04 September 2014

Trip Melaka - Negeri Sembilan | Cowboy Town, A’Famosa Resort Malacca


Salam.

Saya sambung lagi cerita pasal A’Famosa Resort Malacca (ARM) ni. Kali ni, kami nak pergi ke Cowboy Town (CT) atau nama lain dia Old West.

Petang hari merdeka, lebih kurang jam 5.45 petang, saya terjaga dari tidur. Saya ingatkan saya tidur setengah jam je. Rupanya almost 2 jam lebih. Perut terasa lapar. Kawan saya suggestkan kami pergi makan cendol petang tu. Tapi bila dah sampai kat situ, warung cendol tu dah tutup. Kempunan nak makan cendol dengan labu goreng.

Kawan saya suggest lagi supaya makan cucur udang kat Medan Selera Alor Gajah. Bila dah sampai, kedai tu baru lepas tutup. Dia cakap -- cucur udang dah abes la dik! Pfftt! Kempunan lagi. Last-last kami makan sate je. secucuk 60 sen. Buat alas perut supaya malam nanti tak kelaparan.

Kak, redeem kupon koboi. Untuk 2 orang ye.

Sampai ke ARM, kami terus ke CT. Kalau sebut pasal dua nama tu, korang mesti terimejin pasal koboi life zaman dulu-dulu tu. Haa! Macam tu la perasaannya bila korang start jejakkan kaki korang kat dalam CT. Ada bangunan antik, koboi, ko-girl, red Indians, dengan lagu country songs nye lepas tu ada stunt show.


Kat dalam tu jugak ada macam-macam hiburan. Restaurant pun ada. Tapi biasalah. Harga for sure mahai gile. Ada shopping village, game centre, bowling alley (bangunan jail), taman tema untuk kanak-kanak, and funfair. Tapi semua tu, kami skip dulu. Sebab kami nak pergi tengok show lain. Hehe!

Red Indian Show

Show ni start jam 8.30 malam. The main performance from them of course heady fire-blowing. Depa ni dipanggil pahlawan. Boss dia dipanggil Chief.

Chief tengah nyalakan api. Dia sembur api keluar dari mulut.

Chief dengan Warriors get ready untuk tribal ceremonial dances.

Chief bersorak lepas abes tarian.

Get ready to blows flames from their mouth!

Menari lagi dan lagi dan lagi!

Saya selalu imejin yang mereka ni menggunakan alkohol to blow flames from their mouths. Kawan saya cakap mungkin depa gunakan tuak. Tapi obvious gila bau minyak tanah kot. I don’t know lah!

Tu diaaaa. Power habaq hang!




Fire-eating. Depa lapaq sangat kot. Takdak benda
nak makan, depa makan api. Hoho!


Lepas tu depa buat show padamkan api dalam mulut. Ada jugak tarian tribal ceremonial depa. Macam-macam lagilah aksi stunt yang depa tunjuk.

Pusing laju-laju belah belakang.

Pusing laju-laju belah tepi.

Kemain sengih warrior ni tahu guwa snap pic dia.

Penamat tarian dia cenggini la kalau nak tahu.

Musical Parade Carnival

Time rehat sekejap sementara tunggu next show.
Depa keluarkan gajah utk acara bagi makan tebu.

Show ni pulak start jam 9.15 malam. Selepas Red Indian Show. Starting show ni dimulakan dengan penunggang kuda memecut kuda, diiringi burung-burung merpati. Lepas tu ada chicken run -- ayam berlari. Ada jugak maskot ayam, untuk chicken dance. Hehe!

Maskot chicken buat chicken dance.

Lepas tu keluar pulak badut. Ada badut naik basikal bawak belon. Ada yang bawak gelung. Ada jugak badut tinggi tu. yang guna stick foot tu. Lepas tu keluar pulak perarakan koboi. Time ni depa main lagu Cuti-cuti Malaysia. Memang terasa tengah bercuti. Pikir enjoy je. Haha!

Badut tinggi.

Badur berkaki haiwan. Kalau korang perasan la.

Badut bizi nak kasi belon kat audiens.

Perarakan koboi-koboi Melaka. Haha!


Trishaw Penang mari.

Semua orang yang korang jumpa siang tadi dekat Animal World Safari (AWS) atau Safari Wonderland terlibat dalam karnival ni. Sebab tu AWS tu sampai jam 5 petang je. Sebab waktu malam, haiwan-haiwan pun ada buat show kat sini.

Kuda padi ber'high' five!

Helang yang dekat Safari Wonderland tu.

Sempat lagi depa ni main sembur-sembur air.

Tergelak guwa tgk tarian ni. Breast and punkoq besaq!

Pahlawan Sulu.

Pahlawan Sulu berperang dengan Pahlawan Indian.

Ni acara gilang-gemilang. Last sekali sebelum show berakhir, perarakan masuk kereta berhias dan bendera-bendera di Malaysia dan dunia. Enjoy dengan parti jalanan yang dianjurkan oleh depa ni. Awesome!



Eh! Guwa nampak bendera Korea la. Haha!

Fireworks


Ok, ni acara last dekat CT. selalunya jam 10 malam la. We are definitely gaze in amazement as they light up the skies with the fireworks! And yes, ni lah pertunjukan bunga api yang paling lama sekali yang saya pernah tengok sejak tumbesaran ni. I’m amazed! Rasa macam nak tengok setiap hari. Mengenangkan harga tiket yang mahal, batalkan je la hasrat tu.




Sedikit tips nak tengok show ni. Dari pintu masuk, lepas tu jalan ke sebelah kiri korang. And pilih seat paling depan sekali. Bagi saya, tu seat terbaik untuk tengok show ni. Show ni paling best kalau direkod. Boleh ulang tayang banyak-banyak kali. Kalau dah rekod, jangan lupa bawak kamera spare in case kalau memory dah full. And bateri spare jugak in case kalau bateri dah low. Nak cucuk kat mana nanti nak cas? Haha!

Time ni ada pesta tanglung kot kalau tak silap.



Lepas dah habis show, kami jalan-jalan sekejap kat tempat-tempat yang kami skip masa mula-mula kami masuk CT. Sebab taknak terlewat tengok show punya pasal.

Ni dekat depan pintu masuk A'Famosa Resort Malacca


Dalam tentatif program, kami pelan nak mandi dekat Gadek Hotsprings. Tempat tu dibuka selama 24 jam. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5. Kalau kanak-kanak saya tak pasti. Sebab kelaparan, kami singgah sekejap makan di kedai makan Adik Tomyam Seafood. Kedai dia tepi jalan je and nak menghala ke Gadek.

Masa kami sampai ke Gadek Hotsprings, tempat tu sungguh meriah. Ramai gila orang. Sama ada singgah makan atau bersantai di kolam air panas, mandi-manda bersama keluarga, rakan-rakan. Bagi saya, kolam air panas ni sesuai la dengan tubuh saya. Sebelum ni saya pernah ke kolam air panas di Pedas. Memang saya tak boleh nak celup kaki langsung!

Jam 2.30 pagi, kami sampai ke penginapan. Masa untuk tidur dan rehat. Pengembaraan kami tamat di sini. Esoknya, jam 7.40 pagi dah check-out nak balik KL. Nak elakkan kesesakan lalu lintas, balik la awal. Hehe!

Adios!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

3 comments:

Anonymous said...

yayyyyy..trip yang kemudian ke utara atau ke timur..yayyy

-yanti-

Khairil Anuar said...

blog siapa ni?

nadeafu chan said...

@Khairil Anuar: blog saya. Huhu

Post a Comment