Assalamualaikum dan selamat
sejahtera.
Aku sambung balik cerita pasal
gigi bongsu geraham aku yang mengada-ngada ni.
Hari yang dinantikan pun tiba.
Dekat kad rawatan aku, dia tulis – 29/10/12;
2pm; KBM (Klinik Bedah Mulut & Maksilofasial); OS/Y – J (yang ni sumpah aku tak paham singkatan dia).
Tapi sebelum tu, akak kat
kaunter tu cakap kena datang awal, kalau boleh pukul 1.30pm. Sebabnya,
budak-budak pergigian start buat klinikal pukul 2pm. Kebetulan hari tu ada
meeting, memang tak sempat nak lunch. Lepas solat Zohor, terus aku bergegas ke
UKM-KL.
Ok, sampai sana semuanya student and plus ada sorang patient budak kecik. Tak dek la kecik, budak sekolah rendah rasanya ditemani oleh ibu beliau. Semakin jam menghampiri pukul 2pm, aku rasa ruang kat dalam klinik tu makin kecik pulak. Psikologi kot!
Dekat kaunter, aku terpandang
satu filem x-ray yang dipegang oleh sorang student tu. Dorang semua duduk
berkerumun kat situ. Aku syak yang dorang tengah tengok kajian kes. Plus, aku sangat
yakin yang kajian kes yang dorang duduk belek tu adalah kepunyaan aku. I don’t
know, just instinct.
Tekaan aku tepat, bila ada
sorang student ni pegang fail kes, dia panggil nama aku and dalam tu aku nampak filem x-ray warna
biru. Aku punyalah kan, sape lagi? Dia panggil aku masuk dalam bilik rawatan.
Aku syak lagi dorang kebanyakkan
student-student pergigian ni baya-baya aku je. Kalau ikut logik la kan, member
aku sorang student pergigian pun belum habis lagi.
Lepas tu, sesi soal siasat
pun bermula.
Datang sini (Klinik Rawatan Utama) untuk apa?
Doktor suruh cabut gigi bongsu geraham atas sebelah kiri.
Sebelum ni jumpa doktor sebab apa?
Sebab gigi bongsu geraham bawah sebelah kiri sakit.
Doktor suruh cabut yang atas sebab senang.
Untuk mengelakkan geseran antara gigi atas dengan bawah.
Sebelum-sebelum ni pernah sakit?
Dah setahun lebih. And berulang-ulang.
Kadang-kadang bengkak, plus berdenyut-berdenyut.
Kadang-kadang rasa panas, macam nak demam.
Ada amik alcohol?
Tak dek
Ada hisap rokok? Maaf, soalan ni memang kena tanya.
Tak pe. Saya tak hisap rokok pun
Pakai ubat gigi jenis apa?
Darlie
Plus dia ada tanya umur dengan
pekerjaan. Reason dia tanya pasal tu sebab semuanya demi kepentingan kita
jugak. Dia tengok kalau profesyen kita ni memerlukan kita banyak berkomunikasi
dengan orang luar atau tak.
Tapi aku tak kesah sebab masa aku jumpa doktor gigi sebelum ni dia cakap gigi bongsu geraham ni tak
berfungsi pun. Kalau aku sengih ke senyum ke, bukan orang tahu yang aku ada
gigi ke tak, ye dak?
Apa yang aku paham pasal
klinikal dorang ni, dorang dibahagikan ikut kumpulan. Dalam satu kumpulan tu
ada la lagi ahli dia. Sorang je yang akan bertindak sebagai ‘doktor’, yang lain
tu semua assistant.
Mula-mula dia cek ada lubang
ke tak, ada karies ke tak. Yang tu mungkin ada pada gigi aku tapi tak tahu
kritikal atau tak. Aku pun dengar tak dengar apa yang dorang cakap sebab aku rasa mengantuk sangat. Pesen aku ni, letak kepala je terus nak pejam mata.
Tibalah saat yang dinantikan and ada Doktor Gigi masuk. And student yang bertindak sebagai ‘doktor’ tu
bacakan aku punya kes kajian. Yang dia duduk temuramah aku tadi tu la.
Doktor cek then dia ajar
sekali student-student kat situ prosedur nak cabut gigi atas tu. Yang aku
paham, sebab gigi bongsu geraham tu terletak paling hujung, so makan masa
sikit.
Aku skip je la part dorang
‘setel’kan gigi aku. Haha!
Banyak darah keluar. Rilex je
jatuh meleleh keluar dari mulut.
Gigi tu korang buat apa?
Kitorang tak dek buat apa-apa. Nak amik simpan ke?
Haah. Boleh jugak
Cik ok ke? Sakit kepala ke?
Tak, saya mengantuk
Aku kena datang balik supaya
doktor boleh review kot-kot la ada jangkitan ke ape ke kan. Aku tanya kawan aku,
dia cakap selalunya patient tak datang untuk review pun. So, aku boleh skip la
kan? Haha!
‘Doktor’ bagi nasihat – ni
antara yang sempat aku tangkap, sebab dia cakap laju;
Jangan minum air pakai straw
Jangan makan makanan panas
Jangan kumur-kumur kuat sangat
Letak gauze kat tempat cabutan gigi. Tukar setiap 20 minit
Balik ni kumur dengan air garam
Jangan buat aktiviti berat
Ada banyak lagi pantang larang
lepas cabut gigi ni. Mungkin korang boleh usha page kat bawah ni:
And ada banyak lagi. Korang boleh
google sendiri.
Balik rumah setelah selesai
urusan kendiri, menangis kesakitan sebab kesan bius dah hilang plus darah
keluar tak berhenti-henti. Plus aku sangat kelaparan sebab seharian aku tak
jamah nasi.
Ada lagi, nanti aku sambung.
p/s: Apesal aku google info
sume kebanyakkan dari website Indonesia ni?
No comments:
Post a Comment