10 Disember 2012 – seperti yang
ditulis dalam kad temujanji.
Ni appointment aku yang ketiga
dengan doktor gigi. Dah tiga kali jumpa, tapi gigi bongsu aku tak cabut-cabut
lagi. Sepertinya kedengaran agak kompleks. Bukan agak sebenarnya tapi sangat
kompleks. Selagi ada alternatif lain, dorang akan guna alternatif yang ada
sebelum betul-betul tak dek pilihan lain dan akhirnya gigi bongsu aku ni boleh
dicabut.
Keadaan gigi aku seperti dalam gambar 'D' |
Aku kira, ini penyelesaian
yang kedua. Sebab yang pertama tu, dorang dah cabut gigi bongsu sebelah atas
yang tak dek salah apa-apa tu. Then, gigi bongsu yang sebelah bawah ni masih sakit
jugak.
**********
Operkulektomi – agak janggal
ejaan melayunya. Oklah, aku tulis dalam English – Operculectomy.
Operkulum (operculum) - cebisan
tisu gusi yang menutupi gigi bongsu yang tumbuh separuh atau dalam bahasa rojak
kau; tak habis tumbuh. Aku rasa bukan untuk gigi bongsu je. Mana-mana gigi la
kot asalkan ada cebisan tisu gusi yang menutup gigi kau. Aku rasa-rasa je la. Kalau salah, maafkan aku.
Gigi yang tumbuh separuh ni
senang sangat nak dapat jangkitan dan masalah gusi plus mudah mereput. Boleh jugak
mengakibatkan keradangan gusi serta jangkitan pada gusi yang berhampiran. Sebabnya? Susah nak gosok kat bahagian dalam tu. Kena guna berus gigi yang hujung dia runcing.. Kot? Haha!
Apesal ayat aku macam skema
sangat ni? Ok, sambung balik.
Untuk meneruskan rawatan gigi
yang tumbuh separuh ni, operkulum yang ada (tutup) kat gigi tu kene buang
melalui surgery. Scary tak dengar word surgery? Kahkah! Nama surgery tu ialah
operkulektomi.
Lazimnya, operkulektomi ni
dijalankan untuk rawatan gigi bongsu terimpak yang tidak tumbuh sepenuhnya,
atau tumbuh separuh saja. Macam gigi aku lah. Sobs..sobs!
Ada tiga cara nak buat
prosedur pembedahan kecil ni (seperti yang telah diperjelaskan oleh Dr. Nazimi
kepada student dentist dia) – laser, gingivectomy knife, dengan electrosurgical
loop. Time aku buat ritu, doktor guna kaedah yang ketiga tu – electrosurgical loop.
Haa! Sebijik macam kondisi yang aku alami sekarang |
Aku boleh rasa masa dia buat
operkulektomi tu, tapi bukan rasa sakit la. Sebab student tu dah bius
siap-siap. Plus, aku bau hangit. Musykil jugak sebenarnya. Bila dengar Dr.
Nazimi sebut word ‘burn’, ini mengesahkan lagi bau hangit yang aku hidu tu.
Masalah rawatan ni pulak, ada
kemungkinan tisu tu akan tumbuh balik – opekulektomi kene buat lagi sekali. Kadar
pertumbuhan tisu tersebut berbeza, bergantung pada individu. Ada yang tumbuh
cepat, ada yang tumbuh lambat. Ada yang tak tumbuh? Tu aku tak pasti.
sumber gambar: Incik Google |
Masalah lain pulak – deria rasa
kau pada lidah mungkin akan hilang untuk beberapa bulan plus berlaku pendarahan
yang melampau. Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat masa aku buat surgery ni.
Masa appointment first, gigi
bongsu sebelah atas dah buang. So, tak dek lah mengganggu luka bekas
operkulektomi ni. Hari pertama dan kedua, aku makan bubur saja la. Sobs..sobs!
Baiklah! Appointment seterusnya
adalah lagi dua minggu. Semoga bertemu kembali.
p/s: Aku ni dah macam nak amik exam dentist
plak. Google info kemain lagi haa!
2 comments:
salam...saya pun tgh merana benda yg sama,dah 4 hari..pipi bengkak, nk bukak mulut pun sakit gile...mkn x telan,terus kunyah...doktor bg painkiller n antibiotik...nti kena dtg balik...kalau x ok, kena bedah katanya...kos dlm rm400-800..awak kena berapa??
@ ^Debunga Bahasa^ : wsalam. saya kurang pasti caj yang dikenakan sebab saya guna GL. rasa-rasanya beratus jugak kot. hehe. tapi gigi bongsu saya ni tak buang lagi sebab dekat dgn saraf
Post a Comment