23 November 2011

McD Coca-cola Glass | Blue

Salam semua.

Entri kali ni aku nak cerita pasal cawan McD. Nak sambung pasal cawan yang ketiga pulak, cawan warna biru. Cawan ni aku dapat masa aku keluar dengan kawan se’praktikal’, sama tempat praktikal la kiranya.. merangkap juga course-mate aku masa study dulu. Dalam dewan kuliah pun duduk sebelah-sebelah je. Kira kamceng tak kamceng jugak la. Kalau kena ‘kencing’ pun kadang-kadang je. Haha.

Hari tu hari Sabtu. Si member yang nama Ain (bukan nama sebenar) ni ajak pergi Jalan TAR. Korang mesti tahu Jalan TAR and mesti pernah pergi sana. Kalau tak tahu tu memang yang bukan dok area-area KL-Selangor la aku rasa. Haha. Hari Sabtu pulak, memang kat Jalan TAR tu ada pasar. Aku pun terima la ajakan si Ain ni. Dia kata nak pergi carik tudung.


Kitorang jumpa kat depan Sogo. Waktu tu cuaca memang panas terik la. Dah nak dekat tengah hari. Ikutkan hati nak je aku lepak menunggu dia kat dalam. Sejuk sikit, ada air-cond. Tapi aku takut kang dia tak jumpa aku pulak. Dah la malas nak call-call, type-type mesej dekat tempat ramai orang. Kotnya berlanggar dengan orang ke, kene seluk saku ke, kene ragut ke, kan dah susah. Haha.

Dari seberang jalan sebelah sana lagi aku dah boleh nampak dia. Aku malas nak melambai-lambai. Bukan dia perasan pun.  Lepas dia berjaya menemukan aku, kitorang pun bertepuk tampar, bergelak ketawa macam dah lama tak jumpa. Padahal hari-hari jumpa, Sabtu dengan Ahad je tak jumpa.. aku pun ajak dia lunch kat McD.

“Ain nak makan apa?”
“Macam biasa la Nad.. hehe.”
“McChicken?” tu la menu ‘macam biasa’ dia kalau kat McD. Mungkin dah ketagih kot. Haha. Aku pun kalau malas nak pikir panjang aku sebut je McChicken. Plus minus baru RM6 termasuk tax.


“Nak regular ke large? Kalau large kene tambah RM1.20.” Wah! Dah boleh keje kat McD ni. Haha.
“Kalau beli set large dapat cawan McD free Ain”, aku sambung lagi.. saje nak cucuk jarum.
“Oh yeke.. tak kesah. Large pun large la.”

Ain ni jenis tak kesah. Semua tak kesah. Apa benda yang dia kesahkan pun aku tak amik kesah jugak. Aku pun bagi barang-barang aku kat dia sementara dia pergi carik meja. Maklumlah, McD Sogo ni kecik je. Waktu lunch hour kalau lambat sikit memang kena menunggu orang lain habis makan la.

Sampai turn aku kat depan kaunter.

“Selamat datang! Makan sini ke bungkus?” Tanya cashier yang dah siap-sedia nak amik order aku.
“Makan! McChicken 2.. large set.” Aku dah sebut siap-siap word ‘large’ tu sebelum sempat cashier tu tanya.
“Air? Coke?” Aku mengangguk saja. Mostly memang air Coke je. Cuma ada banyak jenis je. Lagi satu dengan Spritzer.


Aku dah nampak dah cashier tu keluarkan 2 bijik cawan McD warna biru. Haha. Dapat jugak akhirnya.

So, start dari situ, dalam diam-diam.. aku berjaya jugak collect cawan McD. Tak dek satu pun yang tertinggal setakat ni.

Lepas makan and dah siap solat ape semua, kitorang pun melangkah kaki menuju ke kedai tudung sebab tujuan asalnya nak pergi beli tudung. Lepas tu barulah kitorang tawaf pasar Jalan TAR tu. Tak dek tawaf mana pun, hujan lebat. Haha.

Sekian, kthxbye! :D


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

Unknown said...

ada gak koleksi cawan tu, memang best tapi sayang, tak cukup koleksi hahahah,

nadeafu chan said...

@ AciDFlynNWraitH : dulu ada kumpul yang gelas tu..tapi dapat 3 je huhu

Unknown said...

3 je hihihih tak pegi makan mcd tiap2 minggu la tu haha

nadeafu chan said...

@ AciDFlynNWraitH : hehe masa tu dok kolej..susah nak kuar sangat..tak dek trnsport sendiri ;p

Post a Comment