Aku sangat konfiden untuk
menyatakan bahawa akulah yang mempunyai gigi yang paling tersusun plus complete
dalam family aku. Keyakinan ini terbina sejak kecik lagi sewaktu usia aku kira-kira
4 ke 5 tahun macam tu la. Itu pun atas dasar ehsan pujian emak aku.
Cuba tengok gigi dia (merujuk kepada aku), tersusun cantik je.
Itu pun juga selepas aku
mengorbankan gigi taring aku yang entah celah mana tumbuh, lepas tu bertindih
pulak dengan gigi lain. Kira dabel line la. Belah depan pulak tu. Sungguh tak
cantik.
Tapi keyakinan itu sama sekali
musnah setelah 19 tahun aku pertahankan bilamana aku terpaksa mengorbankan
salah satu gigi aku – gigi bongsu geraham atas sebelah kiri. Itu pun atas
nasihat doktor. Aku gigihkan juga untuk berjumpa dengan beliau setelah setahun
lebih aku menanggung derita - gigi
bongsu geraham bawah sebelah kiri suka carik pasal dengan aku.
Persoalannya? Kenapa yang bawah sakit, yang atas pulak menjadik mangsa?
Before that, doktor suruh aku
amik x-ray gigi - buat OPG (orthopantomogram),
nak tengok kedudukan gigi-gigi aku. Lepas doktor dah tengok filem x-ray tu,baru
dia boleh decide next step yang perlu dibuat untuk gigi aku.
macam masuk dalam mesin merentas masa je bila kau dengar x-ray tu berpusing |
Doktor cakap, akar gigi bongsu
geraham bawah sebelah kiri aku bengkok macam mata kail. Plus dekat dengan saraf
darah dalam gusi tu. Kene buat minor surgery. Boleh buat bleeding kalau doktor
tak hati-hati. Lagi pulak, gigi bongsu geraham sebelah atas menekan gigi bongsu
yang bawah tu.
Ye! Yang tu lah yang buat
sakit. Sebab dah bergeser dengan gigi bongsu bawah. Salah satu faktornya adalah
tarikan graviti juga. Sebabnya lagi, gigi atas tu dah dipotong sikit oleh
doktor gigi yang sebelumnya. Pergi klinik gigi biasa je masa tu sebab ingatkan
kene cabut biasa je.
lebih kurang macam ni lah result x-ray aku, walaupun tak sama |
Dah dengar semua penjelasan
dari doktor, appointment ditetapkan. Lagi 2 minggu. Aku rasa lama gila. Apesal tak
esok lusa je? Penantian itu satu penyeksaan tahu?
Tapi bagus jugak dia bagi masa
lama sikit. Sempat lagi nak menenagkan fikiran. Doktor ‘tolak’ keje cabut gigi
tu pada student. Menggigil aku dengar. Tahu je la kan student, baru nak
belajar. Alasan mereka,nak kasi training kat student. Iyelah doktor.
Nati aku sambung lagi.
No comments:
Post a Comment