20 November 2011

Belajar Bahasa Jepun

Salam semua.

Selamat tengah hari. Tibalah jua waktu makan-makan. Hari minggu pulak ni. Mesti ramai yang lunch kat kenduri kawen. Haha.

Aku nak tanya korang.. apesal eh ramai yang suka dengan Bahasa Jepun? Kawan-kawan aku pun dulu ramai yang amik subjek Bahasa Jepun sebagai subjek tambahan masa kat U dulu. Aku pun suka jugak tapi tak expert sangat la. Sekarang ni pun belajar dekat buku je. So, tak dek feel sangat nak mendalami Bahasa Jepun ni.


Kenapa aku suka Jepun? Of course la someday teringin nak pergi sana. Dulu masa belajar Sejarah, orang cakap Jepun ni kejam. Aku pun absorb je la yang Jepun ni kejam. Tapi tu dulu, zaman belajar kan. sekarang ni dah boleh pikir jauh sikit ke depan. Chewahh! Tempat-tempat kat sana cantik. Teknologi dia pun maju.

Jeles tengok kawan aku punya abang sudah pernah menjejakkan kaki ke Negara Matahari Terbit tu. Sebabkan teknologi Jepun yang maju, company dia sendiri beli sparepart mesin and segala bagai mesin dari Jepun. See!

Page Bahasa Jepun ni pun macam dah stop jap. Belajar tak dek cikgu susah jugak ye. Ntah betul ke tak sebutannya. Haha. Belajar menyebut word-word Jepun main taram je sangatlah kelakar bunyiknya. Tapi sekarang aku dah jumpa jalan penyelesaiannya. Hehe. Thanks to Mr. Aril :)


Hari tu aku ada request software kat blog dia. Aku request software untuk belajar Bahasa Jepun dengan Bahasa Jerman. Tapi aku tak mengharap sangat kalau software dia ada. Sebab susah kot nak mencarinya. Sebelum aku request tu aku dah try google. Tapi tak jumpa jugak. And tadaaa.. Mr. Aril sudah memenuhi permintaan aku. Huhu. Thanks again!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

11 comments:

dayahtaslim said...

aku pun suke Jepun. drama/movie dorang la yang aku suke.. kalau ade peluang aku pun nak gi jepun..hehe

AciDFlynNWraitH said...

me pernah kerja dengan kompeni jepun dan bos jepun. memang terbaik, dan seronok. kalau nak rasa macam mana duduk atau dapat kije kat jepun, cuba la mintak kerja kat kompeni2 jepun di Malaysia ni. 100% sama macam enviroment kat Jepun. heheh lagi satu derang siap adakan satu kelas bahasa jepun untuk staff yang berminat. Seronok kan.

sumimasen nadeafu chan, watashi wa AciD san. Hajimemashte.O genki Deska ? watashi wa nihongo o benkyo suru no ga daisuki.. benkyo benkyo nadeafu chan.

nadeafu chan said...

@ dayahtaslim : tapi sebelum nak ke sana kenelah tahu bahasa jepun kan..kalau tak cane nak berkomunikasi huhu

nadeafu chan said...

@ AciDFlynNWraitH : wahhh!~ pandainya acid..nad baru belajar beberapa character series je..a,k,s,t dengan n huhu

AciDFlynNWraitH said...

nak belajar karekter katatana, hiragana dan kanji memang susah ar kalau nak senang, belajar Romaji. bahasa english yang di "roman" kan. contoh arigatou gozaimasu. <-- tu sebutan dan tulisan romaji. tapi kalau nak tulis dalam karekter2, agak susah sebab hampir sama macam tulisan china jugak. gabungan simbol dan perkataan. hehehe...

kalau untuk pelajar yang nak further study ke jepun, memang akan amik kelas bahasa jepun tu dan belajar semua tu selama setahun sebelum boleh pegi ke sana, tahun 2002 gitu. (kalau tak silap la), skang tak tahu la macam mana.

P/s = tak pandai tulis tulisan jepun hahahhaha

AciDFlynNWraitH said...

pembetulan, Bahasa Jepun yang di roman kan. seperti bahasa melayu yang di rumi menjadi jawi atau vice versa. er.. paham? hahah adoi macam cikgu lak

nadeafu chan said...

@ AciDFlynNWraitH : sekarang ni nad belajar cara sebut, dengan cara menulis hiragana huhu agak susah jugak..lagi pun baru 3 hari belajar hehe

AciDFlynNWraitH said...

memang susah sikit. kalau ada basic Chinese language, memang senang sikit ler

nadeafu chan said...

@ AciDFlynNWraitH : hehe sepanjang hidup ni baru nak belajar bahasa lain selain melayu, inggeris and arab ;p

AcidFlynN WratiH said...

al lughatul arabiah pon besttt wooo hihihih

nadeafu chan said...

@ AcidFlynN WratiH: masa sekolah rendah ada belajar bahasa arab sampai sekolah menengah rendah. naik menengah atas xblaja da..lepas tu tak praktik..skng dah lupa huhu

Post a Comment