comments:
thank you. bagus reviewnya.
good review.. (Y)
Post a Comment